steadyaku47

Showing posts with label police report. Show all posts
Showing posts with label police report. Show all posts

Thursday, 14 December 2017

Police monitoring steadyaku47 blog for causing public uneasiness


 | December 14, 2017 
The IGP says so far no police report on the article has been lodged.
fuziPETALING JAYA: The police are monitoring a blog named steadyaku47 after it posted an article criticising the Selangor Sultan.
“It has caused uneasiness among the public,” Inspector General of Police (IGP) Mohamad Fuzi Harun told FMT when asked about the contents of the blog.
Fuzi said the police would check the background of the writer of the article published on Dec 13. “We will also check if the person who wrote the article is in Malaysia or overseas.”
The IGP added that so far no police report on the article has been lodged.
The sultan recently hit the headlines after he described Pakatan Harapan chairman Dr Mahathir Mohamad as a man driven by hate and that his anger would “burn the country”, in an interview published in The Star to mark his 72nd birthday.
Earlier, the ruler was enraged by a remark by Mahathir that Prime Minister Najib Razak could have descended from a Bugis pirate.
The former premier said it while addressing an anti-kleptocracy rally at Padang Timur here on Oct 14.
Sultan Sharafuddin, whose forefathers were of Bugis lineage, said Mahathir’s remark would incite the people to negatively perceive the Bugis.

steadyaku47 comment : 
Here we go again...IGP has got nothing better to do? Crime in Malaysia is no longer a worry? What about prostitution? No longer a source of income for PDRM? 

Prostitution is a source of income for PDRM.


Fuzi wants to check my background? No need lah...let me help him. 

I live in Australia and have been here for a hell of a long time. Not been back to K Hell for almost a decade.  My late father, Hamid Latiff, was formally Director CID under Tun Haniff....at a time when I think this Fuzi belum bersunat lagi....sometime in the early 70s. 

As for me causing "uneasiness among the public"....I think you need to have your head examined! Are you stupid or what? I am a 70 year old man, on a pension, living over 3000 kms away from K Hell! What kind of "uneasiness" can I cause the Malaysian public? 

The only uneasiness I can possibly cause is to Idris aka Sultan Selangor....and that too only if he has something to hide from his subjects in Selangor. His sexual orientations perhaps? I don't know for sure....you better ask him yourself what his sexual orientations are.....and kalau normal....nothing to worry about ma! But, kalau abnormal and against the norms of Islam...you better arrest him...not me!

As for waiting for a police report to be made...come on lah! Don't make me laugh lah....if the powers that be wants a police report to be made it would already have been made yesterday even though my posting was only posted today!    

By the way Fuzi...what were you doing in Sydney with that Chinese Multi Millionaire just a few days before you were appointed IGP? Care to share with us your side of the story?

Ini yang aku marah...all the dedak being distributed and corrupt politicians all around him and this IGP wants to kachau me...a 70 year old man living on a pension who is very upset because this Idris guy living in the Istana in Shah Alam go and kachau another old man who is older then me....the 92 year old Tun. 

Fuzi go play marbles with your balls if you have too much free time. 



Other Comments : 

LikeReply119 mins
Ram Nambiar · 

Have not met anyone so far feeling uneasy after reading the article; in fact they were quite amused!
LikeReply118 mins

LikeReply348 mins
Zer Steven
Igp, can you please talk in a language that is understandable to all.
To me, what you just said, made no sense, as first you claimed uneasiness caused, which you later conflict it by no police report.
IGP, IS IT NOT THAT EVERYTHING IS OK AND PEOPLE ARE AT EASE, WHEN THERE IS NO POLICE REPORT?
Well at maybe you should file one in that case.
LikeReply248 mins 


and my favourite : 

LikeReply246 mins
Phan Tee · 
Not many people know there is a blog known as steadyaku. But now everyone know.
LikeReply10 mins

Wednesday, 25 October 2017

LAPORAN POLIS BERKENAAN PELABURAN FELDA DI LONDON


Assalamualaikum dan salam sejahtera
LAPORAN POLIS BERKENAAN PELABURAN FELDA DI LONDON
Bersama-sama ini disertakan laporan polis yang baru dibuat berkenaan pelaburan Felda di London.
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

—�—�—�—�—�-
Saya bernama Mohd Rafizi Ramli (770914-11-5025) adalah Ahli Parlimen bagi kerusi Pandan, Selangor. Dengan latar belakang sebagai seorang bekas juru audit dan akauntan bertauliah, saya selalu memberi perhatian kepada prestasi kewangan badan-badan kerajaan milik rakyat. Sejak Disember 2016, saya telah memberikan perhatian meneliti prestasi kewangan Felda dan semua syarikat yang berkait dengannya.
Saya ada membaca Laporan Tahunan Felda 2015 di Pusat Khidmat Parlimen Pandan pada 4 Oktober 2017 untuk menganggarkan kedudukan aliran tunai Felda yang terkini. Bermula dari situ, saya telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pelaburan-pelaburan hartanah yang telah dibuat oleh anak-anak syarikat Felda sejak 2013.
Saya percaya telah berlaku banyak pelanggaran undang-undang (sama ada sengaja atau tidak sengaja) yang berbentuk jenayah yang perlu disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang seperti berikut:
1. ANAK-ANAK SYARIKAT YANG MEMEGANG HARTANAH SEPERTI YANG DIISYTIHARKAN DI DALAM PENYATA KEWANGAN FELDA YANG DIAUDIT BAGI 2015 TIDAK WUJUD
- Saya merujuk kepada muka surat 293 penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015, di Nota 44(a) yang menyenaraikan semua anak-anak syarikat Felda di seluruh dunia.
- Penyata kewangan diaudit itu mengisytiharkan bahawa salah satu anak syarikat Felda di UK adalah FIC Global Ltd yang ditubuhkan di United Kingdom bagi tujuan pegangan pelaburan hartanah dan dimiliki sepenuhnya oleh Felda.
- Penyata kewangan diaudit itu (di muka surat 281, Nota 39(d)(viii)) mengisytiharkan bahawa satu pinjaman sebanyak £17.5 juta telah diambil dan dicagarkan kepada pegangan saham Felda di dalam FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”), anak syarikat milik penuh Felda yang memiliki Grand Plaza Kensington Hotel.
- Walau bagaimana pun, Nota 44(a) di muka surat 293 yang diwajibkan menyenarai SEMUA anak-anak syarikat Felda di seluruh dunia tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”) ini.
- Penyata kewangan Felda yang diaudit memberi gambaran bahawa FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”) bukan anak syarikat Felda dan FIC Global Ltd adalah anak syarikat milik penuh Felda yang ditubuhkan di United Kingdom.
- Saya telah membuat carian di dalam Companies House di United Kingdom dan mendapati:
a) FIC Global Ltd tidak wujud sebagai syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom, sebaliknya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI)
b) FIC London Hotel Pvt. Ltd. tidak wujud sebagai syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom, sebaliknya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI)
- Penemuan ini menunjukkan berlaku jenayah apabila pengisytiharan yang dibuat di dalam penyata kewangan Felda yang diaudit adalah tidak benar apabila kedua-dua buah syarikat itu sama ada tidak wujud dan/atau bukanlah milik Felda.
- Segala tindakan bermula dari keputusan pelaburan, penubuhan syarikat-syarikat, pembelian hartanah, urusan statutori dan undang-undang syarikat, penyimpanan rekod yang betul dan pengisytiharan di dalam penyata kewangan boleh disiasat di bawah pelbagai peruntukan di dalam Akta Syarikat, Kanun Keseksaan, Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan pelbagai akta yang lain.


2. HARTANAH YANG DIBELI FELDA DIDAFTARKAN HAKMILIK ATAS SYARIKAT YANG TIDAK WUJUD DAN/ATAU DIRAGUI PEMEGANG SAHAMNYA

- Dari perkara (1), saya terus menyiasat pemilikan hartanah yang dibeli oleh Felda di United Kingdom dengan menyemak geran-geran hakmilik hartanah-hartanah tersebut.
- Saya mendapati geran bagi Grand Plaza Kensington Hotel didaftarkan di atas nama FIC London Hotel Pvt. Ltd. yang tidak wujud di United Kingdom dan kewujudan serta pemilikannya di BVI diragui.
- Carian di BVI Gazette iaitu warta rasmi Kerajaan BVI menunjukkan satu syarikat yang bernama sama telah pun dibatalkan pendaftarannya dalam bulan Mei 2016.
- Ini menimbulkan tanda tanya sama ada Felda masih memiliki hotel itu atau pun hakmiliknya telah terbatal.
- Saya juga mendapati penyata kewangan Felda yang diaudit 2015 mengisytiharkan bahawa anak syarikatnya FIC London Hotel Pvt. Ltd. mempunyai nama asal yang lain iaitu Somellier Limited yang hanya ditukar nama pada 6 Mei 2015 (rujuk muka surat 299, Nota 49(b)).
- Ini bermakna, ada kemungkinan besar syarikat yang bernama FIC London Hotel Pvt. Ltd. yang didaftarkan sebagai pemilik hotel itu pada tarikh Felda membelinya iaitu 5 November 2014 bukanlah syarikat sama yang diisytiharkan oleh Felda sebagai anak syarikatnya.
- Penemuan ini menunjukkan ada kemungkinan besar hartanah Felda yang dibeli pada harga sekitar RM330 juta tidak pernah didaftarkan atas nama syarikat yang dimiliki oleh Felda.
- Oleh itu, segala tindakan bersabit pembelian dan pendaftaran hartanah ini bermula dari keputusan pelaburan, penubuhan syarikat-syarikat, pembelian hartanah, urusan statutori dan undang-undang syarikat, penyimpanan rekod yang betul dan pengisytiharan di dalam penyata kewangan boleh disiasat di bawah pelbagai peruntukan di dalam Akta Syarikat, Kanun Keseksaan, Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan pelbagai akta yang lain.

Sekian, saya membuat laporan.



Sunday, 17 September 2017

Police Report : KRONOLOGI KES KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DATO KERAMAT, KL


ASALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA TUAN.
*KRONOLOGI KES KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DATO KERAMAT, KL*
NO REPOT: JTR RPT: 6629/17
TARIKH: 14/09/17 MASA: 0652 HRS
SEK 435 KK & SEK 302 KK
IO: ASP MOHD FAUZI BIN MOHD SHARIFF
MANGSA:
23 KEMATIAN (21 PELAJAR DAN 2 WARDEN)
07 CEDERA (PELAJAR)
*TANGKAPAN*
1) NAMA: MUHAMMAD ADLI SHAH BIN MOHD YUSRY (ADLI)
NO.KPT:017071-14-0031
UMUR : 16 TAHUN
2) NAMA: MUHAMMAD ARIF FIRDAUS BIN JURAINI (JUPEM)
NO.KPT :001012-14-1471
UMUR : 16 TAHUN
3) NAMA: MOHAMAD SHAH RULNIZAM IKMAL BIN SHAFI-IN (SHAHRUL)
NO.KPT :990717-03-5047
UMUR : 18 TAHUN
4) NAMA: AEMAN DANEAL BIN ABU BAKAR (AIMAN)
NO.KPT :001012-14-1471 
UMUR : 17 TAHUN
5) NAMA: EMRAN FAZLEY BIN ABU BAKAR (DEBAB)
NO.KPT :011122-14-1033
UMUR : 16 TAHUN
6) NAMA: MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN ABDUL RAHIM (IJAL)
NO.KPT : 020422-14-0037
UMUR : 15 TAHUN
7) NAMA: MOHD FARHAN BIN ZUBIR (ADIK)
NO.KPT : TIADA
UMUR : 12 TAHUN
PUNCA KEJADIAN: SELISIH FAHAM ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN SEKUMPUL (5) LELAKI MELAYU (OKT)
*FAKTA KEJADIAN*
BEBERAPA HARI SEBELUM KEJADIAN BERLAKU PERSELISIHAN ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN ADLI, JUPEM, SHARUL , AIMAN, DAN DEBAB. OKT-OKT MEMAKLUMKAN MEREKA TELAH DIEJEK DAN TIDAK BERPUAS HATI DAN INGIN MEMBALAS DENDAM. SHAHRUL DAN JUPEM BERPAKAT UNTUK MEMASUKI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN UNTUK MENCURI HANDPHONE DIDALAM ASRAMA PUSAT TAHFIZ ITU.
PADA PAGI 14/09/2017 JAM LEBIH KURANG 02:30 HRS KESEMUA OKT TELAH BERKUMPUL DI KEDAI MINUM CEK MEK MOLEK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH BERBINCANG UNTUK MEMBAKAR SEKOLAH TERSEBUT BAGI MEMBALAS DENDAM. SETELAH ITU SEMUA TELAH BEREDAR.
PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:00 HRS SHAHRUL BERSAMA ADLI PERGI MEMBELI MINYAK PETROL DI STESEN MINYAK PETRON DAMAI DAN MENGISI MINYAK PETROL DIDALAM SEBOTOL AIR MINERAL YANG BESAR.
PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:30 HRS TELAH BERKUMPUL KEMBALI DIPADANG BELAKANG PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. IJAL DAN ADIK TELAH NAMPAK ADLI MEMEGANG SEBOTOL MINYAK PETROL DIPERCAYAI UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. ADIK TELAH MEMANJAT MEMASUKI PEJABAT PPIM KERANA MAHU TIDUR. 
PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:40 HRS ADLI BERSAMA SHAHRUL DAN JUPEM TELAH MEMASUKI PUSAT TAHFIZ MELALUI PINTU BELAKANG UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT MANAKALA AIMAN DAN DEBAB MENUNGGU DILUAR PAGAR SEBELAH BELAKANG PUSAT TAHFIZ. SELEPAS ITU, SHAHRUL DAN JUPEM MENDAPATI PINTU MASUK BILIK ASRAMA BERKUNCI DAN TIDAK DAPAT DIBUKA, LALU ADLI BERSAMA SHAHRUL DAN JUPEM KELUAR SEMULA DAN TELAH TURUN KE TINGKAT 1 DAN MENGAMBIL SEBUAH TILAM DAN MELETAKKAN KE PINTU MASUK ASRAMA DITINGKAT 2, SELEPAS ITU ADLI, SHAHRUL DAN JUPEM TELAH PERGI KE KIOSK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH MEMECAH MASUK KIOSK BERKENAAN DAN MENCURI (2) TONG GAS BERWARNA MERAH DAN HIJAU LALU MEMBAWA TONG GAS BERKENAAN NAIK KE TINGKAT 3 PUSAT TAHFIZ DAN TELAH MELETAKKAN (1) TONG GAS SECARA BERDIRI DAN (1) TONG GAS SECARA BARING MENGHALA KE PINTU ASRAMA. SHAHRUL TELAH MENCUCUK DENGAN MENGUNAKKAN LIDI DI MUNCUNG KEPALA GAS SUAPAYA GAS KELUAR MENHALAKAN KEARAH PINTU DAN ADLI TELAH MENCURAHKAN MINYAK PETROL DIHADAPAN PINTU MASUK ASRAMA HINGGA KEBAWAH DAN TELAH MENYALAKAN API MENGGUNAKAN PEMETIK API SETERUSNYA ADLI, SHAHRUL DAN JUPEM MELARIKAN DIRI KELUAR DARI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN.SELEPAS ITU, AIMAN DAN DEBAB JUGA TELAH MELARIKAN DIRI MENGGUNAKAN MOTOSIKAL JENIS YAMAHA LAGENDA WARNA KELABU, ADLI MENAIKI MOTOSIKAL SUZUKI RG SPORT SEORANG DIRI DAN SHAHRUL DAN JUPEM MENGUNAKAN MOTOSIKAL YAMAHA LAGENDA WARNA HTAM BIRU MENGHALA KERUMAH MASING-MASING.
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN TUAN.

Saturday, 9 July 2011

PSM Aduan Polis


PSM membuat Aduan Polis terhadap Menteri Dalam Negeri & Ketua Polis

Saya, S.Arutchelvan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia(PSM) dengan ini membuat aduan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin , Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar  kerana membuat tohmahan palsu, berniat jahat dan menyeleweng rakyat Malaysia dengan cerita-cerita karut dan fantasi.
1)      Pada awalnya, kesemua enam orang aktivis PSM – Dr. Jeyakumar, R.Sarat Babu, M.Saraswathy, M.Sukumaran, A.Letchumanan dan Choo Chon Kai dituduh dan disiasat dibawah Seksyen 122 Kanun Kesiksaan iaitu melancarkan perang keatas Yang Dipertuan Agung. Tetapi semalam 2hb. Julai 2011, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Encik Al Zafny dari IPD SPU telah mengatakan bahawa semua siasatan polis IPD SPU sudah selesai dan mereka telah dibebaskan dari semua tuduhan tersebut.

2)      Kemudian, semalam Polis telah membuat tangkapan semula dibawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 5/69 (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana kini kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka  telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteramana awam. Ini adalah tindakan salahguna kuasa dimana polis bersembunyi dibelakang undang-undang zalim ala ISA. Polis dan KDN juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular (kini hendak dipinda)sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya. EO ini pula biasa digunakan terhadap kumpulan-kumpulan yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik. Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh dibawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat.

3)      Mereka yang ditahan kemudiannya telah diberikan satu pemberitahuan penangkapan dibawah Sekyen 3/1 Ordinan Darurat 5/69 sebab penahanan dimana ada ditulis bahawa anda telah di tahan. ............. Pergerakan Bersih adalah satu pertubuhan tidak berdaftar dan akan menganjurkan satu perhimpunan pada 9-7-2011 di Kuala Lumpur. Perhimpunan ini membawa  kemudaratan awam dan banyak aduan polis telah di buat terhadap perhimpunan itu. Anda di syaki akan mengambil bahagian  dan untuk mencegah  dari terlibat  anda di tahan. Oleh itu mereka ditahan sebenarnya untuk Bersih tetapi kemudian notis pemberitahuan itu ditarik balik dan telah ditukar kepada kerana terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang beliau telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteramana awam.
 
Maka tujuan sebenar EO digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan
 
Agenda memperbodohkan rakyat. Kini Timbalan IGP pula berkata , mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif. (ini sekarang mirip tuduhan ISA pula). Maka semua tindaktaduk pihak PDRM dibawah arahan Menteri Dalam Negeri menunjukkan semua undang-undang Negara disalahguna dan disalahpakai untuk tujuan kepentingan UMNO dan BN. Campurtangan Politik dalam pentadbiran PDRM seperti yang pernah didakwa oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kini nampaknya semakin nyata..
 
4)      Polis juga mempunyai agenda yang cukup busuk dimana orang-orang “hardcore” seramai  orang yang ditahan EO tetapi telah  dibebaskan dari tuduhan 122 manakala bagi 24 lagi tahanan , polis masih meminta tambahan masa reman semalam untuk membuat siasatan dibawah seksyen yang sama .  Ini adalah satu penganiyaan dan pencabulan yang cukup serius.
 
Selain daripada itu, Pihak PSM juga berpendapat pihak Timbalan Ketua Polis Negara mempunyai agenda peribadi terhadap YB Jeyakumar yang sebelum ini beliau cuba sabitkan kesalahan  semasa kempen Basikal yang dilakukan oleh JERIT & PSM . Kini beliau telah melaksanakan niat jahat dengan membuat penahanan tanpa bicara.
 
PSM membuat aduan polis ini dan mempertanggungjawabkan KDN, KPN dan Timbalannya, andaikata enam orang tahanan dibawah EO dicederakan atau nyawa mereka terancam