steadyaku47

Saturday 24 March 2018

Datuk Zaid Ibrahim yakin PH akan menang pada PRU14 kerana Umno semakin tenat.


Rakyat sudah faham dan meluat kepada UmnoBN. Hanya beberapa kerat saja pemimpin Umno yang kelihatan menyokong Najib dengan kenyataan2 terbuka (Salleh Keruak, Rahman Dahalan, Nazri Aziz)
Umno sendiri sudah buntu & tidak mampu menjawab isu2 yang dibangkitkan.

Seluruh dunia sudah tahu apa yang berlaku di Malaysia. Mereka hairan kenapa Malaysia boleh ada seorang PM yang menyamun duit yang begitu besar.
Kalau di negara lain PM ini tidak boleh bertanding pun hari ini & tidak boleh menjadi ketua parti pun.

Apa sebab bila negara lain mengambil tindakan undang2 tapi kita tak mahu ??
Kenapa bila peguam negara lain bertindak tapi peguam negara kita kata tak ada apa2.
UNDANG2 APA YANG KITA PAKAI ??

Bila orang luar bercakap tentang Malaysia, mereka bercakap tentang orang Melayu.
Kalau kita orang Melayu tidak berasa malu & tidak membela maruah bangsa kita, siapa yang nak bela ??

KALAU GOLONGAN AGAMA TIDAK MEMBELA APA YANG BERLAKU, MEREKA NAK BELA APA ??
PRU ini bukan saja untuk menentukan siapa yang menang atau kalah. Dunia sedang melihat Melayu ni bangsa yang macam mana ??
Adakah Melayu ini betul2 BANGSAT & PENAKUT sehingga benda2 yang jelas pun mereka buat2 tak nampak ??

Tun Mahathir yang sudah berumur 93 tahun sanggup berusha keras mahu menjatuhkan pemerintah Najib UmnoBN. Tun bukan saja mahu mengembalikan wang kita yang telah hilang tapi juga mahu membela maruah kita sebagai orang Melayu.
Kita laungkan Malaysia adalah negara Islam. Najib laungkan semua yang kita buat mesti kena dengan syariat. Tapi apa yang Najib buat ??
Siapa yang nak tegur & ubah penyamun2 yang berleluasa ini kalau tidak orang Melayu itu sendiri ??

MALAYSIA ADALAH NEGARA MELAYU !!
Sepatutnya orang Melayu tidak perlu bimbang tentang undi orang2 Melayu kerana ini melibatkan maruah bangsa Melayu.
Sebaliknya, kita tidak bimbang undi2 orang bukan Melayu yang berpihak kepada PH tetapi kita bimbang tentang undi orang2 Melayu.

MENGAPA MELAYU SUSAH SANGAT NAK TUKAR UMNO SEBAGAI PEMERINTAH ??
Alasan2 yang diberikan langsung tidak munasabah...tidak masuk akal !!
TAKUT PADA DAP ??
Yang bahaya adalah Jho Low bukan Dap.
Bangsa Cina di Malaysia hanya 22% dan jika semuanya menyokong Dap sekalipun mereka tidak akan dapat berbuat apa2.
Ketua2 kerajaan adalah berbangsa Melayu.
Perlembagaan negara menjamin kedudukan bangsa Melayu & Bumiputera lainnya.

PERTAHANKAN RAJA2 MELAYU ??
Tak perlu kita nak jadi hero kononnya nak membela Raja2 Melayu. Mereka semuanya sudah kaya2 belaka, pandai2 lah mereka menjaga diri. Tak ada siapa pun nak turunkan Raja2 Melayu.

ISLAM AKAN TERJEJAS ??
Islam akan terjejas jika kita buat perangai macam sekarang ini...malu melihat negara Islam yang menghalalkan benda2 karut...rasuah, penyelewengan, kezaliman, salahguna kuasa.

Kalau kita betul2 perjuangkan Islam, sepatutnya kita kena tolak UmnoBN.
Hari ini kita dapati para ulama, mufti, ketua2 agama & jabatan semuanya diam sahaja.
Kita sebagai orang bawahan tak perlu ikut dengan golongan agamawan yang macam ini...MEREKA MENCARI MAKAN DENGAN ISLAM.
Kalau kita nak bela Islam mesti berpegang pada 'amar makruf nahi mungkar'.

Pemimpin2 sekarang hari2 keja berbohong kepada rakyat...putar belit cerita 1MDB bagi mengelirukan kita.
"Jika orang Melayu mahu maju, buang lah sifat hamba & penakut" - Sasterawan Usman Awang

Kalau Umno nak bela bangsa Melayu & Islam, sepatutnya sudah lama Umno gulingkan Najib Razak. Tetapi dalam PAU, mereka mencium tangan Najib dan dijulang sebagai wira negara.
UMNO SEBENARNYA ADALAH PARTI PENAKUT & TAMAK.
Apa yang Najib bawa pada bangsa Melayu hari ini adalah TAMAK...menular dalam diri mereka dan merosakkan.
Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Peguam Negara...semuanya PENAKUT & TAMAK !!

Semua permasalahan negara hari ini hanya rakyat yang boleh selesaikan. 
PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi menukar kerajaan & menebus maruah bangsa Melayu & selamatkan Malaysia.


TOLAK UMNO BN & PAS !!!

2 comments:

  1. Klik===> login sbobet dan mainkan sbobet dengan bonus menarik dari kami.

    Ayo Segera Daftar Akun Bermain Anda..Gratiss..

    Klik >>>>>>> Daftar SBO

    Hubungi Segera:
    WA: 087785425244
    Cs 24 Jam Online

    ReplyDelete
  2. Hasil Pertandingan Dan Prediksi Bola
    Prediksi Hasil Bolavita
    Prediksi Sepakbola
    Prediksi Bola

    https://hasilbola.vip/prediksi-sepakbola/baca/4489/gangwon-vs-seoul-10-mei-2020

    Prediksi Bola Gangwon vs Seoul 10 Mei 2020 yang akan segera dimulai dan sudah di Jadwal Bola Siang ini.
    Dalam Liga Korea 1 ini sudah dimulai kan pertandingan Live Streaming Bola.
    Dan kami juga akan memberikan Prediksi Bola secara Gratis tanpa bayar.
    Yuk silakan minta Prediksi Sepakbola Gratis ini dengan hubungi Whatsapp & Telegram : 0812-2222-995

    ReplyDelete