steadyaku47

Monday 20 January 2014

Apakah ini cara Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar seorang Melayu membantu bangsa Melayu lain di Selangor?



Sunday, January 19, 2014
GIATMARA ... YOU GET OUT SEBAB KHALID DAH ADA RANCANGAN!

Rupa-rupanya MB Selangor, Khalid Ibrahim lebih mementingkan keuntungan hasil RM mengatasi pendidikan rakyat Selangor terutama orang Melayu.

Selepas isu menolak pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah kerana tidak dilantik sebagai Pengerusi YBK dan gagal menjual tanah tersebut, kini target Khalid ialah pusat-pusat latihan GiatMara.

Pada pertengahan 2012, GiatMara ditutup di Merbau Berdarah, Sabak Bernam dan menuntut sewa bangunan hampir RM100,000 walaupun selama di bawah pentadbiran BN tidak pernah berlaku tuntutan sewa. 

Kini, GiatMara di Taman Selayang Baru pula diarah tutup...

Tetapi kisah disebalik arahan Khalid Ibrahim ialah rupa-rupanya Kerajaan Pakatan Selangor telah ada rancangan untuk memberi tapak tersebut kepada sebuah syarikat yang dijangka memulakan operasi pada hujung tahun 2013. Syarikat terbabit ialah SR Technics yangmenjalankan aktiviti penyelengaraan dan membaikpulih dalam industri penerbenangan.

Apa yang ditulis Agenda Daily, pendedahan yang dilakukan Dato Noh Omar dan syarat yang dikenakan Khalid ke atas GiatMara Selayang adalah sangat-sangat bercanggah dan di antaranya ialah;



Surat daripada Pejabat Tanah Daerah Gombak itu yang bertarikh 2 Disember memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) telah bersetuju dengan tiga perkara, iaitu supaya notis dikeluarkan kepada Giatmara Sdn Bhd  mengosongkan tapak dalam tempoh setahun sehubungan cadangan Kerajaan negeri untuk mengambil alih pusat latlihan berkenaan dan menjadikannya sebagai pusat latihan industri penerbangan.
Surat itu juga mendedahkan arahan MMKN supaya Pentadbir Tanah Gombak mengadakan perbincangan dengan SSIC Berhad berkaitan cadangan menawarkan tapak berkenaan kepada SR Technics.
Dalam surat itu juga Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diminta mengeluarkan tapak seluas satu ekar yang menempatkan bangunan dan mewartakan baki tanah seluas lebih kurang tiga ekar sebagai kawasan lapang. Manakala bangunan dewan hendaklah dikekalkan.

Di mana yang dikatakan Khalid bahawa kerajaan negeri Selangor akan bersedia menarik balik keputusan mengarahkan Pusat Giat MARA berpindah jika ia dapat menambahbaik prasarana dan latihan?

Banyak persoalan di sebalik isu ini yang boleh difaham rakyat. Antaranya;

1. Adakah pihak lain terutama DAP yang mendapat kerusi DUN Selangor terbanyak telahmenekan Menteri Besar?

2. Apakah dalam banyak-banyak tanah kerajaan negeri Selangor tiba-tiba fokus mereka jatuh kepada pusat yang melatih kemahiran kepada 
bumiputra?

3. Apakah ini cara Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar seorang Melayu membantu bangsa Melayu lain di Selangor?

Walaubagaimanapun, ini bukan mesej sebenar Khalid Ibrahim tetapi mesej DAP kepada orang-orang Melayu di Selangor. Full Stop!

No comments:

Post a Comment