MONDAY, 07 JANUARY 2008 00:19 |
Mission Statement The Centre for Policy Initiatives was formally established as a non-profit policy reform organization in June 2007. Its mission is focused on providing the policy interested public, academia, private sector, government and other key stakeholders with accurate information, data and analysis on vital national issues affecting the country’s economy and society. The Centre also aims to act as a independent and uncompromising watchdog on democratization, good governance and public policy reform.
I have always regret not being able to write in our Bahasa - but this translation captured the essence of what I wanted to convey. regards. HH steadyaku47 |
Saya Melayu |
Translation |
WRITTEN BY HUSSEIN HAMID |
FRIDAY, 07 AUGUST 2009 20:12 |
(Terjemahan daripada Bahasa Inggeris oleh Centre for Policy Initiatives) Masalah-masalah yang kita sedang hadapi sekarang bukan hanya berkaitan dengan negeri Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sahaja malah merangkumi seluruh negara. Ia bukan sahaja menlibatkan kaum Melayu, Cina dan India, malah sesiapa sahaja yang warga Malaysia. Ia bukan hanya berkaitan isu hari ini, esok, minggu depan ataupun tahun depan sahaja, malah ia adalah mengenai masa kini dan lebih penting lagi, ia adalah mengenai masa depan kita. Kesilapan yang dibuat, dasar yang dibina dan segala yang dilakukan sekarang akan dinilai dan dihakimi oleh generasi masa depan. Jika kita tiada lagi untuk mendengar rumusannya, anak-anak kita akan mendengarnya juga. Walaupun sesetengah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah lama menceburi dunia politik, soal kemampuan mereka untuk memerintah dengan baik masih belum dijawab lagi. Akan tetapi, mereka masih mempunyai masa untuk membuktikan diri. Tetapi tiada masa lagi untuk Umno. Pemerintahan Umno yang sudah bertahun-tahun lamanya, walaupun ada juga membawa sedikit manfaat kini menimbulkan soalan sama ada Umno akan terus bertindak dengan melampau pada masa akan datang. “Jika Umno gagal, Melayu akan gagal dan jika Melayu gagal, negara akan gagal, ini tidak boleh dielakkan,” kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin [pada Ogos 4, 2009]. Sebenarnya Melayu tidak pernah hampakan Umno!! Tidakkah Umno memenangi setiap pilihan raya umum sejak yang pertama pada tahun 1959 – dan memenangi kesemuanya, kecuali PRU 1969 dan 2008 dengan majoriti dua-pertiga? Bukankah itu cukup untuk membuat apa yang perlu Umno lakukan di Parlimen? Mennggubal undang-undang baru? Meminda yang sedia ada? Tidak ada pihak pembangkang yang efektif untuk mempersoalkan Umno apabila Umno merompak dan mencuri khazanah negara. Tak cukup masakah untuk memperjuangkan nasib Melayu, ataupun Umno terlalu sibuk memperjuangkan kepentingan diri sahaja? Dari mata-mata jalanan yang merompak rezeki harian hasil titik peluh pemandu-pemandu teksi sehinggalah ke Perdana Menteri kita, di mana keluarganya, saudaranya, pemandunya malah pengawal peribadinya – kesemuanya sedang merompak rakyat Malaysia! Kini, selepas memenangi 12 pilihan raya umum, Umno hendak meminta lebih lagi? Dahlah diberi betis, masih nak peha? Tidak lagi. Sebagai seorang Melayu, saya harapkan Umno memperjuangkan kepentingan Melayu. Bukan memperjuangkan kepentingan Umno. Sebagai seorang Melayu, saya tidak nampak bagaimana kaum Cina atau India boleh memudaratkan saya. Dan jangan cuba yakinkan saya bahawa kaum Cina atau India boleh membahayakan diri saya hanya kerana mereka membahayakan Umno. Sebagai seorang Melayu, saya tidak ada apa-apa pertelingkahan dengan DAP, Keadilan atau PAS. Biarlah mereka, dan jangan musuhkan saya dengan mereka hanya kerana mereka adalah musuh Umno. Sebagai seorang Melayu, saya melihat kekayaan yang ciptaan DEB dikaut oleh Umno sahaja, sedangkan kekayaan itu adalah hak kesemua orang Melayu. Kaum Cina, India dan lain-lain bukanlah musuh kepada Melayu. Mereka adalah rakyat Malaysia sebagaimana orang Melayu juga adalah rakyat Malaysia. Mereka tidak pernah dan tidak akan pernah menjadi musuh kaum Melayu. Jika orang Melayu terlalu sopan, itu memanglah tatasusilah budaya kami. Jika orang Cina pandai berniaga, itu kerana mereka mempunyai pengalaman panjang dalam bidang itu. Bukankah seorang Cina yang mengatakan bahawa, “Jadi kaya itu mencipta nama!” Ini pemikiran yang amat bernas! Jika orang India menghadapi masalah hendak merapatkan jurang antara mereka dan kaum-kaum yang lain, mungkin sudah tiba masanya mereka memilih pemimpin yang lebih mampu membantu mereka. Akan tetapi, kenyataan-kenyataan seperti yang di atas hanya akan menonjolkan jurang antara kaum yang boleh dipergunakan oleh ahli-ahli politik untuk memajukan kepentingan diri mereke sendiri. Tetapi kini ia tidak akan berlaku lagi. Bak lagu Bob Dylan 'The times they are a changin'... Senikata lagunya: Come senators, congressmen (Ayuh, Yang Berhormat semua) Semua yang faham apa yang dimaksudkan sebagai munasabah dan tulus telah nampak yang Melayu Umno adalah orang yang mempunyai agenda sendiri dan tidak boleh dipercayai. Kita tidak boleh memberi kuasa kepada mereka yang tidak boleh dipercayai. Janganlah hinggakan kaum Melayu diperkatakan yang kita tidak mempunyai azam untuk membawa perubahan positif. Kita sudah muak dengan Umno Aku, demi kepentingan Melayu dan negara, dengan segala hati dan jiwa saya percaya yang kita mesti berbuat demikian. Sepertimana Milton, orang ternama di England dahulu, menyatakan, “tidak mungkin perdamaian ikhlas berputik di mana kebencian telah mewujudkan luka yang amat dalam.” Apakah yang akan berlaku kepada Umno sekarang? Musnah...ia akan musnah. Masa untuk Melayu berdamai dengan Umno telahpun berlalu. Hidup Pakatan Rakyat. Hidup PAS. Hidup Keadilan. Hidup DAP. Seperti kata Umno: “Bersama kita teguh, bercerai kita roboh!” MERDEKA. Rencana ini boleh dibaca versi asalnya di blog Lim Kit Siang. |
No comments:
Post a Comment