steadyaku47

Saturday, 4 February 2017

Di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan PKR, Melayu dan Islam akan terus terbela di Pulau Pinang.



INI PUNCANYA MENGAPA DS NAJIB RAZAK BEGITU BIMBANG JIKA DAP MEMERINTAH MALAYSIA (BERSAMA RAKAN PEMBANGKANG MEREKA YG LAIN
BAHAGIAN 1
DAP baru memimpin sebuah negeri kecil iaitu Pulau Pinang (PP) yg tiada minyak, gas, balak ataupun KASINO, tapi lihatlah apa yg mereka telah lakukan;
1. Hafiz Al Quran dapat RM500 setahun
2. Anak baru lahir dapat RM200
3. Pelajar darjah 1 & 4, tingkatan 1 & 4 dapat RM100 (walaupun ibu bapa bukan orang PP)
4. Pelajar masuk Universiti dapat RM1000 (Sabah/Sarawak RM1200)
5. Surirumah tak kerja dapat RM100 setahun
6. OKU dapat RM100 setahun
7. Ibu tunggal dapat RM100 setahun
8. Warga emas dapat RM100 setahun
9. Ibu tunggal, OKU dan warga emas jika meninggal waris dapat RM1000
10. Pengayuh beca dapat RM1200 setahun
11. Pemandu teksi dapat RM600 setahun
12. Pengusaha bas sekolah dapat RM600 setahun
13. Nelayan dapat pukat percuma setahun 2 kali
14. Bantuan keluarga miskin. Kerajaan pusat bagi BRIM mulai 2012 kepada keluarga miskin ketika itu cuma RM500 setiap keluarga berpendapatan RM3000 kebawah.

TETAPI KERAJAAN PP BERI BANTUAN KEPADA KELUARGA MISKIN SECARA BULANAN SEJAK 2009 LAGI. Dan bantuan diberi mengikut bilangan isi rumah. Lebih ramai ahli keluarga maka lebih banyak bantuan yang akan dapat dengan HAD MAKSIMA SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SEBANYAK RM790 SETIAP KELUARGA SETIAP BULAN. Kerajaan PP menetapkan bantuan per kapita sebanyak RM220 setiap seorang untuk kiraan Paras Garis Kemiskinan (PGK). Contoh jika sebuah keluarga mempunyai 10 anggota maka PGK keluarga tersebut ialah RM220 x 10= RM2200. Maknanya keluarga tersebut memerlukan RM2200 sebulan untuk keluar dari PGK. Bantuan akan diselaraskan oleh agensi bantuan lain terlebih dahulu iaitu JKM dan Zakat PP (ZPP). Jika bantuan yg diberikan oleh JKM dan ZPP masih belum mencukupi barulah kerajaan PP akan TOP-UP dengan syarat sumbangan kerajaan tidak melebihi RM790 setiap keluarga. Sekarang lebih 1200 keluarga menikmati bantun bulanan ini yg dipanggil Agenda Ekonomi Saksama (AES) dan paling mengejutkan lebih 80% penerima bantuan AES adalah keluarga Melayu/Islam. Lain2 bantuan yg boleh dimohon melalui program AES ialah;

1. Bantuan baiki/bina baru rumah
2. Bantuan membeli peralatan utk membesarkan perniagaan
3. Rawatan dialisis percuma

EXCO AGAMA PENANG SANGGAH PRESIDEN PAS
Melayu Dan Islam Terbela Di Pulau Pinang
Saya merujuk kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam media yang menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal menjaga kepentingan Melayu dan Islam di negeri ini. 
.
Hakikatnya selepas kerajaan Pakatan Rakyat yang kini Pakatan Harapan mengambilalih pentadbiran daripada Barisan Nasional pada tahun Mac 2008, Syiar Islam terus berkembang subur jauh melebihi kerajaan terdahulu.
.
Bajet hal ehwal agama, misalnya pernah mencecah sehingga 300 peratus melebihi bajet agama sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh Gerakan iaitu rakan politik Umno. Sehinggakan pimpinan Gerakan pernah mengecam secara terbuka pentadbiran kerajaan negeri, khususnya DAP kerana menyalurkan bajet agama yang besar berbanding zaman BN. Bajet agama ini, sehingga kini tidak berkurang daripada keperluan semasa.
.
Selaku Exco Agama, saya ingin memaklumkan perkembangan pendidikan Islam khususnya Sekolah Agama Rakyat, KAFA, Maahad Tahfiz, Pondok dan TADIS terus dibantu berdasarkan keupayaan kewangan negeri.  
.
Selain bajet tahunan untuk Hal Ehwal Agama, disediakan bajet khusus untuk institusi pendidikan Islam itu. Sehingga kini, lebih RM14 juta telah disalurkan untuk tujuan itu. Bahkan guru-guru dan kakitangan institusi pendidikan Islam menerima bonus tahunan yang tidak pernah diterima sebelum ini.
.
Bajet dan sumbangan itu, tidak termasuk pembinaan masjid, surau dan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang ketara berbanding kerajaan terdahulu.
.
Program-program agama diperkenalkan. Ijtimak dan Anugerah Al-Hufaz, bulan-bulan Al-Quran, Konvensyen Al-Islam Rahmatun Lil Alamin, adalah antara beberapa program untuk mengangkat martabat Umat Islam.  
.
Program keagamaan dan majlis ilmu di masjid dan surau berkembang subur. Para pendakwah dan ustaz-ustaz tidak disekat hanya kerana berbeza fahaman politik dengan kerajaan negeri. Amalan yang tidak pernah berlaku pada zaman BN, di mana para ustaz PAS dihalang mengajar dan berkuliah di masjid dan surau di Pulau Pinang. 
.
Bahkan, bekas Pesuruhjaya PAS, Dato’ Salleh Man yang kini sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang sendiri tidak dibenarkan menyampaikan kuliah di masjid pada zaman Barisan Nasional.
.
Pulau Pinang akan membina Hospital Islam setinggi 14 tingkat, yang pertama di negeri ini. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh TYT Yang Dipertua Negeri pada bulan Disember lalu. Projek pembinaan akan dimulakan pada Mac depan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun. Sementara, pembinaan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang akan dimulakan pada pertengahan tahun ini.
.
Sebelum itu, kerajaan negeri telah menganugerahkan sebidang tanah bernilai lebih RM80 juta bagi pembinaan Ibu Pejabat Mahkamah Syariah setinggi 7 tingkat, yang tersergam indah dan megah di Jalan Scotland. Ini adalah sebahagian usaha untuk memartabatkan Melayu dan Islam di negeri ini.
.
Sejak tahun 2008, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng ingin mempelajari contoh pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz, antaranya mengutarakan polisi ‘amar maaruf nahi mungkar’ dan pembasmian kemiskinan. Atas semangat itulah, kerajaan negeri melaksanakan ‘ Program Pembasmian Kemiskinan Tegar’ bagi menghapuskan miskin tegar di kalangan rakyatnya, tanpa mengira kaum dan agama.  
.
Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Agenda Ekonomi Saksama.” Keluarga yang berpendapatan di bawah RM750 sebulan, akan dibantu secara bulanan. Lebih 1000 keluarga yang dikenalpasti, 90 peratus adalah Melayu Islam.
.
Mana mungkin, Presiden PAS gagal melihat pencapaian dan pembaharuan ketara antara kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang dengan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
.
Hakikatnya, syiar Islam terus subur di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan PKR. Melayu dan Islam akan terus terbela di Pulau Pinang.

KENYATAAN MEDIA
YB DATO' ABDUL MALIK KASSIM
27 JANUARI 2017

No comments:

Post a Comment