With thanks to Dian
Wednesday, January 15, 2014
Breaking news
Persatuan Penanam-penanam Kangkung Malaysia (PERPENAKUNG) hari ini membuat bantahan rasmi di atas penurunan harga kangkung baru-baru ini.
Semua naik. Barang naik. Tol naik. Letrik naik. Petrol naik. Ayam naik. Dan sebagainya.
Kenapa kangkung turun?
Ini ialah diskriminasi kerajaan terhadap penanam kangkung.
Kata jurucakap PERPENAKUNG, Hajah Tipah Loya. Difahamkan PERKASA dan PERKIDA telah bersetuju untuk menimbangkan samada untuk menyokong PERPENAKUNG atau tidak.
Kami akan membuat keputusan besuk setelah Supreme Eternal Leader kami memberitahu kami tentang keputusan yang patut kami buat - kata jurucakap mereka selepas merasmikan upacara mencipta rekod dunia dengan membuat kangkung belacan secara serentak di Dewan Orang Ramai Simpang Empat Kangkung berdekatan Alor Star hari ini.
Seramai 12 orang mengambil bahagian setakat pukul 6 ptg tadi.
Sekiranya tuntutan kami tidak dilaksanakan, kami akan membuang semua kangkung kami di tasik Putrajaya, Presiden PERPENAKUNG, Professor Kan Kung Liow dilapurkan berkata.
Pegawai Kementerian Pertanian gagal dihubungi. Beliau dihospital kerana terlekat kangkung, setiausaha beliau Ms Kung Fu Chiow memaklumkan. Sekian. Majulah kangkung untuk pertanian.
Art Harun
No comments:
Post a Comment