steadyaku47

Friday 21 April 2017

M Yusuf Harun : IBUKU KUAT BOHONG...


1. Ketika makan, jika makanan kurang, Ibu akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, "Engkau makanlah, Ibu tak lapar."

2. Waktu makan, Ibu akan selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "Ibu tidak suka daging, kau makanlah, nak...."


3. Tengah malam ketika dia sedang menjaga anaknya yg sakit, ia berkata, "Rehatlah nak, tidurlah...... Ibu masih belum mengantuk.."

4. Bila anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan duit untuk ibu. Ia berkata, "Simpanlah duit tu untuk keperluanmu nak, Ibu masih ada duit."

5. Ketika anak telah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, dia berkata, "Rumah tua kita tak ada siapa nak jaga, Ibu seronok tinggal di sini.... Ibu tak biasa tinggal di sana."

6. Bila menjelang tua, Ibu sakit kuat, anaknya akan menangis, tetapi Ibu masih sempat tersenyum sambil berkata, "Janganlah menangis, Ibu tidak apa-apa, cuma sakit sikit aja".

Ini adalah pembohongan terakhir yg dibuat Ibu. Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, seorang ibu selalu menganggap kita masih anak kecilnya, risaunya ibu teramat sangat tentang diri kita, tetapi beliau tidak mahu anaknya untuk risaukan tentang dirinya.

Semoga semua anak di dunia ini, dapat menghargai setiap kebohongan seorang ibu...!! Kerana beliaulah yang nyata dikirim oleh ALLAH swt untuk menjaga kita.
Terima kasih IBU.... semoga ALLAH swt membalas segala pengorbanan IBU kepada kami dengan SYURGA yang abadi. Al-Fatihah utk kedua dua orang tua kita.

Aamiin ya Rabb







No comments:

Post a Comment