steadyaku47

Monday, 20 February 2017

Dr Maza : Dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti : Hari ini semuanya sudah berbeza



Suatu hujah dari Dr MAZA yang menarik dan perlu anda baca. Hehehe. PAS dulu dan sekarang amat berlainan. Segalanya punyai kepentingan.
Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?
Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti. 
Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.
Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan. Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!