steadyaku47

Monday, 18 March 2013

cakap cakap...saiful, bapak saiful dan Sodomy Two. Comment by Jamils



written by Jamils, March 18, 2013 10:19:28

Assalamualaikum Ustaz, sebagai bapa yg bertanggung jawab keatas keluarga dan anak-anaknya, adalah tidak wajar bagi Azlan menikam anaknya sendiri dari belakang. Bukankah selama ini sibapa bertungkus lumus menegakkan kebenaran dan maruah anak dan keluarganya dari dihina olih maknusia durjana bernama Anwar Ibrahim.

Kalau seorang bapa telah mengasuh, membimbing dan mendidik anaknya bertahun-tahun serta bersumpah laknat yg tuduhannya benar di sisi Allah, adakah masuk akal jika dalam beberapa bulan sibapa menyatakan " wahai anakku, selama ini apa yg bapa asuh kamu adalah salah". Bukankah proses menukar pendirian anak juga akan memakan masa bertahun-tahun.

Jika Azlan menukar pendirian dan merasakan Saidul telah membuat kesilapan bukankah lebih afdal sekiranya bapa memujuk, menasihati dan membimbing anaknya supaya bertaubat dan memohon maaf dan membuat "Joint Press Conference".

Tetapi apa yang orang ramai lihat ialah sibapa membuat PC yg tergesa-gesa diiringi olih seorang ahli politik. Sebaliknya, sianak membuat PC, menidakkan kata-kata bapanya hanya diiringi olih peguambela tanpa campur tangan politik. Ini memberi gambaran dan persepsi bahawa tindak tanduk sibapa mermotifkan politik atau nawaitu politik.

Apa jeniis bapa kalau nawaitu hanya untuk kecemerlangan untuk dia sendiri dan membelakangkan kebajikan dan maruah anak, darah dagingnya sendiri.

Jadi Ustaz, belajarlah untuk menerima dengan hati terbuka bahawa yg terlibat secara langsung yaiini diliwat olih Anwar adalah sianak yaitu Saiful dan bukannya sibapa. Kita tidak ada bersama di bilik condo, saperti Saiful. Kalau Ustaz masih sukar menerima, diam adalah lebih baik supaya tidak menerima akibatnya di akhirat.

Apakah Saiful masih beragama Islam dan bertuhankan Allah ?

1 comment:

  1. Jamils thought? Sounds like the plural given to the name is given to his two balls, and that is where his grey matter comes from. What an analysis.

    ReplyDelete