steadyaku47

Monday 7 May 2018

Dato Razak Idris : mantan Pengarah SPRM

Kawan-kawan, jika PH memerintah Malaysia nanti kita akan desak selain dari adakan RCI atau siasatan semula keatas skandal/kes 1MDB, FELDA, MARA, TABUNG HAJI, NFC, kapal selam Scorpene, diadakan undang-undang supaya semasa Parlimen/DUN dibubarkan:

1. Adalah menjadi satu kesalahan serius bagi pihak " caretaker government " menggunakan apa-apa kewangan, aset, kemudahan dan keanggotaan kerajaan untuk apa-apa maksud yg bertujuan secara langsung atau tidak langsung untuk berkempen politik atau yang boleh disifatkan sebagai ada kaitan dengan atau cara kempen parti politik " caretaker governament " untuk meraih undi parti sendiri atau untuk melemahkan parti Pembangkang. ( Sorry lah mana boleh pegawai kerajaan diarah hadir apa-apa majlis " rasmi- ala-kempen politik " atas perbelanjaan wang rakyat" ? Di beberapa negara PM dan Menteri tidak boleh pun guna kereta kerajaan untuk urusan parti politik. )

2. Mana-mana pegawai kerajaaan/GLC atau yang menerima sebarang bentuk insentif/bayaran daripada kerajaan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat atau pendapat yang berbaur politik atau yang boleh disifatkan sebagai boleh membantu atau berkempen memehak parti " caretaker governament " mahu pun Pembangkang.


3. TV dan radio nasional tidak boleh menyampaikan apa-apa berita yang boleh dianggap sebagai berkempen untuk mana-mana parti politik atau atau melakukan apa cara yang menyokong sebelah pihak sesuatu parti politik. 


4. Secara jelas dan tegas mengharamkan ( menjadi kesalahan ) perbuatan memberi dan menerima " dedak" seperti berleluasa dan tidak terkawal sekarang. ( Saya dimaklumkan pegawai SPRM di Putrajaya pun ada terima " dedak " tapi mereka tidak akan mengundi BN😜.)
5. Mengharamkan sebararang bentuk dan cara kempen poster pilihanraya oleh mana-mana parti politik atau calon. ( Biar SPR dan media sahaja yang menghebahkan urusan ini." Perang Poster " sekarang sudah lapuk dek zaman, membazir dan mencerminkan mentaliti Dunia Ke-3 Malaysia. )


6. Hukoman gantung sampai mati ke atas Pengerusi, pegawai dan wakil SPR yang dengan sengaja melakukan atau bersubahat untuk mensabotaj atau melemahkan atau menipu mana-mana parti politik yang bertanding !!! ( No 6 ni saya berguraulah😜

Selamat mengundi pada 9 Mei 2018. Terima kasih.

Yang benar:

Dato' Hj Abdul Razak Idris, mantan Pengarah SPRM. 7 Mei 2018.


No comments:

Post a Comment