steadyaku47

Tuesday 15 July 2014

Rosmah's ex-confidante Deepak owes Bank Rakyat RM215 million not RM32 million...

With thanks to Tumpang Sekole



Skandal RM32 juta: PAS  tuntut penjelasan Bank Rakyat ...

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyerahkan satu memorandum kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak bagi meminta penjelasan berhubung dengan baki pinjaman RM32 juta membabitkan ahli perniagaan Deepak Jaikisnan.

Memorandum tersebut diterima Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komukasi, Saliman Zainal di lobi Ibu Pejabat Bank Rakyat di sini hari ini.

Jelas Mahfuz, tindakan memberikan keistimewaan kepada seorang individu ingkar untuk ditangguhkan dari diambil sebarang tindakan undang-undang dan diberikan tempoh sepuluh tahun bagi menyelesaikan baki hutang adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar amalan perbankan yang pruden dan telus.

"Saya tidak nampak bagaimana arahan supaya Bank Rakyat memberikan keistimewaan kepada peminjam ingkar seperti Deepak dapat melindungi kepentingan Bank Rakyat dan ahli-ahlinya.

"Saya dimaklumkan bahawa bukan hanya pinjaman berjangka berbaki RM32 juta itu sahaja yang diberikan keistimewaan kepada Deepak melalui syarikat miliknya Carpet Tile Sdn Bhd.

"Bahkan terdapat dua lagi pembiayaan yang diberikan iaitu pinjaman sebanyak RM798 juta diberikan kepada syarikat pemaju hartanah Radiant Splendour Sdb Bhd dan juga RM40 juta kepada Deepak sendiri.

"Berdasarkan siasatan baki keseluruhan kedua-dua pinjaman tersebut perlu dibayar berserta baki RM32 juta adalah sekitar RM215 juta," jelasnya pada sidang media di lobi Bank Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Bank Rakyat tampil membuat penjelasan segera bagi mengelakkan timbul pelbagai spekulasi serta mengembalikan keyakinan pelabur.

"Kita tuntut penjelasan adakah pembayaran balik baki pinjaman sebanyak RM32 juta itu turut meliputi jumlah denda lewat yang sepatutnya dikenakan ke atas peminjam berdasarkan perjanjian.

"Jika tidak, kita ingin tahu apakah alasan Bank Rakyat tidak mengenakannya, berapa kerugian yang bakal dialami atas sebab tidak mengenakan bayaran denda lewat dan adakah Lembaga Pengarah memberi kelulusan tersebut," soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar Bank Rakyat menjelaskan adakah sebarang tindakan akan diambil jika peminjam masih gagal menatuhi syarat pembayaran yang diperbaharui.

"Kita juga ingin tahu bentuk sekuriti atau cagaran yang dikenakan ke atas peminjam, apakah cara penyelesaian bagi baki ke semua pinjaman Deepak.

"Apakat tindakan selanjutnya yang diambil pihak bank untuk mendapatkan kembali baki pinjaman yang tertunggak bagi ketiga-tiga pinjaman ini," sambung beliau lagi.

Mahfuz berharap pihak bank akan memberi maklum balas seberapa segera mengenai persoalan yang ditimbulkan dan beliau akan meneliti penjelasan tersebut bagi memelihara kepentingan penyimpan-penyimpan di bank tersebut yang kebanyakan mereka dari golongan bumiputra. - harakahdaily 

Rosmah's ex-confidante Deepak owes Bank Rakyat RM215 million not RM32 million... 

Carpet trader Deepak Jaikishan’s loan with Bank Rakyat is not limited to a purported RM32 million loan that recently became a subject of controversy, but instead he has two more loans totalling RM215 million.

PAS information chief Mahfuz Omar claimed today that Deepak has failed to settle all three of the loans in question, leading to a settlement agreement with the bank.

“This raises even more questions about the special treatment that the bank has given to Deepak as the outstanding amount is even bigger at RM215 million,” Mahfuz said, basing it on his own research.

Mahfuz  was speaking to reporters after handing over a memorandum demanding answers and transparency from Bank Rakyat over the Deepak loans at the bank’s headquarters in Kuala Lumpur today.

Mahfuz pointed out while the RM32 million outstanding loan was under the name of Deepak-owned Carpet Tile Sdn Bhd, another RM198 million was given to Radiant Splendour Sdn Bhd, a property developer company linked to Deepak, and another RM40 million was personally given to Deepak.

The outstanding amount from the three loans have been restructured by the bank for an amount of RM215 million, Mahfuz said.


“What is the next step that Bank Rakyat is taking to recollect all the outstanding debts for these three loans?” Mahfuz asked in his three-page memorandum to the bank.

The memorandum was addressed to the bank's managing director Mustafha Abd Razak, and was collected on Mustafha's behalf by Saliman Zainal, the bank's marketing and communications division vice-president.

Deputy Finance Minister Ahmad Maslan had previously denied that the government ordered Bank Rakyat to sanction an interest-free RM40 million loan for Deepak.

The carpet trader has been long embroiled in controversy due to his close ties to prime minister's wife Rosmah Mansor, and also his involvement in the affair involving Mongolian model Altantuya Sharriibu, who was subsequently murdered.
Malaysiakini has made several attempts to contact Deepak for his response but has been unsuccessful.- mk

No comments:

Post a Comment