steadyaku47

Wednesday, 5 October 2016

Muhyidin, Mokhriz : Balek ka Umno? Tidak !



Tan Sri Muhyidin ditanya: kalau najib Razak letak jawatan, mahukah TS balik ke umno? Jawabnya TIDAK!

Tan Sri Annuar Musa berkata: Dato Mokhriz Mahathir boleh kembali ke umno kalau dia mahu. Jawab Dato Mokhriz, saya dibuang, bukan saya keluar. Saya tidak akan balik ke umno!

Dato Shafie Apdal, digantung dari umno. Dia keluar terus dan kembali ke Sabah lalu dibuatnya sebuah parti baru untuk berjuang menentang umno. Beribu ribu ahli umno Sabah ikut keluar !

Sekarang Tun Mahathir dan kawan kawan sudah tubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Mengapa?

Kerana umno sudah dirosakkan oleh kepimpinannya yang ada sekarang. umno parti politik yg pernah banyak berjasa kepada Bangsa dan Negara sudah dicuri dan dilarikan oleh pemimpin yang tidak amanah, yang rasuah dan yang menyalahgunakan kuasa yang dimandatkan kepada mereka oleh rakyat jelata.

1 MDB adalah satu scheme untuk mengeluarkan wang secara haram kedalam akaun persendirian dan poket pemimpin umno. Kepimpinan najib telah bekerjasama dengan jho low, Khadim Qubaishi dan Riza Aziz dan lainlain untuk melakukan money laundering di USA. Department of Justice USA sedang mengambil tindakan untuk membawa mereka ini kemuka pengadilan. Malu Malaysia oleh perbuatan mereka ini. Jatuh maruah kita.

1 MDB sekarang berhutang sehingga 50 biliun. Anak syarekatnya SRC International tak larat bayar hutang dipindahmilik kpd Khazanah Negara. jadi Rakyatlah yg bayar hutang itu. Berbilun liun pula kena bayar hanya bunga hutang atau interests. principalnya belum kira lagi.

Hutang negara dah diperingkat 800 biliun, lebih dari 50% GDP. Habis duit GST yg dikutip hanya untuk bayar hutang! Rakyat menderita barang harga nya mahal. Ringgit pula jatuh nilai. Najib yg jadi menteri kewangan. Dan najib adalah president umno!

Dan umno tidak bertindak bagi membetulkan keadaan ini. umno yg memimpinn kerajaan tidak bertindak untuk membetulkan kesalahan ini.

Banyak lagi kesalahan yang sedang berlaku tanpa tindakan penyelesaian yg berkesan.
Kerosakan alam sekitar diMalaysia terus mengancam kesejahteraan alam dan kehidupan.
Rasuah dipelbagai peringkat dari JKKK kepada majlis bandaran dan kementerian timbul disana sini. Dan umno yg memimpin kerajaan kian luntur dan tidak berkesan sebagai peneraju kerajaan. Beku macam kera duku. Yang mereka buat hanyalah edarkan dedak melalui wakil rakyat mereka. Sekampit beras, sekilo gula, sebungkus kopi, duit rm50.00, periok masak nasi dan kuehraya dengan gambar wakil rakyatnya untuk orang kampong. Begitulah jadinya Malaysia kita ini.

Itulah sebabnya Tun Mahathir, TS Muhyidin, Dato Seri Shafie Apdal dan Dato Mokhriz tidak lagi mahu kembali kepada umno yg pernah berjasa besar itu.

Marilah kita menyokong PPBM untuk menyelamatkan negara kita, Malaysia yg tercinta ini untuk masa depan anak cucu kita.

No comments:

Post a Comment