steadyaku47

Sunday 15 April 2018

Mariam Mokhtar : Janji kosong dan katak-katak ternakan Najib



Jangan lupa katak katak ternakan Najib pada tahun 2009.
Krisis kerajaan buatan katak katak Najib.

Nombor kegemaran Najib Abdul Razak adalah sebelas.
Itu tidak betul. Nombor kegemarannya ialah lima.
Setiap lima tahun, dia membuat janji. Janji kosong.
Selain dari janji kosong, Najib suka menternak katak. Wahai orang Perak, jangan lupa katak katak Najib pada tahun 2009.

JANJI YANG DI ULANGI SETIAP PRU

Kelmarin, Najib janji nak bina sebuah lapangan terbang baru, di Perak, di Seri Iskandar, selepas GE-14.
Ini cerita lama. Sudah di janji, tiga pilihan raya yang lalu. Tiap tiap lima tahun, janji lapangan terbang baru, akan timbul.
Beliau kata, lapangan terbang baru ini, akan dibina dalam tempoh lima tahun.
Ahhh … Betapa mudahnya. Lima tahun. Cukup masa, untuk mengulang, janji yang sama, pada pilihan raya yang akan datang. (tapi takpe, kita akan tendang Umno-Baru/BN keluar)
Siapa nak bayar lapangan terbang baru ini?
Kroninya? Mereka dah kering – takde duit.
Najib tak boleh paksa duit dari rakyat… Beban kita teruk, akibat GST .

MOH KITA CERITA LAGI, TENTANG JANJI, UMNO-BARU.

Umno-Baru janji nak buat industri Aerospace Park, di Ipoh? Ini janji kosong
Pada tahun 2007, sebelum PRU-12, Umno-Baru nak jadikan Seri Iskandar, pusat Global Flying Hospital.  Janji kosong juga.
Pada 2013, Mentri Besar Perak nak jadikan negeri Perak sebagai negara maju – developed state? Ini dalam plan Perak Maju dan Perak Amanjaya 2015.
Saya tak sedar pun Perak jadi “developed state”. Zambry tak boleh nak kawal sampah di Ipoh dan kawasan luar bandar, macam mana nak jadikan Perak negeri maju?
Timbalan PM, Zahid Hamidi, cadangkan terowong bawah laut dari Bagan Datoh ke Indonesia. Kos terowong RM78 bilion. Mana kerajaan nak dapat duit? Hutang negara hampir satu Trillion ringgit.
Pada 7 April, Najib kata bahawa BN memenuhi 99.4 peratus janji-janjinya.
Dia sangat tepat. Sampai dia kata 99-point-4%. Tak pun nak “rounding-up”.
Saya fikir Najib silap kot. Dia patut cakap, BN gagal memenuhi 99.4 janji mereka.
Kita bosan janji kosong Najib. Dia patut letak jawatan. Jangan tunggu di pecat dalam PRU-14.
Kuasa, di tangan anda.
Keluar undi dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.
.

No comments:

Post a Comment