Shahrol Nizam
Pada
tarikh 25/11/15 jam lebih kurang 1400 hrs saya telah pergi ke bank
simpanan nasioanal cawangan Kamunting, Perak untuk membuat kad atm BSN
baru disebabkan kad ATM saya telah
sangkut didalam mesin atm cawangan Kamunting pada tarikh 24/11/15 jam
lebih kurang 2100 hrs.
Saya telah berjumpa dengan polis bantuan Syazwan
dan saya telah memberitahunya bahawa kad atm BSN saya telah tersangkut
dalam mesin atm bsn dan ingin membuat kad atm baru tetapi buku bank saya
tiada disebabkan saya dari klang balik ke Taiping untuk melihat ibu
saya sakit.
Polis bantuan Syazwan telah membawa saya berjumpa EN.MOHD
IESNIZA ZAINUDDIN,NO.id:02957 manager BSN cawangan Kamunting dan telah
memberitahu en.Iesniza bahawa kad saya tersangkut didalam mesin atm BSN
cawangan Kamunting dan minta jasa baik en.Iesniza bahawa buku bank saya
tiada kerana balik melihat ibu sakit dikampung.
En Iesniza memberitahu
saya dengan suara tinggi kerana kad saya sangkut dia jadi masalah dengan
orang atasannya bahawa mesin atm BSN jadi lebihan duit didalam dan saya
memberitahunya saya pun tidak minta kad bank saya tersangkut didalam
atm bsn.saya memberitahu en Iesniza bahawa saya ingin membuat kad dan
mengatakan buku bank saya hilang.
Lalu en Iesniza memberitahu saya kena
photostat kad pengenalan saya dikedai photostat luar bahawa photostat BSN tidak boleh digunakan untuk photostat IC saya.Selepas saya photostat
ic dikedai luar dan kemudian saya ambil no: giliran dan telah berjumpa
dikaunter 4 dengan Norzaimah bt Mat Noor no.id:03497.
Lalu datang
en.Iesniza dengan nada yang tinggi dan kurang ajar memberitahu saya kad
atm berwarna hitam diakui tidak pernah rosak cip dan stuck didalam atm
bank dan dia memberitahu saya mungkin saya tak pandai mengunakan kad atm BSN dan tak pandai menjaganya.Saya memberitahunya bahawa kad bank BSN
selalu cip rosak saya banyak kali dah menukar kad atm dari warna merah
ke hitam masih jugak rosak.
Semasa percakapan tu ada customer lain pon
membuat kad atm warna hitam cip rosak. Saya membuat aduan ini kerana tidak
berpuas hati dengan cik Iesniza manager branch Kamunting kerana bercakap
kurang ajar dan memalukan saya di depan orang lain dan saya telah
bercerita dengan orang kat situ dan orang disitu memberitahu bahawa
beberapa kali dah en Iesniza memarahi orang tetapi tiada tindakan dari
orang lain.
Saya membuat aduan ini supaya tindakan diambil terhadap cik Iesniza kerana saya tidak mahu orang kampung dan orang lain dilayan
buruk oleh cik Iesniza.
Minta pihak hq Bank Simpanan Nasional ambil
tindakan terhadap en Iesniza yg tiada budi bahasa dan sombong.
No comments:
Post a Comment