steadyaku47

Sunday, 25 February 2018

cakap cakap : Saudara Hussein.....

Sometime in Jun 2015 I received this from abu hassan adam. I do not know abu hassan then, nor do I know him know...but reading what he wrote to me some years ago only serves to remind me that nothing much has changed and what he wrote them is still relevant today. 


Saudara Hussein,
Entah macam mana dalam banyak hal kita sependapat. Cuma bezanya ialah suadara lebih 'kuat' dan bersemangat dari saya. Saudara masih terus menulis dan memberikan komen saudara untuk dibaca sedangkan saya merasakan begitu 'lemah' dan tidak bersemangat untuk teus menulis memandangkan segala apa yang saya tulis ibarat seperti 'anjing menyalak bukit'. Oleh itu saya mengambil sikap 'tidak peduli' juga seperti yang diamalkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia pada hari ini.

Kadang-kadang terfikir juga. "Apa perlunya aku menghabiskan masa dan memerah fikiran untuk menyelematkan negara. Lebih baiklah 'bersama' dengan golongan yang terus 'relax' dan terus menerus merompak wang negara"
Terus terang saya amat setuju dengan sikap dan tindakan yang saudara lakukan itu. Saya merasakan ramai golongan yang 'sewaktu' dengan kita berpendirian seperti yang saudara rasakan itu. Kehidupan yang dilalui di negara ini (Malaysia) sudah tidak sama dengan apa yang pernah kita alami. Saudara agak bertuah kerana dapat 'melarikan' diri daripada keadaan yang amat tidak menyenangkan fikiran dan perasaan di negara kini.
Apalah erti kesenangan sekiranya walaupun tinggal di rumah besar, berkereta besar tetapi kesengsaraan berada di mana-mana. Apalah erti kebahagiaan sekiranya kezaliman, penyelewengan dilakukan secara berleluasa.Dan yang amat malangnya ialah ramai diantara rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu (seperti kita) semacam menyetujui apa yang berlaku walaupun dalam keadaan 'tertindas'.
Mungkin agaknya latarbelakang pendidikan kita ( zaman British) yang menyebabkan kita lebih menyanjung negara orang putih. Saya tidak mahu mengulangi apa yang saudara coretkan mengenai Melborne. Cuma saya juga merasakan keadaan sedemikian wujud di London. Walaupun saya tidak tinggal di London tetapi hampir setiap tahun saya akan berada di London dan tinggal bersama anak saya di sana.
Dengan jelas dapat dirasakan perbezaan pemerintahannya dan cara mereka mentadbirkan negara. Semacam wujud apa yang dikatakan sebagai 'civilization'. Kita merasa senang dan aman dan sentiasa berfikiran terbuka.
Mungin apa yang kita rasa dan kita perkatakan tidak disukai oleh kebanyakan rakyat Malysia. Mungkin ada yang mengatakan, 'hujan emas di negeri orang hujang batu di negara sendiri'. Mungkin peribahasa ini sudah tidak sesuai lagi agaknya. Ini tidak pula bermakna bahawa 'orang' seperti kita tidak sayangkan negara ini. Namun disebabkan kesayangan yang sedemikianlah yang menyebabkan 'kekecewaan' yang amat sangat apabila kata-kata kita tidak dipedulikan.
Salam. Hanya luahan hati seorang yang kecewa.
abuhassanadam
4 Jun 2015 



No comments:

Post a Comment