steadyaku47

Sunday, 5 February 2017

Pak Sopian Ahmad : Kalu pemimpin tu betul dan benar maka orang Melayu pun betul dan benar lah.


"Citing Dr M and Pak Lah, KJ fears M’sian attitudes will derail TN50"
Menteri Khairy jamaludin ni bercakap lagi berkenaan sikap orang Melayu. Dia bimbang TN50 akan gagal kerana sikap orang Melayu.

Saya nak kata:
Dalam sejarah Bangsa Melayu mereka majoritinya mengikut pemimpin. Kalu pemimpin tu betul dan benar maka mereka pun betul dan benar lah. Orang Melayu itu ramai yang masih feudalistic. 
Ertinya mudah mereka ikut pemimpin.
Jadi kegagalan kepimpinanlah yang lebih bertanggungjawab dan berdosa bila Bangsa Melayu gagal.
Saya bertegas kalau nak ubah sikap orang Melayu, sikap pemimpin kena ubah dulu!
  • jangan salahgunakan kuasa.
  • jangan rasuah.
  • jangan sia siakan amanah yg diberikan oleh orang Melayu kepada pemimpin.
  • Jangan sia siakan mandat dari bangsa Melayu. 
  • Laksanakan keutuhan undang undang tanpa berat sebelah.
  • Berlaku adillah dalam pengurusan kerajaan.

Dengan cara itu Bangsa Melayu boleh berubah dan maju.

No comments:

Post a Comment