steadyaku47

Friday, 25 January 2013

cakap cakap....PAS PERLIS & PORSCHE CAYMAN! Ajaib tapi Benar!

dari blog TUKAR TIUB


Nuffnang Ads

JUMAAT, 25 JANUARI 2013

YA USTAZ YAaaa AMPOOON


TAK PERLU USRAH USRI

KOMENTAR TUKAR TIUB

pak ustaz ini tak faham
politik ialah persepsi
dalam politik  persepsi orang ramai
adalah kebenaran

di malaysia ini
lagi di nafikan
lagi  yang menafikan ditekan
lagi dinafi
lagi orang ramai tak percaya

Porsche Cayman milik anak saya - Ustaz Hashim


KANGAR: Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menjelaskan bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 seperti yang hangat diperkatakan dalam beberapa laman blog yang tersiar di internet.

Sebaliknya menurut beliau, kenderaaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau selaku wakil rakyat.

"Saya sendiri pun tak pernah memandu kereta tersebut. Saya juga menafikan dakwaan kereta tersebut telah dibeli dengan harga melebihi RM300,000 sebaliknya dengan menggunakan AP, kereta tersebut hanya dibeli pada harga sekitar RM100,000 sahaja.

"Anak saya merupakan seorang ahli perniagaan dan membeli kereta tersebut menggunakan AP saya, jadi kereta Porsche itu tak ada kena mengenapun dengan dakwaan nakal yang cuba mengaitkannya dengan saya mahupun dengan PAS sendiri," jelasnya.

SIAPA PUNYA INI?
------