steadyaku47

Friday, 21 April 2017

PAK ONCU : PERTUBUHAN TENTERA TIDAK BERPENCEN




Gua CP dari FB tentera tak pencen
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga veteran. PTTB telah kemukakan dlm 2 mesyuarat di Wisma Perwira dan di Hotel Silka berkenaan papan kenyataan utk JHEV pamirkan didlm Pejabat di setiap Cawangan Negeri. Sehingga kini tidak ada sebarang respon, termsk semlm dlm group wassap JHEV. Brape sangatlah kos, kalau dibandingkan kerugian yg ditanggung oleh veteran, balu dan anak2 veteran. Admin terpaksa paparkan disini utk tn2 rekordkan, print dan maklumkan kpd waris utk memudahkan mereka menuntut hak yg sepatutnya mereka terima. Papan Kenyataan tersebut menerangkan berkenaan;
1. Khairat veteran, isteri dan anak di JHEV, tuntutan dibuat dlm masa 1 thn.
2. KWSP veteran samada berpencen atau sebaliknya yg berkerja di sektor kerajaan atau swasta sebanyak RM2500 (Khairat) tuntutan dibuat dlm masa 6 bln.
3. Socso;
A. Veteran yg mencarum KWSP, tidak boleh berkerja seperti contoh strok, lumpuh dan setaraf dgnnya. Perlu mendapat pengesahan doktor, layak mendapat bantuan Sarahidup mengikut mula perkhidmatan ATM sehingga gaji terakhir. Jumlah bayaran bulanan tidak pasti, melebihi RM800.
B. Sarahidup bulanan utk balu adalah dikira daripada perkhidmatan ATM, kerajaan atau swasta suami sehingga arwah last berkerja lebih/kurang RM800. 
C. Bantuan anak sekolah sehingga umur 18 thn lebih/kurang RM1,200.
4. Tuntutan pewaris utk mengeluarkan caruman KWSP Tabung 1 dan 2.
5. Tuntutan Pewaris utk Koperasi Tentera.
6. Tuntutan Pewaris, Pelaburan di Affin Trust.

Perkara tersebut saya kemukakan utk mengurang beban veteran dan balu yg selama ni tidak tahu hak mereka yg tidak dimaklumkan dimane2 Pej JHEV. Cara begini adalah dapat mengurangkan kebergantungan veteran dan balu utk menuntut bantuan dari JHEV sebanyak RM300. Apakah salah utk kita memberi maklumat kpd mereka?
# Utk Perhatian tn2. Samada tn2 berpencen atau sebaliknya dinasihatkan, hendaklah menceburkan diri dulu dlm sektor awam atau swasta tidak kira berapa bulan pun, agar ada potongan KWSP utk masa depan diri dan keluarga. Perkara2 begini tidak ada sesiapa yg akan maklumkan secara terperinci. GEMPUR WIRA3