steadyaku47

Showing posts with label haniff khatri. Show all posts
Showing posts with label haniff khatri. Show all posts

Thursday, April 26, 2018

Haniff Khatri : SEMAKAN KEHAKIMAN 16 AHLI UMNO vs ROS & UMNO :




[26/04, 15:21] Haniff Khatri: 1. Kes UMNO 16 telah didengar tadi dari jam 12pm hingga 2pm.
2. Pada awalnya, peguam UMNO telah hadir, tetapi kami telah mengambil bantahan terhadap kebolehan peguam UMNO berada dalam.prosiding Mahkamah di tahap Permohonan Kebenaran ini, yang cuma memerlukan pendengaran sebelah pihak dengan kehadiran Peguam Persekutuan.
3. Tambahan pula, permohonan kebenaran untuk penghinaan mahkamah telah difailkan terhadap KUNAN sebagai Setuausaha Agong UMNO kerana cuba "mengganggu perbicaraan adil" dengan menamatkan keahlian 16 mereka, dan sehingga permohonan terhadap KUNAN didengar, UMNO tidak ada hak bersuara dalam prosiding ini di Mahkamah
[26/04, 15:37] Haniff Khatri: 4. Mahkamah telah terima bantahan kami dan arahkan peguam UMNO untuk tinggalkan prosiding dalam Kamar Hakim.
5. Selepas itu, Peguam Persekutuan telah bangkitkan satu isu bantahan terhadap Permohonan itu, yakni berkaitan pemakaian Seksyen 18C Akta Persatuan yang kononnya menghalang sebarang pertikaian parti dari dibawa ke medan Mahkamah.
6. Kami telah hujahkan bahawa 2 kes Mahkamah Persekutuan terkini yang diputuskan pada April 2017 dan Januari 2018 telen memutuskan bahawa sebarang perutukan Akta yang menghalang campurtangan Mahkamah dalam sebarang pertikaian adalah mencabuli Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kuasa kehakiman di tangan Mahkamah, yang tidak boleh dihalang oleh sebarang peruntukan Akta yang digubal bagi tujuan itu. Peruntukan Akta itu akan menjadi tidak sah di sisi Perlembagaan.
7. Mahkamah telah menangguhkan Permihonan Kenaran untuk membawa Semakan Kehakiman ini ke jam 10.30 pagi, esok, 27.4.18
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
Haniff Khatri
26.4.18

Thursday, March 29, 2018

Haniff Khatri : RANG UNDANG-UNDANG ANTI BERITA PALSU 2018




Haniff KhatriFollow
Siri : 1346
KETIDAKPERLEMBAGAAN & NIAT JAHAT DI SEBALIK PENGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG ANTI BERITA PALSU 2018 !!
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, 
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Kerajaan NAJIB RAZAK berhasrat untuk bentangkan Rang Undang-Undang ANTI BERITA PALSU 2018 di persidangan Dewan Rakyat pada minggu ini !!
2. Dari segi undang-undang, ada TIGA (3) sebab utama kenapa Rang Undang-Undang ANTI BERITA PALSU 2018 itu adalah TIDAK SAH dan TIDAK PERLU :
(a) ianya adalah BERCANGGAH dengan PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN !!,
(b) sudahpun ada pelbagai Undang-undang dalam bentuk AKTA yang sedia ada yang cukup dan memadai untuk menangani penyebaran maklumat-maklumat palsu !!, dan
(c) Kerajaan NAJIB RAZAK mempunyai NIAT JAHAT yang telah disusun rapi untuk menidakkan kebolehan pendedahan pelbagai SKANDAL Kerajaan NAJIB RAZAK dari dibangkitkan semasa kempen PRU-14 kelak !!
3. Dengan bantuan dan kerjasama Saudara Minaq Jinggo, Video yang dimuat naik di Ruang Bawah, mengupas ketiga-tiga isu yang dinyatakan di Perenggan 2 di atas, untuk kemudahan kesemua Rakyat yang prihatin, IN SHAA ALLAH !!!
BERANI KERANA BENAR !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!