steadyaku47

Thursday, 24 October 2013

Wang yang bertaburan agaknya boleh menggelapkan mata sesiapa saja. Wang juga boleh melupakan tanggapan seseorang terhadap peribadi seorang pemimpin yang juga merupakan seorang perompak yang menyamar sebagai manusia yang ‘setaraf’ dengan malaikat. Wang juga boleh ‘menjinakkan’ pengundi yang ‘liar’. Wang juga boleh ‘melembutkan’ hati yang ‘keras’. Wang juga boleh berperanan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang cuba memperkatakan tentang ‘kebenaran’.


steadyaku47 comment:  
Well written hard hitting straight from the heart article in  Abu Hassan Adam blog - too good not to share it with other. If I took the trouble to read it even if it is in bahasa...so should you! 




PEMIMPIN ‘TERPALIT’ BERJUMPA 
RAKYAT DI SUNGAI LIMAU

Maka berduyun-duyunlah para ‘pemimpin’ pergi ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Sungai Limau untuk memberikan sokongan moral kepada calon masing-masing yang akan bertanding. Kesemua ‘pemimpin’ akan kelihatan baik-baik belaka. Tersenyum lebar apabila menyapa pengundi. Mak Cik sana, Mak Cik sini. Pak Cik sana, Pak Cik sini. Tok Wan sana, Tok Wan sini. Kakak sana, Kakak sini. Pendek kata semua pemimpin yang hadir pada hari berkenaan menampakkan diri mereka ‘dibawah’ sedikit dari malaikat.

Mereka mungkin merasakan bahawa orang kampung di Sungai Limau tidak tahu tentang ‘siapa’ mereka sebenar. Mungkin ada antara penduduk kampung Sungai Limau yang tidak mengetahui tentang ‘kegiatan’ mereka ketika berada di Kuala Lumpur. Mungkin ada yang begitu, yang masih berada ‘di bawah tempurung’. Namun sudah ramai juga yang terdedah dengan berbagai ‘kegiatan’ pemimpin ini samada melalui pembacaan mereka melalui media sosial ataupun melalui penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh anak-anak mereka yang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.

Tetapi yang menghairankan aku ialah apakah para pemimpin yang ‘terpalit’ ini tidak merasa malu ataupun segan silu menghadapi rakyat di kawasan ini. Apakah mereka telah dijadikan oleh Tuhan dengan kulit muka yang begitu tebal sehinggakan tidak ‘lut’ dengan maki hamun yang dilemparkan oleh rakyat. Yang menghairankan aku lagi ialah ‘sambutan’ yang diberikan oleh setengah pihak terhadap pemimpin yang ‘terpalit’ itu. Mungkin agaknya wang telah memainkan peranan yang begitu penting dalam hal yang sebegini.

Wang yang bertaburan agaknya boleh menggelapkan mata sesiapa saja. Wang juga boleh melupakan tanggapan seseorang terhadap peribadi seorang pemimpin yang juga merupakan seorang perompak yang menyamar sebagai manusia yang ‘setaraf’ dengan malaikat. Wang juga boleh ‘menjinakkan’ pengundi yang ‘liar’. Wang juga boleh ‘melembutkan’ hati yang ‘keras’. Wang juga boleh berperanan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang cuba memperkatakan tentang ‘kebenaran’.

Diharapkan pengundi di Sungai Limau kali ini akan membuktikan bahawa apa yang aku tulis ini salah belaka. Aku mengharapkan pengundi di Sungai Limau akan menafikan yang segala kenyataan aku yang berkaitan dengan ‘wang’ itu sebenarnya fitnah belaka. Aku harap mereka akan membuktikan kepada ramai bahawa kenyataan dan tanggapan aku itu tidak berasas dan tidak berasaskan bukti yang kukuh. Hanya andaian dan tohmahan!!....

Namun begitu apakah pengundi di Sungai Lima begitu ‘sophisticated’ sehinggakan setiap tanggapan dan tohmahan mesti dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah. Umum tahu bahawa ramai para pemimpin yang hadir di Sungai Limau nanti, samada untuk berkempen ataupun yang datang semata-mata untuk memberikan sokongan moral adalah terdiri dari ‘pemimpin’ yang terpalit dengan berbagai skandal. Ada yang telah menggunakan kedudukan mereka untuk ‘merompak’ peruntukan kerajaan bernilai ratusan juta ringgit. Ada juga yang menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan kontrek bernilai jutaan ringgit untuk membina bangunan projek kerajaan ( yang kemudiannya runtuh dan musnah). Ada ‘pemimpin’ yang hadir nanti memiliki harta-harta (haram) yang diperolehi melalui kegiatan yang diluar kemampuan mereka.

Kebanyakan ‘pemimpin’ yang hadir nanti hampir kesemuanya layak untuk bertanding untuk mendapat oskar di festivel filem sebagai pelakon terbaik. Maknanya mereka akan datang ke Sungai Limau penuh dengan lakonan yang berbagai-bagai. Ramai tentunya yang berlagak sebagai ‘malaikat’ yang seolah-olah langsung tidak pernah melakukan sebarang kegiatan maksiat dalam perjalanan hidupnya.Tutur kata mereka juga pastinya memikat kerana mereka telah dilatih untuk berkecimpung dalam hal yang sebgini – sebagai hipokrit.

Walaupun mereka memiliki beberapa buah kereta mewah, namun untuk datang ke Sungai Limau pastinya mereka akan datang dengan kereta yang ‘lekeh’ yang dimiliki oleh mereka. Menampakkan bahawa mereka adalah dari golongan marhaen yang berkerja untuk rakyat dan akan sentiasa bersama rakyat dalam masa susah dan senang. Mereka juga akan mengenakan pakaian yang sudah lusuh, untuk memberikan gambaran bahawa kehidupan mereka adalah lebih kurang sama dengan kehidupan masyarakat Sungai Limau.

Orang kampung Sungai Limau pastinya akan menyambut mereka dengan senyuman lebar penuh mesra. Itulah sifat dan amalan orang kampung ( seperti aku). Orang kampung tahu tentang siapa mereka sebenarnya, tetapi sebagai orang kampung yang berbudi bahasa tentunya tidak sampai hati menunjukkan rasa benci dan kurang senang terhadap ‘pemimpin’ demikian. Mereka akan dilayan dengan selayaknya.

Persoalannya ialah apakah ‘pemimpin’ yang terpalit dengan berbagai-bagai skandal dan dosa itu tidak langsung merasa segan dan silu apabila berhadapan dengan orang kampung yang jujur dan ikhlas dalam tindak tanduk mereka. Apakah para ‘pemimpin’ yang terpalit ini ‘mampu’ menyampaikan berbagai ‘ nasihat yang berguna’ kepada pengundi Sungai Limau sedangkan diri mereka sendiri dipenuhi dengan ‘dosa dan noda’

Apakah pemimpin sedemikian tidak merasa malu kepada dirinya?

abuhassanadam
23 Oktober 2013

4 comments:

  1. Layanlah mereka selayaknya di peti undi nanti..in shaa Allah!

    ReplyDelete
  2. nak malu macam mana kan orang ramai dah tak peduli soal moral janji ada duit

    ReplyDelete
  3. Pak Idrus there wasn't a title because you were supposed to read everything just as Steadyaku meant ! Btw En Hamid thank you for the existence of this blog - informative and fun , never dull !

    ReplyDelete