steadyaku47

Thursday 29 October 2009

How sad....another death resulting from the suspension bridge tragedy!

Kematian berganda untuk mangsa kem 1 Malaysia
Harakahdaily 
Thu | Oct 29, 09 | 5:38:22 pm MYT
KAMPAR, 29 Okt: Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Iklan
 
 
  
Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.
Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.
N Dina Deve mati apabila jatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung yang dinaikinya runtuh ke dalam sungai Kampar dekat dengan Kuala Dipang. Turut jatuh adalah 22 kanak-kanak lain yang menyertai kem 1 Malaysia itu.
Mayat Deve ditemui malam kejadian itu juga kira-kira 3 km dari tempat kejadian itu. Seorang lagi mayat mangsa ditemui malam tadi, M Davadharshin, 11 tahun.
Mayat mangsa ketiga, V Diryasree Vasudevan, 12 dari SJK Tamil Gopeng ditemui 10.45 pagi tadi dekat lombong di Tronoh Mine, kira-kira 25 km dari tempat kejadian.
Menurut keluarga Dina Deve, selepas mendengar kematian anaknya, Nathan tidak boleh makan atau minum.
Dia terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dan terpaksa berehat sepenuhnya di rumahnya.
Dengan kematian kedua-dua mereka dalam keluarga ini, ibu Dina Deve, S Mogana juga terlalu tertekan. Beliau tidak mahu bertemu dengan wartawan bagi menceritakan kesah keluarganya yang malang itu.
Selain, Dina Deve, keluarga ini mempunyai dua anak lelaki iaitu berumur sembilan dan 17 tahun.
Bagi mereka, semua yang berlaku kerana jambatan yang dibina itu tidak dibuat dengan sempurna.
Jambatan gantung itu baru sahaja dibina kira-kira seminggu sebelum program yang menghimpunkan 300 kanak-kanak itu. Menurut laporan, ia disumbangkan secara 'percuma' oleh satu syarikat.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin berkata, kem bina semangat semacam ini akan diteruskan.
ImageDalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menggesa kerajaan menyiasat segera pihak yang bertanggungjawab membina jambatan berkenaan di luar pengetahuan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Selain itu, beliau mahu pihak yang bertanggungjawab mengumumkan kos sebenar pembinaan jambatan yang baru dua minggu dibina itu.
"Saya menggesa agar pihak kerajaan mengenalpasti pihak bertanggungjawab menjalankan projek membina jambatan gantung ini," katanya ketika ditemui sewaktu melawat keluarga salah seorang mangsa lemas.
"Siapakah kontraktor projek ini, mengapa projek ini dijalankan tanpa pengetahuan JKR, dan berapa anggaran sebenar jumlah wang yang dihabiskan untuk membina jambatan ini?," soalnya.
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yassin juga harus bertanggungjawab penuh terhadap tragedi malang ini.
Ini kerana Pengarah JKR Perak Datuk Dr.Safry Kamal Ahmad mengesahkan bahawa jambatan tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak JKR.
Menurutnya juga segala persoalan itu perlu dijawab segera kerana rakyat mahukan penjelasan yang sebenar.
Ianya juga penting sebagai tauladan kepada semua pihak dan bagi mengelak kejadian seperti itu terus berulang.
Beliau menggesa demikian sewaktu melawat keluarga magsa kejadian itu kelmarin. _

7 comments:

  1. The INDIANS will rise. When they rise all hell is going to break loose.

    ReplyDelete
  2. Now JKR will say they didnt approve the bridge. What the fucks were you doing when the bridge was built?. Why didnt JKR put a stop citing illegal construction. Can Right??? JKR kerja kame adalah untuk JAGA KONEK RAJA sahajakah The bloody pengarah must be shot dead. My blood is boiling......

    ReplyDelete
  3. Inilah yang di sebut Ketuanan Melayu. Every position in the Goverment is given to a Malay. If the person is competent tak apa lah....Ini dapat qualification Belacan dari MARA dan UITM jadi pengarah......Cannot save this country lar...Only way to save this country is to start killing the Baruah`s starting from the top.

    ReplyDelete
  4. Tu la, dulu dari tahun 60an, sekolah, hospital, jalanraya, jambatan dan semua bangunan kerajaan dibina JKR. Berpuluh tahun tahan, tak runtuh-runtuh. Enjinen ( read engineer ) JKR bekerja sungguh-sunguh, berdedikasi dengan kerja mereka. Kalau pelan tak boleh lulus, tak lulus dan boss mereka adalah kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat, bukan ahli politik saperti sekarang. Apabila semuanya diswastakan ( read diUMNOkan ) inilah padahnya.

    ReplyDelete
  5. Everybody can scream, yell, shout, and pointing fingers but nothing going to change. We can't bring them back to live.

    Some people say corruption makes everyone happy. One party got the project and make money, one party got the money in approving shoddy project, one party enjoy the benefits of the project not known it's shoddy.

    Until, there's death, nobody cares.

    The opposition had been condemned for taking the issues as political mileage. Years after year, they elite were voted into office for some sweet talk and goodies.

    One month after this, back to normal. Case of point, anyone keeping tab of Kugan other than the family and hteir lawyers. TBH will also fade away a month after the inquest. No case against Lingam even after the RCI. That's the reality.

    My condolences to the affected family. To the rest, pray that your love ones are never in such situation.

    Get rid of corruption. A step at a time. Only change can put things back on track.

    Do not believe in transformation, reformation, or the words that ends with the "tion" or I may add bullshition, excuse me for such an expression. It will never and ever will happen, it's just sweet talk.

    So, take the first step. Register yourself as voters or check your voter registration. Then, use the power in your hand to make the change when the time comes. Change for tranquility and justice for all.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete