steadyaku47

Tuesday, 20 February 2018

LEBIH BAIK NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA SELEPAS HARI RAYA, DAPATLAH JUGA BERAYA DULU BUAT KALI TERAKHIR DI SERI PERDANA!!

Tidak ada mana-mana Perdana Menteri selain Najib Razak yang pernah menangguhkan tarikh mengadakan pilihanraya sehingga ke penghujung tempoh seperti mana sekarang ini.
Biasanya, menghampiri empat tahun atau lebih sedikit empat tahun daripada tarikh pilihanraya sebelumnya, mana-mana Perdana Menteri akan segera mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat.
Tindakan Najib sekarang ini tidak lain ialah kerana beliau begitu takut kalah dan kehilangan kuasa. Perdana Menteri lain melihat pilihanraya ialah proses biasa untuk mendapatkan mandat dan kepercayaan baru, tetapi PRU 14 bagi Najib adalah detik yang mungkin akan menukar sama sekali kesudahan dalam hidupnya.
Jika kalah, Tun Mahathir Mohamad sudah menjanjikan akan memburu dan menghadapkan Najib ke muka pengadilan, khususnya berkaitan skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta, di mana penjara adalah paling mungkin destinasi terakhir baginya.
Lantaran itu, meskipun Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 24 Jun depan, hanya kira-kira empat bulan daripada sekarang, tarikh pilihanraya dan bila Najib akan membubarkan Parlimen masih menjadi misteri dan teka-teki.
Bilakah paling mungkin pilihanraya akan diadakan?
Ada yang meneka Najib akan membubarkan Parlimen selepas perayaan Tahun Baru Cina ini atau setelah sambutan Chap Goh Meh dan ada juga yang menjangkakan pilihanraya pada Mac atau April, namun tidak kurang juga yang meramalkan beberapa tarikh yang lain.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamdii semalam membayangkan pilihanraya akan diadakan sebelum sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
"Kita ada tiga raya...raya Cina baru lepas…sebelum raya haji, kita ada raya puasa tapi sebelum raya puasa, kita ada satu lagi ‘raya besar’,” kata Zahid Hamidi lagi.
Bagi yang nakal pula, mereka meramalkan Najib mungkin tidak mengadakan langsung pilihanraya dengan menjangkakan suatu kekacauan atau rusuhan akan meletus bagi membolehkan perisytiharan darurat dikuatkuasakan.
Kata mereka, buat apa Najib mengadakan pilihanraya kerana UMNO dan BN pasti akan kecundang kali ini melalui sentuhan dan pengaruh Tun Mahathir yang mengetuai Pakatan Harapan, selain negara terlalu sarat dengan isu yang akhirnya rakyat akan membuat pertimbangan bahawa pertukaran kerajaan adalah pilihan paling logik dan munasabah untuk dilakukan.
Tetapi, meniadakan pilihanraya juga bakal memberi risiko kepada Najib kerana ia mungkin mencetuskan penolakan rakyat secara mendadak dan lebih kuat terhadapnya.
Kiranya itu berlaku, Najib akan kecundang dan ditolak rakyat juga akhirnya.
Jika begitu, bilakah tarikh paling mungkin Najib patut membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya?
Sebagaimana yang disebut pada awal lagi, kelewatan Najib mengadakan pilihanraya ialah kerana beliau tidak yakin mampu memenanginya. Angin kalah lebih kuat berbanding tiupan bayu menang. Di mana-mana terpamer luahan rakyat yang tidak puas hati, marah dan meluatnya terhadapnya.
Meskipun di permukaan terlihat tenang dan seolah-olah aman, tetapi majoriti rakyat sebenarnya sudah ada pilihan. Jika ramai yang tidak puas hati, marah dan meluat sekarag ini, tentulah tidak mungkin Najib yang diketahui bakal lebih menyusahkan lagi kehidupan rakyat akan dijadikan pilihan untuk terus mengetuai negara ini bagi tempoh lima tahun yang seterusnya.
Oleh itu, PRU 14 paling mungkin merupakan pilihanraya yang terakhir bagi Najib dan kerajaan akan bertukar tangan selepas ini. Dalam masa yang sama, kita juga sedia maklum gaya hidup Najib yang suka kepada glamour, mewah dan gemerlapan.
Dengan yang demikian, Najib sebaiknya menunda tarikh pilihanraya sehingga Hari Raya Aidil Fitri diadakan iaitu pada pertengahan Jun depan. Melaluinya dapatkan Najib dan keluarganya mengadakan sambutan rumah terbuka Aidilfitri buat kali terakhir di Seri Perdana terlebih dahulu dengan penuh mewah serta warna-warni, sambil menjadikannya acara kempen paling meriah serta gah.
Jika pilihanraya diadakan sebelum Hari Raya Puasa dan BN kecundang akhirnya, di manakah Najib dan Rosmah mahu menyambut Hari Raya nanti?
Memang diketahui juga bahawa pada 8 Jun, Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara dan kiranya pilihanraya diadakan selepas Hari Raya Puasa, ia akan mengundang lebih berisiko bagi Najib, UMNO dan BN untuk menentang Pakatan Harapan.
Bolehkah kita bayangkan berapa ratus ribu akan hadir jika Tun Mahathir dan Anwar berada di atas satu pentas ceramah yang sama?
Bayangkan juga jika siri ceramah itu sempat di adakan ke seluruh negara?
Tetapi, Najib dan Rosmah jangan terlalu risau dengan keadaan itu. Hadapilah ia dengan tenang dan penuh kecekalan.
Kalah dan hilang kuasa selepas dapat berpesta dan berhari raya buat kali terakhir di Seri Perdana dengan menunjukkan pakaian mewah dan beg tangan mahal kepada rakyat jelata adalah lebih bererti daripada kalah dan hilang kuasa sebelum sempat berbuat apa-apa.

author unknown



No comments:

Post a Comment