steadyaku47

Friday 4 November 2016

Tun Dr Mahathir : Najib sedang buat kerja lebih teruk daripada 1MDB,




steadyaku47 comment : Saya share sebagai bahan bacaan dan percambahan minda.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang melakukan sesuatu yang amat bahaya dan jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri berkata, dalam pada hutang 1MDB masih belum berbayar, Najib kini membuat hutang baharu berjumlah RM55 bilion dengan China bagi pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

Beliau berkata, Najib melakukan perbuatan bodoh dengan membuat hutang baharu, tetapi tidak menyelesaikan hutang lama yang ditanggung oleh 1MDB.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran, solat hajat dan tahlil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, malam tadi. Hadir sama, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

“Hari ini perbuatannya lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan dengan wang 1MDB. Dia nak tunjuk legasi dia, sesuatu peninggalan dia yang besar yang mengagumkan. Dia mula-mula bercakap untuk membina high speed train dari Singapura ke Kuala Lumpur.
“Sekarang ini nak dibina East Coast Railway. High speed train kalau nak bina memang menelan belanja yang banyak, sedangkan kita tahu nak bayar hutang 1MDB pun tak ada duit, tiba-tiba nak buat high speed train RM50 bilion.

“Lepas itu terbaru nak buat East Coast Railway RM55 bilion.. Dah la kita hutang 1MDB RM53 bilion yang belum dibayar, sekarang ini nak buat high speed train.. jadi RM103 bilion.. lepas itu nak buat East Coast Railway RM55 bilion.

“Jumlah semua RM158 bilion tambahan hutang… bukan nak bayar hutang, tetapi meningkatkan lagi jumlah hutang negara, jumlah hutang kerajaan. Kalau kita fikir, ini adalah perbuatan yang bodoh,” katanya mengulas perjanjian dicapai dalam lawatan enam hari Najib ke China bermula Isnin lalu.

Tun Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan itu disebabkan Najib menghadapi masalah iaitu untuk membayar hutang yang dituntut oleh sebuah syarikat Arab sebanyak RM27 bilion dan beliau tidak mampu membayarnya.

Sebab itu, katanya, ada laporan yang mengatakan Najib meluluskan pembinaan East Coast Railway dengan harapan nilai kontrak ialah sebanyak RM30 bilion, tetapi harga yang diletakkan ialah RM60 bilion sebelum diturunkan kepada RM55 bilion.

“Lebihan itu diguna untuk membayar hutang kerajaan.. Ini sangkaan kita… mungkin betul mungkin tidak,” katanya.

Namun, hakikatnya, beliau berkata, Najib membuat pinjaman daripada syarikat China berjumlah RM55 bilion kerana beliau tidak perlu membayar sehingga tahun 2027 atau 2027.

“Tak pernah kita dengar bahawa wang yang sebegitu banyak dipinjamkantun-live2 kepada mana-mana pihak dengan faedah yang rendah dan dibayar balik kemudian. Bermakna kita akan berhutang kepada syarikat China ini sebanyak RM55 bilion yang akan ditanggung oleh generasi yang akan datang,” katanya.

Mengatakan bahawa Najib telah meletakkan Malaysia dalam keadaan terhutang budi kepada China, Tun Dr Mahathir mengingatkan rakyat bahawa Malaysia kini sedikit sebanyak telah meletakkan diri di bawah pemiutang.

“Macam mana nak bayar balik, sedangkan ekonomi merosot, kerajaan tidak punyai wang. Inilah keadaan kewangan negara kita yang hampir bankrap. Sesebuah negara tidak patut berhutang begitu banyak, belanja wang yang ada saja. Bukan saja risiko bankrap, tetapi terhutang budi kepada orang yg memberi hutang, apabila mereka minta sesuatu, kita akan beri.

“Ini apa yang berlaku sekarang, kita lihat tanah kita telah dibeli oleh pihak yang memberi hutang Edra dan macam-macam yang merosakkan ekonomi negara dalam satu arah yang meletakkan negara kita dalam kuasa asing,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia sepatutnya merupakan sebuah negara yang neutral, tidak memihak kepada mana-mana dan tidak terikat dengan hutang bagi mengelakkan kita dijajah.

“Kita lihat bagaimana Najib sanggup melayan tuntutan China. Ini satu perkara luar biasa. Biasanya, pemimpin lain, 3 hari 2 hari lawatan, sudah cukup. Kali ni Najib pergi 6 hari, tandatangan 14 perjanjian.

“Sekiranya ia dilaksanakan, banyak lah tanah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk bina laluan kereta api. Nampak jelas Najib sanggup jual tanah ini kerana masalah peribadinya.
“Saya tak tahu apa lagi dia boleh buat untuk rosakkan negara. Percayalah, kalau dia sanggup berhutang dengan banyak, tanpa mengambilkira kebolehupayaan kita bayar balik, macam-macam kerosakan lagi dia boleh buat.

“Jual tanah kepada orang asing, kilang elektrik, apa lagi yang nak dijual. Lama-lama kita dah tiada apa-apa,” katanya.

No comments:

Post a Comment