steadyaku47

Monday, 18 December 2017

PERINGATAN ; LEST THESE POLITICIANS FORGET

12 TANDA TANDA HAMPIRNYA PILIHAN RAYA (PRU14) 
1. Akan munculnya makhluk yg dtgnya 4 tahun sekali di tempat2 awam spt dipasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yg datang ke rumah rumah.
2. Menteri2 mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing2 di kawasan pendalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yg memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg.
3. Jalan2 kampung yg berlopak 3 tahun mula diturap dgn tar setebal yang mungkin. Malah jalan yang tak rosak juga di tar lapisan baru.
4. Upacara pecah tanah disana sini, perasmian sana sini utk pembinaan bangunan2 sperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat.
5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kpd org2 kampung sebagai bekalan selama 4 tahun.
6. Menteri menteri akan menyuapkan makanan kepada orang2 tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas didada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik.
7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter.
8. Menteri2 akan tebaq roti canai di gerai2 di sana sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan.
9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang , noreh getah, kait kelapa sawit.
10. Tetiba shj setiap kali kita makan di gerai atau warung x payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma.
11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba tiba, cermin kete sentiasa dbuka utk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali.
12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan 4 tahun dapat disetelkan dalam tempoh 1 minggu. 






No comments:

Post a comment