steadyaku47

Monday, 22 February 2016

Sopian Ahmad : Kerajaan pimpinan UMNO meluluskan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada suami seorang menteri kabinet untuk berniaga jual beli lembu, kemudian duit itu digunakan untuk beli condo mewah dan syarekat itu pula diuruskan oleh anak dan suami menteri. cara begitu adalah satu "KESALAHAN." Bukan "KELEMAHAN!



KUALA LUMPUR: Realiti sebenar Umno di peringkat akar umbi akan dibentangkan dalam laporan pertama Tan Sri Annuar Musa kepada Majlis Tertinggi (MT) parti, minggu depan.
Ketua Penerangan Umno yang baharu itu berkata, beliau tidak akan menyembunyikan kelemahan yang dikesan sepanjang sesi ‘turun padang’ hampir sebulan bersama ahli parti di semua peringkat itu.

“Kita mesti berani mengaku kelemahan. Kalau tak mengaku kelemahan, kita tak akan buat pembetulan. Bagi saya melakukan muhasabah itu satu keperluan. Jadi kalau kita lemah, kena mengaku lemah dan betulkan.

“Tidak menjadi kesalahan untuk menerima hakikat kelemahan, tetapi yang bahanya ialah apabila kita merasakan kuat tapi sebenarnya mungkin tak sekuat yang disangka,” katanya pada sesi temubual bersama mStar Online. [Tan Sri Annuar Musa, ketua Penerangan UMNO. Star On line]



Sopian Ahmad kata:

Tan Sri Annuar, orang ramai tidak melihat apa yg telah berlaku sebagai "kelemahan UMNO."

Orang ramai tahu apa yg telah dilakukan oleh pemimpin UMNO adalah "KESALAHAN."
Contuhnya, menerima wang besar RM2.6 billiun kedalam akaun persendirian. Kemudian berputar putar, berbelit belit dan tidak serious dalam menjawab soalan mengenainya. Itu adalah "KESALAHAN". Bukan kelemahan!

Mara membeli bangunan diAustralia melalui syarekat sebagai orang tengah dan syarekat itu berpakat dengan agent disana untuk menaikkan harga bangunan tersebut lalu mengeluarkan wang yg lebih dari MARA untuk dipikulangkut kepoket orang yg mengendalikan syarekat perantaraan itu tadi. Itu adalah "KESALAHAN." Buakan kelemahan.

Kerajaan pimpinan UMNO meluluskan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada suami seorang menteri kabinet untuk berniaga jual beli lembu, kemudian duit itu digunakan untuk beli condo mewah dan syarekat itu pula diuruskan oleh anak dan suami menteri. cara begitu adalah satu "KESALAHAN." Bukan "KELEMAHAN!

Anak Syarekat 1 MDB ambil pinjmana dari KWAP atau Tabung Kewangan Pencen sebanyak RM4 Biliun, kata untuk melabur di Central Asia, tetapi entah apa jadi kepada wang tersebut, syarekat SRC itu rugi. Tak mampu nak bayar hutang kepada KWAP, SRC itu dipindah milik kepada Kementerian Kewangan. Jadi pembayar cukai yg menanggung hutang tadi. Itu satu KESALAHAN. bukan KELAMAHAN!

Wang sebanyak RM42 juta daripada syarekat SRC juga didapati dimasukkan kedalam akaun persendirian PM Najib, yg beliau kata dia tak tahu pun dari mana duit tu datang; tetapi didapati telah digunakan untuk membayar hutang credit cards. itu adalah KESALAHAN. Bukan KELEMAHAN!

YAPEIM ditibuhkan untuk membela nasib anak yatim. Pegawai kerajaan digalakkan bersedekah ketabung YAPEIM itu melalui potongan gaji. Tau tau orang UMNO yg ditugaskan sebagai Timbalan Pengerusi YAPEIM. Gajinya melangit tinggi! Dia pula mengambil anak buahnya sendiri untuk memegang jawatan dalam YAPEIM.
Wang YAPEIM digunakankan untuk ke Paris dan Washington; berkerususlah, main golf lah...macam macam lagi. Itu adalah KESALAHAN. Bukan KELEMAHAN.

Kalau kita jujur hendak membetulkan keadaan, kita kena membuat definasi masaalah yg dihadapi dengan betul. Kalau definasi masaalah itu satu KESALAHAN penyelesaiannya tak serupa dengan kalau masaalah itu adalah KELEMAHAN. 

Jadi Tan Sri kena cuba sekali lagi. Dan buatlah kerja dengan betul. Kalu tidak you are just wasting time!