Saya
mengambil sedikit masa agar keadaan lebih tenang. Saya rasa
pertembungan sesama sahabat di dalam PRN2016 ini akan terus berlaku
kerana sukar untuk merungkai kemarahan
dan emosi masing-masing setelah terlanjur begini. Saya yakin ada hikmah
di sebalik peristiwa-peristiwa ini dan berdoa kita semua belajar
darinya.
Saya ditanyakan
pelbagai soalan. Saya telah berikan penjelasan lengkap kepada
Ketua-ketua Cabang KEADILAN di dalam kumpulan Whatsapp dan cukuplah ia
kekal di situ.
Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Saya sendiri perlu menilai kembali pendekatan saya dalam menangani perbezaan di dalam saf kepimpinan. Menguruskan perbezaan pendapat di dalam sesebuah organisasi itu perkara biasa, namun ia tidak boleh sekali-kali bertentangan dengan prinsip kebenaran, keadilan dan patuh kepada janji.
Dalam kekusutan cuba membezakan apa yang disebut kepentingan dan strategi parti yang perlu diimbangkan dengan kepentingan rakyat, saya mengingatkan diri saya supaya tidak lupa kepada 2 potong ayat dari Surah Al-Maaida (yang sepatutnya menjadi asas utama jatidiri KEADILAN):
Ayat 1 Surah Al-Maaida:
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian"
Ayat 8 Surah Al-Maaida:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan"
Mendalami perintah Allah dalam kedua-dua ayat ini dan berpegang kepadanya, In Sha Allah memudahkan kita membuat keputusan.
Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu sukarnya ingin membina keyakinan rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat sangat bencikan ahli politik kerana pelbagai pembohongan, penyelewengan, penting diri sendiri dan lupa daratan yang selalu dikaitkan dengan ahli politik.
Banyak yang telah dipelajari dan menjadi teladan agar perkara yang sama tidak berulang di masa akan datang. Banyak perubahan yang perlu dibuat supaya persaudaraan di dalam Pakatan Harapan dapat meyakinkan rakyat sekali lagi.
Pada masa ini, marilah kita beri sepenuh tumpuan membantu sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang melawan Barisan Nasional di Sarawak. In Sha Allah saya akan sediakan juga beberapa eCeramah untuk disiarkan di seluruh Sarawak.
Mohon sebarkan permohonan maaf saya ini.
Rafizi Ramli

steadyaku47 comment
No comments:
Post a Comment