steadyaku47

Thursday, 15 March 2018

Nazri : "Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah,"

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengecam Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.
Menurut laporan Malaysiakini, Nazri berkata Tunku Ismail harus menjauhkan diri daripada politik.
"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.
“Raja-raja dan keluarga diraja berada di luar daripada undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.
"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," lapor portal itu.


CAKAP BUKAN SERUPA BIKIN....aiyoyoyo nazri...apasal tunduk pulak sekarang? Maybe the possibility that umno will lose it's "stronghold" down South has got something to do with it?


No comments:

Post a Comment