steadyaku47

Wednesday 12 October 2011

Ahmad Jais : Al Fatihah.


 


Dari Harian Metro.


SHAH ALAMSelasa 11hb Oktober 2011.

Penyanyi veteran, Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, pada 1hb Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi.

Allahyarham yang dilaporkan kembali stabil dan beransur pulih selepas seminggu dimasukkan ke DEMC mulai nazak, semalam, dan dikunjungi sanak saudara dan kenalan artis termasuk Datuk A Rahman Hassan.

Jenazah telah dibawa ke Masjid Shah Alam untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sebelum Zohor tadi.

Semoga ruh Allahyarham dicucuri Rahmat Ilahi hendaknya. amin.

Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment