Thursday, 3 December 2015
PAHLAWAN BUGIS LARI LAGI...
Sebagaimana
yang diduga banyak pihak, Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi
mengelak untuk menjawab isu berkaitan derma RM2,600 juta yang mengalir
masuk ke akuan bank peribadinya.
Beliau
yang sepatutnya menjawab isu itu di Parlimen hari ini, sebaliknya
menyerahkan kepada bekas Setiausaha Politiknya yang kini dilantiknya
sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi untuk mewakilinya
memberikan jawapan.
Speaker
Parliman, Pandikar Amin Haji Mulia juga memaklumkan bahawa tiada
sebarang soalan atau perbahasan ketika Zahid Hamidi memberikan jawapan
yang mewakili Najib itu.
Aduhh...sudahlah diwakilkan kepada orang lain, tiada soalan dan tiada perbahasan pula dibenarkan.
Apabila
Azalina Othman Said sebelum ini memberitahu bahawa Najib akan menjawab
sendiri isu berkaitan derma berbilion ringgit yang diterimanya itu di
Parlimen pada hari terakhir sessi Parlimen, lebih ramai yang sangsi
daripada meyakini keberanian Najib untuk berdepan dengannya.
Ia
bukan saja kerana isu itu sudah berlalu begitu lama dibiarkan tanpa
jawapan yang meyakinkan, tetapi pemilihan hari terakhir sessi Parlimen
turut menimbulkan banyak persoalan.
Kesangsian
itu menjadi kenyataan akhirnya dengan Najib langsung langsung tidak
berani walau untuk mengeluarkan satu patah perkataan sekali pun.
Jika
dalam program Nothing To Hide tidak lama dulu, Najib tidak berani
menjejakkan kakinya ke PWTC berikutan Tun Mahathir sudah menunggu untuk
berhujah dengannya di sana, tetapi di Parlimen kali ini beliau sekali
lagi menunjukkan ketakutannya berdepan Ahli-Ahli Parlimen dengan Zahid
Hamidi pula ditolaknya ke depan.
Memang
pelik dan tidak masuk akal apabila Zahid yang disuruh menjawab
sedangkan duit berkenaan masuk ke akaun peribadi Najib. Maka, itukah
sebabnya tiada soalan dan perbahasan dibenarkan?
Zahid
pula dalam rumusannya mengenai wang itu hanya mengambil masa kira-kira 3
minit saja untuk menjawabnya. Begitu banyak wang yang mengalir masuk
dan banyak pula persoalan yang timbul, namun hanya 3 minit saja yang
mampu diluangkan.
Sampai bila agaknya Najib mahu bersembunyi dan terus melarikan diri? (SH 03/12/2015)
No comments:
Post a Comment