Saw this on Rocky's Bru blog...why don't we do what we can to help? Please help!
Thursday, January 02, 2014
Will the Sri Menanti rich please help?
Istana Sri Menanti is where family members of the Negri Sembilan royalty officially reside. Unofficially, they live elsewhere but come official ceremonies, Sri Menanti is where they must go to, usually. I have a good buddy who lives in Sri Menanti but he is not a member of the royalty. The Prime Minister's mother-in-law is from Kg Mertang in Sri Menanti.
This 18-year old lad in this picture is a victim of JE and he is also from a village in Sri Menanti. His poor family can really do with some help from their well-to-do neighbours. Anyone else who'd like to help ease their burden can find details h e r e.
Kakak rayu bantu adik terlantar akibat derita jangkitan JE
Remaja, Mohd. Fadil Mat Razalrol, 18, kini terbaring di rumahnya dekat Kampung Gamin Ulu, Seri Menanti dekat sini dengan menggunakan peralatan pernafasan, selain katil, tilam dan tangki oksigen yang diterima melalui bantuan Baitulmal negeri ini.
Menurut kakaknya, Mastura Mat Razalrol, 24, dia terpaksa berhenti kerja kerana mahu memberi tumpuan kepada adiknya yang dijangkiti JE sejak 23 Mac 2012.
"Memang, kami sekeluarga hilang punca untuk mendapatkan bantuan tambahan terutama dalam menjelaskan bil elektrik yang tinggi selepas penggunaan alat bantuan pernafasan yang beroperasi 24 jam, selain bilik berhawa dingin untuk kawalan suhu badan.
"Adik saya tidak mampu untuk makan dan hanya minum susu khas dengan harga RM74 satu tin dan ini perlu diberikan kepadanya tujuh kali sehari. Kami memerlukan sekurang-kurangnya lapan tin sebulan dengan kos yang dianggarkan RM592," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Gamin Ulu, Seri Menanti, dekat sini hari ini.
Katanya, bilik khas yang dilengkapi dengan alat pendingin hawa telah ubah suai dengan bantuan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Datuk Abdul Samad Ibrahim.
"Fadil juga terpaksa menggunakan 60 keping lampin pakai buang dalam seminggu selain perlu memakan beberapa jenis ubatan serta menggantikan tiub pernafasan yang ditukar dua bulan sekali dengan kos RM200.
"Hari ini kos penggunaan elektrik di rumah kami mencecah sehingga RM300 sebulan dan ada kalanya kami terpaksa meminta wakil rakyat membantu untuk menjelaskannya. Kami sebenarnya memerlukan RM2,000 sebulan," ujarnya.
Tambahnya, ibunya, Fatimah Sidek, 53, kini hanya bekerja sebagai tukang sapu di SMK Datuk Abdul Samad, Tanjung Ipoh dengan pendapatan RM700 sebulan, manakala ayah pula hanya melakukan kerja mengambil upah menoreh getah yang tiada pendapatan tetap manakala Fadil pula mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Menceritakan kejadian yang menimpa adiknya itu, pada 23 Mac tahun lalu, Fadil tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan, sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Katanya, selepas dua minggu berada dalam ICU, doktor mengesahkan adiknya disahkan menghidap JE dan pada Jun tahun lalu, sekali lagi Fadil tidak sedarkan diri selepas paru-parunya dijangkiti kuman dan sukar bernafas sehinggalah satu lubang ditebuk pada lehernya untuk memulihkan saluran penafasan dan hanya dibenarkan keluar hospital pada Februari tahun ini.
Bagi mereka yang bersimpati dengan nasib keluarga ini boleh menghubungi Mastura menerusi 017-2405710 atau melalui sumbangan melalui akaun Maybank 155023358880 atas nama Fatimah Sidek.
No comments:
Post a Comment