steadyaku47

Thursday, 7 March 2013

Lagi satu saya hairan Kerajaan BN ini, bila berdepan dengan rakyat sendiri pakai bunuh aje, contoh, Memalil, Al Mauna. Lepas itu bila berdepan dengan rakyat yang tuntut amalan demokrasi terbuka, tembak gas, tembak air, belasah peserta tanpa fikir, belasah mcm haiwan. Semasa itu IGP, Jeneral dan Menteri tidak terfikir kah undang2 berkait dengan hak asasi manusia.




martin landau has left a new comment on your post "cakap cakap....an informed comment on Lahat Datu.":

Lucas Grant, Maaf, saya tidak bersetuju dengan penerangan yang diberikan. Saya tidak tahu ko ini dari bidang mana tetapi pendekatan Itu tidak kena langsung. Kalau benar seperti keterangan yang diberikan, kenapa kini Tentera digunakan? Adakah Malaysia sudah iktriraf Sultan Sulu sebagai ‘a foreign entity’ yang berstatus sebuah Negara?, maka dilancarkan perang Udara dan Darat setelah berlarutan selama 24 hari dan telah mengakibatkan kematian 8 orang anggota polis.

Pertamanya pendekatan yang diambil adalah salah sebab campurtangan seorang Menteri dan ketua-ketua Jabatan berkenaan yang tidak mahir dalam menjalankan dan melaksanakan tuags dan tanggungjawab mereka seperti yang ditarbiahkan kepada mereka ketika masuk perkhidmatan polis dan Tentera. Saya berestuju dengan bekas Jeneral ( Brsara) yang menyatakan secara terbuka bahawa tiada tunjuk arah yang tepat dan ‘Lack of Command’ menyebabkan 8 anggota polis terkorban. Sepatutnya ketua2 jabatan, Polis dan Jeneral mesti nasihatkan Menteri atas tindakan yang mereka cadangkan mengikut SOP mereka. Saya nampak seolah-olah mereka ini takut untuk pikul tanggungjawab sekiranya tindakan yang diambil membawa padah yang mana perlu mereka berkorban diri. Mereka terlalu takut dan kecut sehingga membiarkan menteri membuat penilaian dan tindakan yang akhirnya terbukti membawa padah yang buruk sehingga terkorban 8 nyawa. Itu lah sebabnya menteri dalam taklimatnya menyatakan bahawa mereka yang membuat tuntutan adalah orang tua, makan tidak cukup, pakai selipar dsbnya. Kenapa polis tidak membawa pegawai/anggota serta kelengkapan yang cukup. Apa yang kita lihat dalam visual, polis berpakaian topi seolah-olah nak pergi berkelah. Menteri dok asyik main teropong serupoa macam dia teropong Bersih ketika polis membelasah peserta.

Dalam kejadian ini samada polis telah tersilap buat penilaian atau ‘assesment’ keatas kejadian kehadiran warga asing atau mereka terpaksa terima arahan yang kurang bijak seorang menteri yang memang tidak berpengalaman langsung dalam hal2 perang gurila.

Lucas Grant, ko perlu ingat, kita ini berperang dengan segerombolan anasir jahat yang mahu merampas tanah kita. Mereka ini bukan dihantar oleh Filipina ( sebuah Negara ) sebaliknya mereka dating kununnya sultan Sulu yang suruh! Siapa itu Sultan Sulu?? Seorang sultan yang tiada ‘kingdom’?!!!

Saya pelik dan hairan apabila seorang Jenaral bercakap soal Geneva Convention! Kita yang bodoh pun boleh berfikir, negara kita bukan berperang dengan negara2 jiran yang kita kena patuh kepada sebarang ‘conventional agreement’. Ini lah tahap kebijaksanaan jeneral Malaysia. Israel tembak giler aje rakyat Palestine dan jeneral dia tidak pernah peduli pun hal2 Geneva Convention.

Lagi satu saya hairan Kerajaan BN ini, bila berdepan dengan rakyat sendiri pakai bunuh aje, contoh, Memalil, Al Mauna. Lepas itu bila berdepan dengan rakyat yang tuntut amalan demokrasi terbuka, tembak gas, tembak air, belasah peserta tanpa fikir, belasah mcm haiwan. Semasa itu IGP, Jeneral dan Menteri tidak terfikir kah undang2 berkait dengan hak asasi manusia.

Akhir kata, UMNOBN sudah hilang daya untuk tadbir Negara, saya berharap rakyat bijak buat pilihan dan jangan termakan dakyah dan fitnah UTUSAN dan TV 3 SUKU. Kalau ikut mereka ini ANWAR ini seorang yang paling jahat atas muka bumi Malaysia ini.
Saya harap Lucas ini betulkan pesepsi awak.



Posted by martin landau to steadyaku47 at Thursday, March 7, 2013 at 12:01:00 PM GMT+10:30

No comments:

Post a Comment