steadyaku47

Saturday, 31 March 2018

Mari kita kuburkan BN dan UMNO.



KEPADA RAKYAT MALAYSIA.
Najib sekarang adalah ibarat sedang menunggang harimau, jika dia turun dia akan dibaham, jika dia meneruskan pun dia akan dibaham oleh harimau dari kesalahan-kesalahan yang dicipta nya sendiri.
Seharusnya orang-orang UMNO telah menurun atau melarang beliau dari menunggang kuda itu lama dahulu, tetapi sekarang telah terlambat. Harimau itu hanya menunggu masa untuk membahamnya.
Rasuah bukan sahaja diberi kepada pengundi tetapi juga kepada mereka yang boleh menurunkan beliau dari harimau itu sebab itu mereka tiada keberanian menentang Najib, dengan rasuah yang mereka terima, mereka melihat harimau yang ditunggang Najib terlalu garang dan menakutkan.
Jangan takut UMNO kalah, Indonesia, Jepun, India, Korea dan negara-negara lain pernah kalah, tetapi negara-negara tersebut terus maju, berjaya dan telah mendahului Malaysia.
Masalah bangsa dan agama yang selalu didendangkan hanya alat untuk menakut-nakutkan supaya mereka kekal berkuasa. 
Kuasa itu ada alat untuk menambah kekayaan dan menutup salah laku mereka. Bangunlah, sedarlah jangan nanti kita sudah terantuk baru tengadah.
Masanya sekarang, iya sekarang mari kita lakukan bersama.
Mari kita kuburkan BN dan UMNO. 
(Rakyat Perihatin)


No comments:

Post a Comment