MAASYA ALLAH; SETELAH PUAS MEROMPAK BERPULUH2 BILION RM DARI 1MDB, NAJIB NAK SALAHKAN PAK LAH PULA?
Tadi dalam satu ucapan yg disiarkan oleh TV 1 dalam slot berita jam 8 malam, najib berkata; "Masalah 1MDB, berlaku semasa (PM) sebelum saya, saya telah mengarahkan diadakan proses rasionalisasi". Bagi pemuja2 Najib n BN mungkin akan telan saja apa yg keluar dari mulut Najib namun fakta jelas menunjukkan bahawa "NAJIB BOHONG LAGI". Sila baca dengan teliti fakta tentang ROMPAKAN 1MDB yang jelas bukan saja berlaku selepas Najib jadi PM, malah mustahil boleh berlaku tanpa kerjasama Najib dan diperkuatkan lagi dengan fakta yg dikemukakan oleh DOJ (beserta butir2 transaksi bank) bahawa Najib, Riza Aziz (anak rosmah) dan Rosmah sendiri mendapat habuan yg besar dari hasil rompakan keatas 1MDB.
HJ ZAIDI BIN AHMAD
(Bekas Mejar TUDM)
017-4164728
JOM TINGKATKAN USAHA KITA AGAR PEROMPAK2 WANG RAKYAT DITANGKAP SEGERA TERMASUK MENINGKATKAN MUNAJAT DAN DOA KITA AGAR KERAJAAN ZALIM DAN MEROMPAK WANG RAKYAT INI TUMBANG SEGERA. AAMIIN.
VIRAL VIRAL VIRAL
BOM ATOM!!!: PENDEDAHAN BERANI MATI N BERANI KENA SAMAN
PERKARA2 MENARIK YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ROMPAKAN 1MDB BAHAGIAN 1/4:
Bagaimana Jho Low mendapat USD1,030 juta dan Najib mendapat USD20 juta pada 2009 dan 2011 (FASA 1 daripada 4 FASA Rompakan 1MDB - FASA GOOD STAR)
(Jho Low DISAHKAN pemilik syarikat Good Star Limited)
27 Feb 2009- Terengganu Investment Authority (TIA) ditubuhkan dibawah naungan Sultan Terengganu. (Pak Lah PM)
25 Mac 2009- Lembaga Pengarah TIA telah memberi kuasa kepada En. Shahrol Azral Ibrahim Halmi (CEO TIA) untuk mengesahkan perlantikan Aminvestment Bank (Ambank) sebagai Lead Arranger and/ or lead manager and primary subscriber untuk cadangan terbitan RM5 bilion Islamic Medium Term Notes (IMTN).
(Laporan PAC m/s 8)
3 April 2009- Najib mengangkat Sumpah sebagai PM ke6 setelah Pak Lah meletak jawatan.
7 April 2009- Tan Sri Mohd Bakke Salleh meletak jawatan sebagai Pengerusi TIA
8 April 2009- Najib melantik Jho Low dan Datuk Abdul Aziz sebagai PENASIHAT KHAS TIA (PAC m/s 14)
15 Mei 2009- Perjanjian ditandatangani antara TIA dan Ambank. Pada tarikh yg sama Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan "jaminan kerajaan" untuk terbitan IMTN berjumlah RM5 bilion.
18 Mei 2009- Jho Low menubuhkan syarikat Good Star Limited di kepulauan Seychelles dengan membayar USD1 (Laporan DOJ m/s 18)
22 Mei 2009- Susulan bantahan dari Menteri Besar Terengganu keatas perjanjian pada 15 Mei yang tidak mengikut terma dan perancangan MBI Terengganu, Lembaga Pengarah TIA memutuskan supaya En Shahrol Azral mengambil tindakan serta merta "on urgent basis" untuk memaklumkan kepada Penasihat terbitan IMTN serta memastikan tiada terbitan IMTN dibuat. Lembaga Pengarah TIA turut memutuskan untuk menggantung kuasa yg diberikan kepada En Shahrol Azral atau mana-mana pengarah lain berkaitan dengan terbitan IMTN.
25 Mei 2009- Namun En Shahrol Azral tetap menandatangani perjanjian aqad bagi penjualan aset oleh AmIslamic Bank Berhad kepada TIA.
27 Mei 2009- wakil kerajaan negeri Terengganu dalam Lembaga Pengarah TIA iaitu YAM Tengku Rahimah Puteri meletak jawatan. En Shahrol Azral pula telah digugurkan sebagai Pengarah oleh pemegang saham, namun melalui satu resolusi Lembaga Pengarah TIA yang ditandatangani oleh Datuk Ismee menyaksikan En Shahrol Azral telah dilantik semula sebagai Pengarah TIA.
29 Mei 2009- MBI Terengganu menulis surat kepada Menteri Kewangan (Najib) membangkitkan kelemahan yang serius dan menyatakan pendirian yang tidak bersetuju dengan kaedah terbitan IMTN yg tidak mengikut terma dan perancangan MBI Terengganu. Pada tarikh sama TIA menerima sebanyak RM4.385 bilion hasil IMTN. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sehingga 2039 kepada Ambank ialah RM13.625 bilion. Pada tarikh yg sama juga MBI Terengganu telah menulis "Surat Amaran" kepada Ambank yg didakwa terlibat dalam salah laku dan ketidakakuran semasa terbitan IMTN. (PAC m/s 12)
"Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati En Shahrol Azral telah melanggar arahan pemegang saham supaya tidak meneruskan penerbitan IMTN. En Shahrol Azral juga telah melakukan kesalahan dengan menandatangani perjanjian tanpa apa-apa kuasa yg diberikan oleh Lembaga Pengarah." (PAC m/s 11)
PAC juga mendapati En Shahrol Azral memberi alasan yg berbeza-beza berhubung dengan penerbitan bon IMTN RM5 bilion antaranya; (PAC m/s 11)
"Semakan Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati semasa mesyuarat Lembaga Pengarah pada 10 Oktober 2009, En Shahrol Azral memaklumkan terbitan IMTN disegerakan "atas permintaan PENASIHAT KHAS TIA" dengan tujuan untuk membangunkan Pulau Bidong dengan kerjasama syarikat Mubadala pada tahun 2009. Pihak Ambank (yg turut hadir dalam mesyuarat) juga telah mengesahkan PENASIHAT KHAS TIA (JHO LOW & DATO' ABD AZIZ) telah meminta terbitan bon disegerakan. Namun demikian, melalui kenyataan akhbar pada 23 Mei 2009, pihak Mubadala menafikan penglibatannya di Malaysia selain daripada projek di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor. (PAC m/s 13)
9 Jun 2009- Jho Low membuka akaun syarikat Good Star Limited miliknya di bank RBS Coutts cawangan Singapura. Low adalah pemilik dan penandatangan tunggal bagi akaun tersebut. Turut disertakan ialah salinan pasport Malaysia milik Jho Low. (DOJ m/s 18)
Julai 2009- Kementerian Kewangan mengambil alih TIA
September 2009- TIA ditukar menjadi 1MDB. TS Bakke dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah (Laporan DOJ m/s 16)
Walaupun Jho Low tiada sebarang jawatan dalam 1MDB namun Jho Low terlibat antaranya;
6-7 September 2009- Mengaturkan perjumpaan antara Najib dan Petrosaudi diatas sebuah kapal layar di Monaco. Sejurus perjumpaan tersebut Jho Low telah menghantar emel kepada ibubapanya, seorang saudara lelaki dan saudara perempuannya dengan menyatakan "Persetujuan telah dicapai dengan Petrosaudi; Nampaknya kita telah menemui Lombong Emas" (DOJ m/s 19)
26 September 2009- Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB "turut dihadiri oleh Jho Low. Sebelum memasuki mesyuarat Jho Low telah bercakap dalam telefon dengan Najib".
28 September 2009- Perjanjian usaha sama ditandatangani antara 1MDB dan Petrosaudi dimana 1MDB akan menyuntik USD1 bilion utk 40% saham dalam syarikat usaha sama manakala Petrosaudi tidak akan menyumbangkan satu sen pun tetapi akan menyerahkan asetnya yg kononnya bernilai lebih USD2 bilion. En Shahrol Azral menandatangani bagi pihak 1MDB manakala En Tarek Obaid menandatangani bagi pihak Petrosaudi. Perjanjian ini turut disaksikan oleh DS Najib dan Putera Turki bin Abdullah iaitu Pengasas Bersama Petrosaudi. (PAC m/s 23)
30 September 2009- 1MDB telah memindahkan sebanyak USD300 juta ke akaun syarikat usaha sama 1MDB-Petrosaudi. namun "baki USD700 juta lagi telah dipindahkan ke akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd., milik sebuah syarikat lain yang tidak terlibat dengan projek usaha sama ini."
Berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh Datuk Shahrol Azral pada 5 Jun 2015 dan kenyataan beliau semasa mesyuarat PAC pada 25 November 2015, akaun tersebut adalah milik Good Star Limited yang merupakan subsidiari (anak syarikat) Kumpulan Petrosaudi sejak 1 September 2009. Semakan JAN mendapati tiada kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB untuk pemindahan wang ini ke dalam dua akaun yang berasingan" (PAC m/s 25&26)
3 Oktober 2009- selepas bermesyuarat "Lembaga Pengarah 1MDB menyuarakan rasa tidak berpuas hati apabila arahan mereka telah diabaikan dan penggunaan dana telah disalurkan kepada pihak lain tanpa pengetahuan mereka."
Sehubungan itu, Lembaga Pengarah 1MDB mengarahkan pihak pengurusan untuk mengambil tindakan pembetulan seperti berikut:
a. Menentukan sama ada sejumlah USD700 juta daripada Petrosaudi Holdings (Cayman) Ltd. (Pihak pengurusan telah "menipu" Lembaga Pengarah kononnya USD700 juta tersebut dibayar kepada syarikat Petrosaudi sebagai melunaskan hutang yang telah dibuat oleh syarikat usaha sama kepada Petrosaudi- Laporan DOJ m/s 32) dapat dikembalikan semula supaya dana tersebut dapat disalurkan mengikut ketetapan asal.
Berdasarkan bukti dokumen dan temubual dengan bekas Lembaga Pengarah, semakan JAN mendapati arahan-arahan Lembaga Pengarah "tidak dipatuhi" oleh pihak pengurusan 1MDB". (PAC m/s 30 & 31)
11 Oktober 2009- TS Mohd Bakke sekali lagi meletak jawatan dan beliau digantikan dengan TS DS Che Lodin bin Wok (PAC m/s 16) (https://sg.news.yahoo.com/bakke-resigned-twice-1mdb-chairma…)
11 Oktober 2009- Tan Sri Azlan bin Mohd Zainol dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
11 Januari 2010- TS Azlan letak jawatan dari 1MDB. (PAC m/s 16)
18 Februari 2011- Jho Low memindahkan sebanyak USD12.5 juta dari akaun Good Star miliknya ke akaun milik Pengasas Bersama Petrosaudi iaitu Putera Turki bin Abdullah di Riyad Bank.
23 Februari 2009- Putera Turki bin Abdullah telah memindahkan sebanyak USD10 juta ke akaun di Ambank milik DS Najib (MO1).(DOJ m/s 38)
20 Mei 2011- 1MDB memindahkan sebanyak USD30 juta ke akaun Good Star daripada akaunnya di Ambank.
23 Mei 2011- 1MDB memindahkan sebanyak USD65 juta ke akaun Good Star dari akaunnya di Ambank.
27 Mei 2011- 1MDB memindahkan sebanyak USD110 juta ke akaun Good Star dari akaunnya di Deutsche Bank. (DOJ m/s 36)
10 Jun 2011- Jho Low memindahkan sebanyak USD12 juta dari akaun Good Star miliknya ke akaun Putera Turki bin Abdullah di Riyad Bank.
13 Jun 2011- Putera Turki memindahkan sebanyak USD10 juta ke akaun DS Najib di Ambank, menjadikan jumlah hasil rompakan yg diperolehi oleh Najib bagi fasa ini sebanyak "USD20 JUTA". (DOJ m/s 39)
25 Oktober 2011- 1MDB membuat pindahan terakhir ke akaun Good Star sebanyak USD125 juta dari akaunnya di Ambank menjadikan jumlah keseluruhan bayaran kepada syarikat Good Star Limited milik Jho Low adalah USD1.030 BILION. (DOJ m/s 36)
Semua pemindahan wang dilakukan melalui AKAUN BANK KORESPONDEN di Bank Amerika Syarikat iaitu J.P. Morgan Chase. Sebab itu Amerika boleh semak semua rekod pergerakan wang. (DOJ m/s 36)
Nantikan pendedahan seterusnya iaitu Fasa kedua dari keseluruhan 4 fasa dimana sebanyak USD1.367 bilion lagi dirompak dari 1MDB pada Fasa Aabar-BVI ini dimana Najib mendapat sebanyak USD30 juta lagi sementara anak Rosmah iaitu Riza Aziz mendapat sebanyak USD238 juta)
Sila download Laporan PAC:
Download laporan DOJ:
MASIHKAH ANDA INGIN MENYOKONG NAJIB UMNO BN PEROMPAK? Jangan jadi pengkhianat kepada agama bangsa dan negara dan jangan musnahkan masa depan anda dan anak cucu cicit dengan menyokong/ mengundi perompak sebagai pemerintah negara. Perompak adalah orang yang zalim dan siapa yg menyokong orang-orang yang zalim maka tempatnya di akhirat kelak adalah didalam neraka. Rujuk Surah Hud ayat 113. BERTAUBATLAH SEGERA KERANA MATI ITU BOLEH BERLAKU BILA2 MASA
HJ ZAIDI BIN AHMAD
(Bekas Mejar TUDM yg dipecat kerana melaporkan dakwat SPR tidak kekal)
0174164728
VIRALKAN AGAR RAKYAT MALAYSIA TAHU BAHAWA PERDANA MENTERI MEREKA ADALAH SEORANG PEROMPAK
PRU14 UNDI PAKATAN HARAPAN AGAR PEROMPAK2 1MDB DAPAT DITANGKAP DAN HARTA2 MEREKA DAPAT DIRAMPAS DAN DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT
JANGAN UNDI PAS KERANA HJ HADI TELAH MENYATAKAN BAHAWA LAPORAN DOJ ADALAH "CAMPUR TANGAN ASING" UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA (PAS PERTAHAN NAJIB)
ALLAH MAHA BESAR
No comments:
Post a Comment