steadyaku47

Wednesday, 16 January 2013

SHARIFAH ZOHRA JABEEN : SURAT TERBUKA DARI ZUL FIKRI ZAMIR MOHAMAD MUNIR

With thanks to DIAN.


Open letter to Sharifah Zohra Jabeen

SURAT TERBUKA PROJEK DIALOG YANG HANGAT DIPERBINCANGKAN, DI POS DI SINI BAGI MEMUDAHKAN PERKONGSIAN DI FACEBOOK

Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin
Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir

“Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.” William Faulkner, Intruder in the Dust.

SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013.

Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’ dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari.
Universiti atau Tadika?

Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan.

Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan ‘confront’ audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir ‘intimidation’ sebegini perlu.

1 comment:

  1. Nurie Hashim: Bavani, UUM student vs Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, President of Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) - http://beautea2c.blogspot.com/2013/01/bavani-vs-sharifah-president-of-suara.html?m=1

    ReplyDelete