steadyaku47

Friday, 21 April 2017

Tokaisan Caspian : ini semua bleh berlaku di masa hadapan.... Kuasa di tangan kita...maka, berfikir secara bijak...



News Feed

tiada yang mustahil insyAllah........
Saya sedang dlm perjalanan ke Pasir Gudang dr BBBangi
Kemudian sy berhenti isi minyak di stesen minyak,

Kereta yang saya pandu adalah Q7 (bukan nk lawan encik Somi) baru beli koyak plastik punyer, loan 4 thn...
Lalu saya pergi ke kaunter utk isi minyak "dik, pam 2, 60 hengget!! Lalu petugas kaunter menjawab 
"amboi byknya???x melimpah ke tangki tu nanti bang??
"awat plak?? Jwb saya
"ikut abanglah..."
Lalu saya pergi ke kereta dan isi minyak ke dalam tangki..kemudian,
"eh 40 je dah penuh melimpah2??" baru je sy nak ke kaunter utk amik balik baki,
Kelihatan seorang pak cik berkopiah menaiki kawasaki z800 berhenti di pam belakang, kelihatan dia teraba2 poket jubah dan seluarnya dan mendapati dompetnya tiada, mgkin tertinggal kot..
"Assalamualaikum, kenapa ni pak cik?? Ana tgk pak cik terpegang2 sana sini ni??"
"xde apa la dik, pak cik tertinggal beg duit je, kebetulan nak pergi solat maghrib, pastu nk pg kuliyah Ustadz azhar idrus, tp dah separuh jln ni, nk patah balik takut mati kt tgh jalan plak, xpela, tawakkal alallah je...jwb pak cik tu
"ana pun isi minyak ada baki rm 20 lg, pak cik ambik je la..." 
"alhamdulillah, terima kasih dik, tp mcm mana pak cik bayar balik??"
"xpelah pak cik, halal dunia akhirat, klu xpun pak cik sedekah je la dkt masjid bila2 masa nnt"jwb saya..
"semoga allah memberkatimu dik"
"insya allah" jwb saya lalu memandu keluar dr stesen minyak itu..

Dlm perjalanan tiba2 saya teringat nak kena bayar duit tol, saya mencari2 mana smart tag saya, puas geledah dlm dash board, x ada..duit dalam poket x ada sbb dah isi minyak td, nak berhenti R n R nak cucuk duit tp xde plak, ketika sy melepasi toll gate, tgk semua palangnya diangkat ke atas,
Oh lupa, tol percuma xperlu bayar...
P/s: kan best mcm ni?? X mustahil ini semua bleh berlaku di masa hadapan.... Kuasa di tangan kita...maka, berfikir secara bijak...