Alhamdulillah akhirnya cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak
dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah
dimakbulkan juga. Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Perdana
Menteri dan isteri untuk membatalkan pembelaan "fair comments" saya.
Mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri
itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka.
Bagi mereka yang kurang biasa dengan undang-undang dan saman, apabila seseorang mengemukakan
saman (plaintiff), dia akan membuat Penyataan Tuntutan menyenaraikan
perkara apa yang hendak disaman dan kenapa perkara-perkara itu
memalukannya.
Orang yang
disaman (defendan) pula berhak memfailkan penyataan balas yang disebut
Penyataan Pembelaan yang menerangkan kenapa apa yang diperkatakan itu
bukan fitnah dan beliau berhak membuat komen tersebut.
Dalam kes saman Najib Razak terhadap saya:
1) beliau dan isteri menyaman saya
2) kemudian beliau dan isteri memfailkan permohonan agar mahkamah
membatalkan penyataan pembelaan saya supaya saya tidak dapat membela
diri
Jika ini dibenarkan mahkamah, kes saman ini tidak perlu melalui perbicaraan dan keputusan/hukuman dijatuhkan terus oleh hakim.
Alhamdulillah hari ini YA Hakim mengarahkan supaya ia melalui perbicaraan penuh dan saya dibenarkan membela diri.
Seronoknya nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi).
Mohon sebarkan supaya mereka yang selalu menyebarkan fitnah kononnya
saya berkata "saya minta maaf dan bergurau" itu mendapat pencerahan.
No comments:
Post a Comment