steadyaku47

Thursday 4 September 2014

PKR...Joke Lagi!

PKR retracts statement on getting letter from Selangor palace -
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pkr-pulls-back-statement-on-receiving-letter-from-selangor-palace1#sthash.rYLQPC4F.dpuf

Assalamualaikum dan salam hormat,
Harap maklum bahawa teks yang dihantar tadi belum dimuktamadkan. Ianya adalah ditarik balik, dan berstatus tidak sah untuk digunakan.

Komunikasi KEADILAN memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang tertimbul daripada hal ini.
Sekian, terima kasih.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN




Surat Istana yang berkenaan;

Thursday, September 4, 2014

Istana Selangor tetap mahu lebih dua nama, tak tolak Azizah

Oleh Radzuan Hassan di Kuala Lumpur- 03 Sep 2014 (46 min ago)

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail malam ini mengesahkan pihaknya telah menerima surat jawapan dari pihak Istana Selangor.
Dalam kenyataan media, Saifuddin berkata, surat berkenaan memperingatkan supaya PKR memberi lebih daripada dua nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu
Surat berkenaan mengesahkan istana menerima surat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah Adun Selangor yang menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar baharu.
PKR sebelum ini hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.
Hanya Pas dikatakan menghantar nama Wan Azizah dan Mohamad Azmin Ali.
Berikut kenyataan media dikeluarkan PKR sebentar tadi.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan zizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

No comments:

Post a Comment