steadyaku47

Saturday, 10 March 2018

Catatan Hati Nurani dari Bumi Indonesia:



Saya TIDAK pernah jadi pemimpin masyarakat baik itu dlm Politik mau pun dalam pemerintahan.Tapi sebagai Rakyat sy dapat merasa dan melihat nyata hati naruni sebagai Rakyat kecil dan Hati Naruni Pemimpin Besar.Tidak semestinya saya tinggal diluar Negara (Sudah 19 th di Indonesia), saya tidak boleh berkata mengenai Bumi tumpah darah saya Malaysia,sedangkan sebahagian anda Para Pemimpin 'Rakus'melahap 'lendir'kotor yg anda buat sendiri.Menjadi Pentadbir(Executive) dan Pemimpin(Legislative)adalah 2 hal yg berbeda tapi akan di cantumkan utk membolehkan anda untuk menjadi Pemimpin yg hebat dimata dan hati Rakyat.Pembohongan yg berterusan akan mengakibatkan'bohong tutup bohong'akhirnya anda sendiri adalah Tukang Bohong berkaliber. Oklah...anda boleh kata kami bodoh tak faham hal takbir negara dan politik. Pada era SBY(Indonesia)ketika Nasarudin Bendahara/Bendahari Parti Demokrat (Ketua Parti SBY yg juga President) didapati lakukan rasuah besar,KPK (Komisi Pemberantasan Korupsi )memburu Nasarudin kemerata dunia (pasti dgn restu SBY selaku President yg tidak mahu rasuah berluasa walaupun dari orang beliau),ditangkap diluar Negara oleh KPK dan dibawa pulang ke Indonesia dgn Private Jet.'Anda2' pula melindung pelaku rasuah dan pelaku 'Money Laundering',kapal Equanimity berlabuh tepi pantai Negara pun 'Dilindung' sehinggalah Pihak berkuasa Indonesia tahan dan rampas Equanimity.
Era Jokowi sekarang membawa Indonesia utk menjadi 10 Negara ekonomi TERBAIK di dunia dengan Ibu Sri Mulyani dinobat Menteri Kewangan Terbaik didunia bukan Jokowi jadi Menteri kewangan kerana Jokowi memberi tugas kewangan pada yg terbaik.Ibu Retno (Menteri Luar Indonesia) dah bertahun membantu Rohinya Myanmar tanpa gembar gembur,Tanpa Jokowi berdemo hal Rohinya. Jokowi dlm diam arahkan Ibu Retno bantu Rohinya begitu juga PMI (Palang Merah Indonesia yg di Ketua Pak Yusof Kalla yg juga Wakil President) hantar berkapal kapal bekalan ubat dan makanan ke Rohinya tanpa gembar gembur.Panglima Tentera Nasional Indonesia walaupun di lantik oleh President tapi harus dengan persetujuan Parlimen (semua Parti) begitu juga dgn Ketua Polis Republik Indonesia.Pemilu (PRU Indonesia diumumkan satu(1)sebelum PilihanRaya tanpa takut (takut kalah) jadi Indonesia lebih Gentlemen.
Tahukah kah kita bahawa 8 tahun kebelakangan ini Indonesia melahirkan 4ribu 'OKB-Orang Kaya baru'.Syarikat2 Malaysia saja telah buat pelaburan sejumlah US$13.8Billion di Indonesia sehingga catatan resmi tahun 2017 (yg ini agak saya tak termasuk FGV sebab tak jelas),kita memandang sinis ke indonesia kerana kita banyak melihat pembantu rumah Indonesia yg bekerja di Malaysia.Kita harus melihat positive perkembangan ekonomi Indonesia.Maka Belajarlah dari yg terbaik dalam membangun Negara dari 'Zero to Hero'.Salam hormat dari bumi Indonesia 
(Dr.Fauzi Mohamad/Malaysian Diapora-Jakarta)