steadyaku47

Sunday 2 April 2017

ANWAR IBRAHIM : KENYATAAN MEDIA : GST Tanpa Reformasi Pengurusan Kerajaan Mengundang Kleptokrat Mencuri Duit Rakyat


Hari ini masuk tahun kedua sejak dasar cukai GST diperkenal di Malaysia. Saya telah menyuarakan berulangkali, termasuk di Parlimen, bahawa cukai ini bersifat regresif, memihak kepada golongan kaya dan mendera rakyat miskin. Pelaksanaannya pasti menyumbang ke arah meningkat kesenjangan pendapatan di antara rakyat yang miskin dan yang kaya. Kenyataan tersebut diakui semua pakar ekonomi.
Walaupun dari sudut ekonomi, tatkala pendapatan daripada hasil minyak mentah negara semakin berkurangan akibat harga minyak mentah dunia yang tidak meningkat, GST mampu menyumbang kepada pendapatan kerajaan. Akan tetapi, sumbangan ini, secara dasar, tidak membantu mencerahkan masa depan negara sekiranya tatakelola dan urustadbir kerajaan tidak diperbaiki; jika rasuah semakin menjadi-jadi; jika ketirisan dan pembaziran dari projek-projek kerajaan tidak dikurangkan secara sistematik dan menyeluruh.
Apa guna pendapatan kerajaan dari GST meningkat tahun demi tahun jika pendapatan rakyat tidak meningkat? Jika lebih 10% anak muda yang boleh bekerja tidak dapat mencari kerja? Jika setiap bulan bila ke pasar jumlah yang boleh dibeli dengan RM100 semakin berkurangan?
Saya ulangi gesaan saya dari awal bahawa sebelum melaksanakan cukai tambahan terhadap rakyat, kerajaan BN harus menghentikan amalan boros dan ketirisan yang telah dikenalpasti dalam laporan tahunan Ketua Audit Nagara yang kita anggarkan dalam jumlah puluhan biilion ringgit. Yang menelan puluhan billion ringgit adalah amalan pembidaan tanpa tender dan rasuah yang berleluasa.
Pendirian kami di Keadilan dan di Pakatan Harapan adalah perlaksanaan GST harus dibatalkan dengan menggunakan kadar sifar sementara menghentikan amalan boros, membanteras rasuah serta merangka sistem puncukaian progresif yang menjaga kepentingan rakyat.
Anwar Ibrahim
1hb April 2017

No comments:

Post a Comment