steadyaku47
Showing posts with label jakarta. Show all posts
Showing posts with label jakarta. Show all posts
Tuesday, 20 March 2018
Wednesday, 29 November 2017
Dari Jakarta : Kelohan Malaysian Diaspora
(Saya bukan penulis malah bahasa Inggeris saya tidak bagus)'Unsung Heroes/Pejuang tidak memerlukan tepuk gemuruh':Ikhlas 'Malaysian Diaspora')
Terlalu kecil diri ini untuk berkata sebagai 'Pejuang Bangsa/Patriotik'.Kita berdiri diantara gendang 'Perang Politik' yang tidak pernah saya fahami tapi sangat dimengertikan dan diamalkan oleh ramai 'Pejuang kantong/Non ethic Political Survival'.
Ketika kita bermastautin di luar negara(Residing/berkerja ataupun seketika diluar negara),yang kita bawa adalah jiwa dan semangat 'Ibu Pertiwi'.
Ada diantara kita dilantik sebagai wakil negara(Diplomat),tapi hanya mementingkan satu pihak,bukan pentingkan Negara dan Bangsa yang beliau hanya tahu bercakap politik dan tidak bertindak sebagai 'Diplomat' yang berwibawa.
Yang kita perlukan Diplomat/Wakil Kerajaan yang baik dan jalankan tugas sebagai wakil kerajaan yang menjaga maruah Kerajaan yang di lantik oleh rakyat bukan jalankan tugas sebagai wakil satu parti politik.
Mungkin saya kurang memahami tugas seorang Diplomat tapi apa yang saya faham tugas seorang Diplomat adalah untuk Negara.Dan ada ketika seorang Diplomat tidak menyukai warganegara nya sendiri yg tinggal dinegara dimana Diplomat tersebut 'bertugas',maka warganegara tersebut akan dipinggirkan atau difitnahkan.
Para Diplomat sering lupa kami para 'Malaysian Diaspora'lah yang sedikit sebanyak membantu ekonomi Negara serta juga menjaga maruah Bangsa dan Negara. Anda Diplomat datang dan pergi.Sebahagian dari kami akan tetap berada diNegara yang anda ditugaskan.
Jangan lupa 'Jalur Gemilang' didada kami bukan saperti anda yang jadi 'Jaguh kampong dan Jaguh Kantong celana',takut nanti celana akan dilondehkan.
Salam Hormat Malaysia dari kejauhan.
Tuesday, 11 April 2017
Malaysian in Jakarta membantu siasatan berhubung kes dadah.
BERNAMA › NEWS
JAKARTA, 10 April (Bernama) -- Misteri kehilangan dua sahabat karib dari Selangor yang berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lepas akhirnya terjawab apabila kedua-dua mereka akhirnya ditemui di dalam lokap balai polis di sini.
Mohamad Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.
Kedua-dua mereka sebenarnya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada 30 Mac setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.
Seorang ahli perniagaan Malaysia di Jakarta Datuk Dr Fauzi Mohamad memberitahu Bernama beliau kini cuba memberi bantuan untuk melantik peguam bagi membantu kedua-dua rakyat Malaysia itu.
"Saya dimaklumkan bahawa mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya," kata beliau.
Fauzi berkata beliau dan isteri Datin Zaitun Evitania telah beberapa kali berkunjung ke balai polis Seksyen Lapangan Terbang untuk bertemu dengan kedua-dua pemuda itu.
"Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap polis," katanya lagi.
Mohamad Shafa dan Kamarol Arifin masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang dilaporkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Dua sahabat baik itu berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia sejak 30 Mac lalu dan mereka mengunjungi ibu kota ini untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo di sini.
Waris kedua-dua lelaki berkenaan membuat laporan mengenai kehilangan setelah mereka tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta dan dilaporkan tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah.
Keadaan menjadi bertambah keliru apabila seorang daripada mereka kononnya dilaporkan telah pulang melalui Johor Bahru dan dikatakan menyembunyikan diri.
-- BERNAMA
Ahli perniagaan Datuk Fauzi Mohamad dan isteri
Datin Zaitun Evitania yang membantu dua rakyat
Malaysia yang kini ditahan di lokap balai polis di
Jakarta
steadyaku47 comment : Right or wrong I hope the Malaysian government will extend assistance to these two.
Subscribe to:
Posts (Atom)
