steadyaku47

Thursday, 27 July 2017

PATRIOT : Kami telah menerima maklumat bahawa beberapa unit Tentera Darat (TD) akan/telah berpindah kekawasan baru yang akan mengubah lanskap pengundi pos dikawasan baru itu. Pemindahan ini melibatkan unit-unit berikut:


1. Satu Batalion Infantri dan satu Rejimen Artileri ke Kem Hutan Melintang, Perak. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan Parlimen Bagan Datuk dan DUN Hutan Melintang.
2. Satu Skuderan Jurutera dan satu Rejimen Artileri ke Kem Paloh, Johor. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan Parlimen Semberong dan DUN Paloh.
3. Satu unit baru Risik ke Kem Bera, Pahang. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan Parlimen Bera dan DUN Kemayan.
4. Satu Rejimen Artileri ke Kem Segamat, Johor. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan Parlimen Segamat dan DUN Buloh Kasap.

Sekiranya maklumat pemindahan ini benar, maka dua kawasan undi Parlimen yang penting mesti dipertahankan oleh BN, akan menerima tambahan undi pos iaitu, Parlimen Bagan Datuk, Perak dan Parlimen Semberong, Johor. 
Pada PRU13 lalu, Parlimen Bagan Datuk dimenangi oleh YAB Dato Zahid Hamidi (BN), manakala Parlimen Semberong dimenangi oleh YB Dato Hishamuddin Hussein (BN),
Nyata juga Parlimen Bera, Pahang dan Parlimen Segamat, Johor penting bagi BN untuk dipertahankan. Pada PRU13 lalu, Parlimen Bera dimenangi oleh YB Dato Ismail Sabri (BN), manakala Parlimen Segamat dimenangi oleh YB Dato Dr. Subramaniam, Presiden MIC.
Kami kurang pasti status kem-kem seperti diperanggan 1hingga 4 diatas, yang akan menerima unit-unit baru ini, iaitu:
1. Samada sudah siap lengkap.
2. Samada masih dalam binaan.
3. Samada separuh siap.
4. Samada masih dalam rancangan untuk dibina.

Dalam apajua status kem-kem tersebut, atau samada pemindahan telah dilaksanakan secara fisikal atau tidak, tindakan ini bakal mengubah lanskap bilangan pengundi pos bagi kawasan Parlimen dan DUN dimana unit-unit TD ditempatkan.
Jika maklumat pemindahan ini benar, maka kami ingin mengajukan soalan berikut kepada SPR , BN dan TD:
1. Tidakkah pemindahan ini dirancang bagi memberi kemenangan kepada calon BN?
2. Tidakkah kamu sedar perbuatan ini satu penipuan terlarang oleh agama anutan kamu?
3. Jika kamu menang dalam PRU nanti, tidakkah kamu rasa bersalah dengan perbuatan penipu kamu itu?
4. Sekiranya kem-kem belum siap untuk diduduki, maka bolehkah anggota unit tersebut membuang undi secara pos dikawasan baru mereka itu 
5. Tidakkah menindahkan unit-unit TD kekawasan baru sebelum PRU 14 mempunyai alasan opolitik semata mata?
6. Adakah pemindahan ini dilakukan atas alasan bahawa kem lama unit-unit terlibat tidak lagi SESUAI, seperti jawapan Timbalan Menteri Pertahanan baru baru ini terhadap penjualan Kem Batu Kantomen? 

Kepada sesiapa saja yang terlibat dengan rancangan pemindahan ini, maka saya minta kamu semua lihat dalam diri kamu dan bertanya samada perbuatan kamu salah atau benar. Apa perlunya kita bermegah jika kemenangan itu berlaku atas perbuatan penipuan? Lakukan lah kerja benar, ikhlas dan jumur yang akan menerima keberkatan dari Allah swt.
Fikir fikirkan lah.......

Patriot




No comments:

Post a Comment