steadyaku47 comment : A Malay speaks : With thanks to Engku Nasrun. I came across this on FB. Good read.
Ini hanyalah pandangan aku. Ini ruang aku.
1. Rakyat Malaysia yang non-malays dan non-muslim bumiputra mahupun non-bumiputra kebanyakannya terima dengan hati yang
terbuka laungan Azan subuh yang menganggu tidur mereka. Tak pulak
mereka nak buat kecoh dan marah. Bagaimana kalau pihak gereja mula
pasang loudspeaker untuk sekalian tempat dengar khutbah Ahad mereka?
Ooh.. nanti aqidah kita lari. Jihad!
2. Hari Jumaat, kitalah paling hebat sebab boleh parking di tepi-tepi
jalan berdekatan masjid sebab nak solat Jumaat. Lalulintas terganggu dan
trafik tergendala. Non-muslim terpaksa terima jer.
3. Kita nak
beli rumah, ada "bumiputra discount". Org non-bumi beli rumah xde pulak
padahal diorg pun Rakyat Malaysia. Apa? hak istimewa org Melayu? Ke
Apartheid?
4. Non-Malays, non-bumiputra yang cemerlang nak masuk
Universiti sampai berdarah hidung, bergadai, berhutang Ah Long sebab
nak bayar Uni atau kolej swasta. Kita takper sebab ada UiTM la, ada
kolej mara la. Diorg pun rakyat Malaysia. Bila diorg dah grad, cukai
hasil kerja diorg jugak kita makan.
5. Yang non-malays non-bumi
yang mak bapak hantar ke kolej swasta tadi ada pulak yang ke luar
negara, maka banyak lah pulak exposure dan banyak kenalan dapat. Bila
mereka dah grad, balik ke Malaysia, meraka jadi tenaga kerja yang lagi
progresif, lagi padu. Pandai speaking. Cepat naik pangkat. Yang lain
(termasuk kita barangkali) mula rasa ditindas la, tak adil la, tak
"tolong melayu" la.
6. Cakap pasal pandai "speaking", masa kat
sekolah bila kita "speaking" sikit, ada kawan-kawan yang ejek. Kata kita
poyo lah, kata kita "kebaratan" sangat lah, kafir lah. Mula lah kene
pulau. Yang ejek tu, yang pulau (ehem.. menindas) tu bangsa apa? Ni lah
bangsa yang kata maruah terjejas.
7. Dah 58 tahun merdeka.
Sebelum tu dah berapa tahun dah bangsa Cina, India, Baba, Melayu dan
lain lain hidup bersama. Ni dah masuk abad ke-21 tapi masih ada antara
kita yang amatlah jahil dengan budaya bangsa lain. Nak bangsa lain
hormat kita, kita kene start hormat dulu.
8. Ni budaya bangsa
lain pun kita tak ambik peduli. Sibuk nak bangsa lain ikut dan faham
budaya kita jer. Mana boleh macam ni bro. Yang tak sensitif sebenarnya
kita. Diorg dah banyak ikut angin kita.
9. Kita dilihat sebagai
bangsa yang mengada-ngada sampai bangsa lain takut pulak nak bergurau
senda dengan kita. Takut kalau mereka tersilap menyinggung perasaan atau
tercakap bende yang yang padahal ok jer tetapi kita mungkin tak
pasal-pasal tersinggung entah kenapa.
10. "Suci" dalam debu. Nak
sangat org jaga kesucian makanan ko. Sampai ada tampal sticker kat peti
sejuk ofis "Halal only". Padahal takder lah kene sampai macam tu
sekali. Yang Hindu relax jer tengok kita layan daging depan diorg. Tapi
kalau kawan kita makan babi, geli.. kembang tekak. Babi tu memang lah
haram dimakan tapi kenapa sampai takleh tengok lah, nak muntah lah.
Drama. Tengok aurat ok pulak. Tak geli kembang tekak ke sebab itu pun
haram.
11. Ada gereja bina dekat kawasan Melayu, kecoh jadinya.
Salib tu boleh pesong aqidah kita. Pasal aqidah kita nipis sgt. Tak
pasal-pasal jadi kes. Pihak gereja pun mengalah. Turunkan salib. Kesian.
Kalau kita bina Masjid tapi non-muslim bikin kecoh, mula lah nak jihad
konon, kita kene tindas konon. Kan elok kalau relax jer. Dah macam budak
kecik yang manja. Org bangsa lain kene pandai amik hati kita. Malu lah.
12. So, apa yang terancam? Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak jihad. Rasis sgt kenape?
Raja-raja & Sultan: Melayu
Perdana Menteri: Melayu
Timbalan Perdana Menteri: Melayu
Ketua Polis Negara: Melayu
Panglima Angkatan Tentera: Melayu
Apa yang terancam sangat?
No comments:
Post a Comment