steadyaku47

Thursday, 26 October 2017

AKU MELAYU



Aku ni bangsa Melayu. Agama aku Islam. Atuk-atuk aku berjuang untuk tanahair. Ayah aku menjadi agen budaya Melayu melalui Seni Gayong dan terkenal dikalangan militer dan penguatkuasa diluar negara berbanding dalam negara.
Maksudnya disini ialah AKU MELAYU.
TAPI aku juga memyirap dengan perangai Melayu hari ini yg dah hilang jatidiri dan budaya kesopanan dan kesusilaan.
Dulu masa aku sekolah menengah, aku disuapkan dengan kita kalau nak berjaya kena jadi macam cina dan yahudi. Tapi bila berpolitik dan beragama, cina dan yahudilah melayu yg perasan hebat kutuk dan caci. Contoh hari ini ialah Jamal Jamban, Ostard Abdullah Zaik dan penyokong Wahhabism.
Bulan lalu kawan aku bertemu dengan Pegawai Kerajaan yang bongkak. Kita diberi notis (macam kena NCR) jadi kita perlu tutup notis menurut apa yg dilaporkan. Kawan ini berpengalaman dekat 10 tahun dalam bidang dia. Jadi dia tahu salinan dokumen apa yg diperlukan untuk menutup notis. 3-4 kali serahan dokumen masih tak dapat batal notis. Kita tanya apa yg diperlukan, dia kata takkan dah kerja lama tak tahu. Kita pun merendah diri kata tak tahu dan pekakkan telinga dengar dia perli. Dia cuma nak senarai nama 'Person in Charge' (PIC) dari contoh yg dia beri, yg sebenarnya dah boleh 'kawtim' dan tak perlu berulangalik 3-4 kali. Dalam dokumen yg diberi sebenarnya dah adapun, sebab kita dah bagi carta organisasi dan 'flow chart'. TAPI DISEBAB PEGAWAI NI BONGKAK, dia suruh juga buat senarai nama tersebut. Barulah notis ditutup. Layak tak dimaki lahanat ni? Melayulah ni...
Semalam seorang kerani bingai kata untuk tujuan laporan ini ia tidak memerlukan kepada surat sumpah. Hari ini bila hadir untuk mengurusan hal tersebut, setelah pengadu memandu dr Melaka ke Kuala Lumpur, kerani lain pula cakap perlu ada surat sumpah. Sekarang kos perjalanan siapa nak tanggung? BAPAK kerani tu ke? Melayu jugalah ni...
Seorang mangsa keganasan rumah tangga tidak dimudahkan urusan pemindahan tempat kerja (kerja gomen) kerana perlu kepada persetujuan pengarah negeri. Ini setelah dilampirkan salinan laporan polis, pakar kesihatan dan doktor psikiatri. Katanya perlu kepada surat cerai. Kenapalah BINGAI sangat pegawai ni. Mangsa trauma dan ahli keluarga khuatirkan keselamatan mangsa. Tak faham ke betapa seriusnya keadaan ini? Aku harap dia tidak berzuriat supaya tiada siapa mewarisi KEBEBALANNYA. Melayu jugeeee...
Dalam laporan media hari ini, pengarah GLC semuanya adalah bekas ahli politik BN/UMNO, demi kesinambungan politik bangsat. Lepas tu songlap duit bagi peluang perniagaan pada keluarga dan sahabat handai. Sehingga samseng-samseng pun jadi besar kepala sebab mereka boleh BELI pegawai-pegawai kerajaan dan para POLITIKUS BANGSAT!
INI SEMUA ATAS NAMA BANGSALAH!
WAHAI BANGSAKU!
Abjad penulisan Melayu spt Aksara Rencong termasuk Bahasa Melayu asal semua dah pupus. Kenapa? Lihatlah perangai dan sikap kita hari ini. Hanya menanti bangsanya sahaja pupus kalau sikap bangsat sebegini berterusan.
Wahai Melayu Bangkitlah dari penipuan mimpi indah spt cerita Matrix tu...
Wahai Melayu janganlah sia-siakan perjuangan nenek moyang kita yg bersatu dengan bangsa-bangsa lain tanpa menghiraukan kehilangan jatidiri kerana Melayu dahulukala kenal agamanya dan pemimpinnya.
Hari ini? Jahanam!

No comments:

Post a Comment