PAS BERUPAYA DAN BERSEDIA MENTADBIR NEGARA
PAS adalah sebuah parti politik yang berasaskan sokongan dan keahlian Melayu Islam. Setelah 60 tahun berada di arena politik Malaysia, parti itu kini sudah mencapai kematangan dan penerimaan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia untuk menjadi parti pemerintah.
Persekitaran politik, ekonomi dan teknologi di luar dan dalam negara telah banyak berubah dan arus perubahan itu akan terus berlaku. Berkemungkinan besar akan jadi lagi cepat dan hebat. Banyak ketidakpastian menunggu di masa hadapan tetapi hanya satu perkara yang pasti, yakni dunia akan terus berubah dan negara kita akan tidak dapat lari dari dibawa arus perubahan.
Lawan PAS jelas tidak berupaya untuk mengubah dirinya dari dalam untuk menangani cabaran-cabaran baru kepada kekuasaannya. Saluran maklumat dan media baru jelas tidak dapat dikongkongi atau dikawal, melainkan parti pemerintah meluluskan peraturan dan undang-undang internet yang akan mengakibatkan negara ini dicap sebagai ‘pariah’ atau kera sumbang dalam arena bisnes, pelaburan dan hak asasi manusia. Segala tindak tanduk dan keputusan kerajaan perlu dipertahankan sentiasa dengan hujah-hujah yang munasabah dan masuk akal. Ini tidak terdaya dilakukan oleh lawan PAS.
PAS pula berupaya untuk berubah demi menangani dan menghadapi cabaran-cabaran baru, bersikap responsif kepada perubahan persekitaran tanpa mengorbankan prinsip perjuangan yang berteraskan Islam. Ini terbukti semasa kemelut penolakan kepimpinan Dato Asri Hj Muda tiga dekad lepas. PAS telah berjaya mengakhiri bab itu dengan membuat dirinya lebih mantap dan setia kepada prinsip perjuangan Islam.
Seteru PAS kerap mengungkit-ngungkitkan kewujudan kumpulan ‘erdogan’ dan kumpulan ‘ulama’ di dalam parti itu. Idea mereka adalah itu menunjukkan PAS tidak bersatu. Mereka mengukuri PAS dengan mengguna kacamata sama yang mereka gunakan untuk menilai Umno. Mereka tersilap. Sebagai sebuah parti yang demokratik dan yang yakin atas asas ideologi perjuangannya, PAS tidak segan silu untuk mengaku terdapatnya perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ahli dan pemimpinnya berhubung isu-isu semasa. Apa yang mustahak perbezaan itu adalah berkaitan pendekatan dan penekanan, bukannya pergeseran disebabkan jawatan dan pembahagian habuan sebagaimana yang kerap disaksikan di dalam parti pemerintah.
Sebenarnya, tidak terdapat kumpulan ‘erdogan’ atau kumpulan ‘ulama’ di dalam PAS. Dewan Syura’ Ulama adalah badan parti yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan bahawa segala dasar dan polisi PAS adalah bertepatan dengan lunas dan prinsip agama Islam. Ini sejajar dengan definisi ulama berdasarkan firman “Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ULAMA). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Al-Faathir 35:28]. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyatakan ulama ialah orang berilmu. Tidak hanya mengkhususkan kepada agamawan sahaja. Ianya mencakupi ilmu yang lebih luas. [Harakah 19-21/9/2008]. Berpegang kepada definisi tersebut, jelas kepada kita bahawa tiada golongan erdogan atau kumpulan ulama di dalam jemaah PAS sebagaimana yang digambarkan oleh propaganda musuh.
PAS sebagaimana agama Islam adalah satu parti yang inklusif. Sesiapa sahaja boleh memeluk agama Islam dan sesiapa sahaja boleh menjadi ahli PAS. Dasar ini kian menarik ramai tenaga profesional, teknokrat dan akademik untuk menyertai PAS, terutamanya dari golongan muda dan berpelajaran. Golongan inilah yang akan membekalkan tenaga pentadbir dan pelaksanaan polisi. Mereka tertarik untuk menjadi ahli PAS kerana integriti dan ketaatan kepimpinan dan keahlian PAS terhadap prinsip perjuangan. Mereka sudah muak dan jelak dengan budaya bergiat dalam parti politik untuk mendapat kontrak, lesen dan permit. Ini adalah golongan anak muda yang ikhlas mahu berjuang untuk masyarakat dan Alhamdullillah, PAS adalah pilihan mereka.
Segala pengalaman yang diraih dalam memerintah Kelantan dan Kedah pastinya akan digunakan oleh PAS untuk melengkapkan dirinya untuk memerintah negara. Sememangnya parti pembangkang yang memerintah sebuah negeri sentiasa mendapat berbagai cabaran dan rintangan dari kerajaan persekutuan yang diperintah oleh parti lawan. Segala yang dipelajari akan menjadi asas untuk membentuk sebuah kerajaan pusat yang adil dan saksama.
Berdasarkan penerimaan dan sokongan kepadanya dari segenap masyarakat Malaysia, di desa dan di kota, sesungguhnya PAS sekarang berada di kedudukan di mana ia berupaya dan bersedia untuk mengganti pemerintahan yang ada sekarang untuk mentadbir negara tercinta.
WAN NASUHA BINTI WAN HASSAN
FMZam has left a new comment on your post "PAS BERUPAYA DAN BERSEDIA MENTADBIR NEGARA":
Bila kita kata PAS bagus, kita jangan kata PKR tak bagus atau DAP tak baik. Kita semua dah cukup lama untuk belajar dan tau yang sebagus mana pun PAS, hingga kini pun PAS masih tak berjaya untuk berjuang bersendirian mengalahkan satu parti yang bernama UMNO apalagi mengalahkan sekumpulan parti2 yang bernama BN. Untuk mengambilalih pemerintahan negara, PAS sendiri pun tau kalau hanya PAS sahaja, itu memang cukup susah untuk direalisasikan. PAS sendiri tau mereka perlukan PKR dan DAP jadi mengapa mesti kita mahu PAS sahaja jadi lebih bagus dari komponen2 PR yang lain? Mengapa kita tidak mahu kata yang PAS dan setiap satu komponen PR mesti sama bagus dan setanding antara satu sama lain supaya PR jadi satu parti yang 'formidable' untuk menentang BN yang kuat dan berkuasa tu? Apa guna kita banding membanding sesama PR, ingatlah musuh kita ialah BN, bukan PAS, PKR atau DAP. Kalau kita masih bertelagah siapa yang lebih bagus dalam PR, musuh kita akan menang tanpa perlu melepaskan satu tembakan pun.
"None of us is as strong as all of us"
FMZam has left a new comment on your post "PAS BERUPAYA DAN BERSEDIA MENTADBIR NEGARA":
Bila kita kata PAS bagus, kita jangan kata PKR tak bagus atau DAP tak baik. Kita semua dah cukup lama untuk belajar dan tau yang sebagus mana pun PAS, hingga kini pun PAS masih tak berjaya untuk berjuang bersendirian mengalahkan satu parti yang bernama UMNO apalagi mengalahkan sekumpulan parti2 yang bernama BN. Untuk mengambilalih pemerintahan negara, PAS sendiri pun tau kalau hanya PAS sahaja, itu memang cukup susah untuk direalisasikan. PAS sendiri tau mereka perlukan PKR dan DAP jadi mengapa mesti kita mahu PAS sahaja jadi lebih bagus dari komponen2 PR yang lain? Mengapa kita tidak mahu kata yang PAS dan setiap satu komponen PR mesti sama bagus dan setanding antara satu sama lain supaya PR jadi satu parti yang 'formidable' untuk menentang BN yang kuat dan berkuasa tu? Apa guna kita banding membanding sesama PR, ingatlah musuh kita ialah BN, bukan PAS, PKR atau DAP. Kalau kita masih bertelagah siapa yang lebih bagus dalam PR, musuh kita akan menang tanpa perlu melepaskan satu tembakan pun.
"None of us is as strong as all of us"
Saya bersetuju dengan penulis. Namun, untuk mengorak langkah seribu, PAS mesti mulakan dengan langkah pertama.
ReplyDeletePAS terlebih harus mengetuai PR.
Ketepikan Anwar Ibrahim
ReplyDeleteArticle yang bagus!
ReplyDeleteHidup TGNA, my IDOL!
Ada tak pemimpin PAS yang berani menyatakan pendirian yang jelas dan benar berkenaan Video Seks Anwar Ibrahim?
ReplyDeletePKR ingat diaorg terer. Tengok PAS, steady aja. Baru korang tau hebat tak hebat PAS!
ReplyDeleteSatu pandangan yang amat tepat sekali. Kalau pemerintah tak di ganti, negara ini akan musnah.
ReplyDeleteAku sokong Wan Nasuha! Biarpun penulis ni pernah dikritik hebat oleh penyokong2 PR dulu, tapi tetap bersetuju dengan semua idea beliau.
ReplyDeletePAS teruskan orak langkah. Buktikan yang PAS sememangnya ikhlas dalam perjuangan syariat islamnya. Tunjuk pada Anwar, PAS berkelebihan dan berkemampuan untuk mengepalai PR.
Tapi apapun, nyatakan dulu apa stand PAS terhadap video seks Anwar.
Terima kasih!
Anwar akan menangis malam ni lepas baca surat Wan Nasuha. Angan2 Anwar nak jadi PM tu hampir mati. Para penyokong PR sudah semakin bijak menilai yang mana lebih baik. Mari semua kita terus menyokong PAS untuk bawa aspirasi kita menggulingkan UMNO BN. HIDUP PAS!!! Allahuakbar
ReplyDeletePAS must comtemplate or plan for a future without Anwar Ibrahim (with his moral issues, its bad for PAS and PR's image). His problematic party with its own share of problems is a dead weight for PR. Anwar or PKR, in their respective 'leadership' positions have done little in strengthening PR or voter confidence towards PR.
ReplyDeletePAS should lead PR.
I also agree that PAS, as an islamic party, state its stand on the sex video involving Anwar Ibrahim. If it is indeed him, PAS should resolve not to accept a fornicator as a leader.
Spot on by nasuha,i have been a pas advocate since 1990 and deep down in my heart i know they are much much better than the corrupt umno regime especially more so now looking at the impressive top leaders that they have.The only thing left is for the rakyats to snap out of their slumber and give them the chance to govern and make Malaysia a better place.
ReplyDeleteBila kita kata PAS bagus, kita jangan kata PKR tak bagus atau DAP tak baik. Kita semua dah cukup lama untuk belajar dan tau yang sebagus mana pun PAS, hingga kini pun PAS masih tak berjaya untuk berjuang bersendirian mengalahkan satu parti yang bernama UMNO apalagi mengalahkan sekumpulan parti2 yang bernama BN. Untuk mengambilalih pemerintahan negara, PAS sendiri pun tau kalau hanya PAS sahaja, itu memang cukup susah untuk direalisasikan. PAS sendiri tau mereka perlukan PKR dan DAP jadi mengapa mesti kita mahu PAS sahaja jadi lebih bagus dari komponen2 PR yang lain? Mengapa kita tidak mahu kata yang PAS dan setiap satu komponen PR mesti sama bagus dan setanding antara satu sama lain supaya PR jadi satu parti yang 'formidable' untuk menentang BN yang kuat dan berkuasa tu? Apa guna kita banding membanding sesama PR, ingatlah musuh kita ialah BN, bukan PAS, PKR atau DAP. Kalau kita masih bertelagah siapa yang lebih bagus dalam PR, musuh kita akan menang tanpa perlu melepaskan satu tembakan pun.
ReplyDelete"None of us is as strong as all of us"
Pandangan bernas dari Wan Nasuha. PAS jauh lebih matang dari parti-parti lain yang ada sekarang. PKR tak mungkin dapat tempat tanpa kerjasama dari PAS. Sememangnya PAS bersedia melengkapkan diri untuk memerintah negara ini dengan baik.
ReplyDeleteGua orang cina tiggal manyak lama di negeri Germany. Lu orang mungkin ta'bercaya, gua manyak RESPECT Tok Guru lebih RESPECT DSAI. Tok Guru mesti hidup banjang. Gua sokong PAS sama sokong PKR. Tapi kita orang ta'dapat undi dia luar luar negeri. BN akan menengal Politik areany M'sia ta'lama lagi. Itu lu boleh bercaya gua.
ReplyDelete