steadyaku47

Tuesday, 17 April 2018

RIDA dan MARA...Najib tipu lagi!


RIDA dan MARA.
Pagi ini saya dengar di Berita Radio, Najib Razak kata MARA adalah idea bapanya, Saya nak kata tak betul tu.
MARA ini asalnya dari RIDA atau Rural & Industrial Development Authority. RIDA di bentuk oleh British sebagai strategi keselamatan bila Malaya dalam keadaan dharurat melawan pengganas Komunis. Hampir sama tarikh di lahirkan LKTP@Lembaga Kemajuan Tanah Melayu. Kedua agensi juga atas desakan Majlis Perundangan Persekutuan yang bertindak saperti Parlimenhari ini.
Kedua agensi itu diwujudkan bukan kerana kepentingan orang Melayu sangat di zaman British, hanya untuk menjaga hati orang Melayu salepas insiden penentangan orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union. Ketidak puasan hati orang Melayu kepada British dan layanan berlebihan kepada kaum mendatang, British bimbang orang Melayu akan berpihak kepada. Komunis.
Itu sebab British menamakan Dato Onn Jaafar sebagai Pengerusi pertamanya. Antara asas RIDA ialah memberikan pendidikan dan kemahiran kepada orang Melayu. Itu sebab berdirinya sekolah dan maktab RIDA.
Tun Razak Hussein tidak pernah menjadi Pengerusi MARA, beliau sekadar Menteri. Nama MARA@Majlis Amanah Rakyat bumiputra ditukarkan dari RIDA atas keputusan Kongress Ekonomi Bumiputra 1965 dan Pengerusi pertamanya Encik Abd Ghafar Baba, bekas Ketua Menteri Melaka.
Encik Ghafar Baba ada orang yang bertanggungjawab meletakan hala tuju MARA, dizamannya MARA bergiat dalam ekonomi untuk membantu Bumiputra disamping tujuan terasnya pendidikan sahingga terlahirnya Institut Teknologi Mara yang sekarang di kenali sebagai UiTM.
Dari itu jika dikatakan Tun Razak Hussein memainkan peranan dalam pembanguan dan menubuhkan MARA, saya rasa kurang tepat. Peranan Tun Razak Hussein hanya sebagai Menteri yang menjaga MARA. Tidak saperti peranannya di Felda.
Sejarah sebenarnya
Aurthor unknown