steadyaku47

Wednesday, 1 February 2017

Mustapha Kamil : Bangsa apa kah yang masa kini tiap-tiap hari di tangkap kerana rasuah?



Mustapha Kamil (ex-straits times senior editor) wrote:

Habis segala 'pekung' 60 tahun pemerintahan Umno di buka semata-mata nak tutup 'pekung' yang satu.
Mendabik dada lah pembesar-pembesar Umno sekarang, berlumba-lumba mendampingi dan mempertahankan ketua agong mereka itu.
Tidaklah mereka sedari sedikit demi sedikit parti yang asalnya memperjuangkan kemerdekaan tanahair, masa depan orang Melayu dan ugama Islam itu, sudah hilang serinya.
Dibandar, Umno sudah jadi bahan ketawa dan dilihat lebih kepada sebuah institusi elit orang-orang kaya Melayu. Bagaimana mereka kaya-raya juga sudah semakin kerap dipersoalkan.
Bangsa apa kah yang masa kini tiap-tiap hari di tangkap kerana rasuah? 
Institusi kepunyaan bangsa apakah yang kes-kes rasuah ini dibongkar?
Bangsa apa kah yang selalu buat demonstrasi bodoh, pakai tuala dan akhir ini bawa katil dan aiskrim semata-mata kerana nak berkuasa pula?
Tapi sayang seribu kali sayang...walau jauh dibelakang dari segi pencapaian bidang apa pun, ramai yang masih tak sedar yang ketua-ketua yang sepatutnya mengepalai orang Melayu itu cakap kosong saja.
Bukalah senarai syarikat di Bursa Malaysia itu. Berapa kerat yang dipunyai orang Melayu?
(GLC bukan syarikat Melayu. Itu kerajaan punya).
Tinggi menggunung kah aset orang Melayu ini, walau sudah 60 tahun merdeka?
Memang ada yang kata sudah ramai orang Melayu yang beli saham amanah PNB. Tapi berapa banyak yang masih berhutang dengan bank untuk beli saham-saham amanah ini? Cuba periksa level of redemption pula. Saya tak sampai hati nak periksa.
Ketua orang Melayu yang dilantik oleh orang Melayu untuk memperbaiki taraf kehidupan orang Melayu kini sibuk hendak hancurkan orang Melayu yang rasa ia tidak lagi mampu membela nasib orang Melayu.
Habis orang Melayu ini akhirnya melainkan kita buat sesuatu untuk mengubah nasib kita ini.

No comments:

Post a Comment