steadyaku47

Thursday, 4 February 2016

Taib Mahmud : How rich is he?


Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!


Gambar Keluarga Taib Mahmud

Inilah gambar kerabat keluarga besar Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri pertamanya dahulu sebelum digantikan dengan Ragad Waleed Al-Kurdi. Jikalau sebelum ini, kita telah melihat gambar rumah deretan rumah mewah milik pemimpin-pemimpin & VVIP daripada sebelah Semenanjung Malaysia DI SINI & DI SINI.

Kali ini kita saksikan rumah-rumah besar milik kerabat Taib Mahmud & rakan-rakan terdekat Taib Mahmud yang  merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak.

Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, tidak seorang pun yang harus dibenarkan menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk rasuah boleh memusnahkan sesebuah negara
Jadi Berita Semasa, adakah dini rumah kerabat Taib Mahmud yang dimaksudkan itu? Oooh…bukan. Ini bukan, kerana ini hanya rumah rakyat Sarawak. Kalau nak lihat koleksi rumah mewah kerabat Taib Mahmud, sebentar sahaja lagi…

Rumah di Sarawak

Memandangkan limpahan kekayaan yang Tuhan telah kurniakan di Sarawak seperti kemewahan emas hitam (petroleum), gas asli, balak dan tanah yang subur bagi penanaman kelapa sawit, mungkin inilah yang dikatakan penanda aras kemajuan & kesemarataan limpahan kekayaan di Sarawak. Dan…..sesuailah juga dengan kekayaan negeri Sarawak kini melihat keadaan dan rupabentuk rumah mewah & istana kalangan pemimpin dan kerabat Ketua Menteri Sarawak.

Antaranya rumah-rumah pemimpin di Sarawak yang berjaya dirakam ialah :

Gambar Rumah James Jemut Masing

Istana James Jemut Masing Sarawak
Rumah James Jemut Masing

James Jemut Masing merupakan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS). PRS merupakan parti komponen Barisan Nasional dan James Jemut Masing Adun kawasan Balleh.

James Jemut Masing sekeluarga kini tinggal di rumah di atas sebidang harta seluas dua ekar bertentangan dengan Jalan Ong Tiang Sui. Hebat….hebat. Dengan pendapatan sekitar RM8,000 sebulan membolehkannya yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mampu membina dan mendiami kediaman sedemikian yang bernilai RM2 juta? Ya….mungkin inilah yang dikatakan usaha tangga kejayaan.

Gambar Rumah Kerabat Taib Mahmud

Gambar Kerabat Taib Mahmud

Gambar Kawasan Rumah George Chan + Padang Golf

Rumah George Chan Sarawak

Gambar Rumah Arip Bin Mahmud

  • Tarikh Lahir : 28 Januari 1957
  • Nombor kad pengenalan : 570128-13-5225
  • Pasangan : (Pertama) Azerina Arip @ Gertie Chong Soke Hoon, (Kedua) Norieda Goh Abdullah @ Kelly Goh Siok Ling, (Ketiga) Liyana Abdullah @ Lily Teo
Gambar Rumah Kerabat Taib Mahmud

Arip Bin Mahmud merupakan pengarah dan pemegang utama saham syarikat hartanah yang berpangkalan di California, Sakti International Corporation. Antara adik-beradik yang paling dipercayai & merupakan rakan kongsi utama.
  • Pernah menjadi pengarah syarikat “gergasi” pembalakan di Malaysia, kumpulan Rimbunan Hijau. Syarikat konglomerat ini menjadikan sasaran hutan hujan tropika di Malaysia, Indonesia ke Gabon, Papua New Guinea, New Zealand dan Rusia sebagai sasaran mereka

Gambar Rumah Chris Chung

Rumah Chris Chung Sarawak
Rumah Kroni Mahmud Abu Bekir

Merupakan rakan kongsi perniaganaan dengan anak lelaki Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.

Gambar Rumah Mohd Tufail Bin Mahmud

  • Tarikh Lahir : 28 September 1952
  • No Kad Pengenalan : 520928-13-5025
  • Pasangan : Suhing Bujang
Rumah Tufail Mahmud
Rumah ini ada 27 buah bilik
Tufail merupakan pemegang saham utama yang mengawal dan memilki KUmpulan Sanyan yang merupakan salah satu syarikat yang terbesar di Sarawak bernilai USD400 juta yang aktif dalam perniagaan kayu. Beribu pejabat di Wisma Syanyan, Sibu di bangunan yang tertinggi Sarawak.

Gambar Rumah Datuk Haji Hamden

Rumah Hamden Taib Mahmud

Datuk Haji Hamden merupakan Pengurus Urusan bagi menerajui Kumpulan Syarikat Sarawak Plantation Berhad yang telah mencatatkan keuntungan sekitar RM105 juta pada tahun 2011

Gambar Rumah Aisah Zainab Mahmud

  • Tarikh lahir :  5 Januari 1947
  • Nombor Kad Pengenalan : 470105-13-5320
  • Pasangan : Ruhanie Ahmad
Istana Zainab Taib Mahmud
Rumah Zainab Taib Mahmud

Adik perempuan Taib Mahmud ini, Zainab, merupakan pengarah di 5 buah syarikat dan pemegang saham di 9 buah syarikat yang lain.

Gambar Rumah Ibrahim Mahmud

  • Tarikh Lahir : 1 Mac 1943
  • Nombor Kad Pengenalan : 430301-13-5487
  • Pasangan : Datin Seri Hajijah Abdullah
Gambar Ibrahim Mahmud Sarawak

Adik lelaki Taib Mahmud, Ibrahim Mahmud menjadi pengarah di 16 buah syarikat dan merupakan pemegang saham 6 buah syarikat yang lain.

Gambar Rumah Raziah Taib Mahmud

Tarikh Lahir :  24 November 1955
No Kad Pengenalan : 551124-13-5080
Pasangan : Robert Geneid
Gambar Raziah Taib Mahmud

Rumah Raziah Taib Mahmud

Raziah merupakan adik perempuan Taib Mahmud menjadi pengarah di 20 buah syarikat & pemegang saham di 16 buah syarikat yang lain

Gambar Rumah Jamilah Mahmud

Gambar Jamilah Taib Mahmud

Anak perempuan Taib Mahmud dengan isteri pertamanya dahulu, Jamilah merupakan pengarah di 4 buah syarikat dan menjadi pemegang saham di sekurang-kurangnya 86 syarikat yang lain.
  • Di Australia : Pemegang saham utama Sitehost Pty Ltd yang beroperasi milik keluarga Taib
  • Di Kanada: Pengarah dan dianggap pemegang saham yang mengawal syarikat yang berpengakalan di Ottawa iaitu Kumpulan Sakto (Sakto Corporation, Sakto Development Corporation, City Gate International Corporation dan syarikat-syarikat berkaitan). Laman web : (www.sakto.com)
  • Di United Kingdom: Pemegang saham yang mengawalsyarikat Citygate International Corporation, syarikat induk Ridgeford Hartanah (www.ridgeford.com)
  • Pengarah asal dan kini masih pemegang saham bagi syarikat pembangunan hartanah, Sakti International Corporation di US
  • Memiliki saham di Royal Mulu Resort, syarikat pembalakan gergasi WTK dan Samling Global
  • Pemegang saham utama syarikat terbesar di Sarawak, Cahya Mata Sarawak Berhad.

Gambar Rumah Hanifah Hajar Taib Mahmud

  • Tarikh Lahir : 28 Ogos 1972
  • No Kad Pengenalan- 720828-14-5126
  • Nama Pasangan : Syed Ahmad Alwee Alsree
Rumah Hanifah Taib Mahmud
Gambar Hanifah Taib Mahmud

Anak bongsu Taib Mahmud ini merupakan pengarah di 16 buah syarikat dan pemegang saham di 90 buah syarikat lain di Malaysia. Kalau di Australia, Hanifah Hajar adalah pemegang saham utama Sitehost Pty Ltd yang memiliki hotel bertaraf lima bintang seperti hotel “Adelaide Hilton”.

Suami Hanifah Hajar yang dahulu bekas peguam ari Singapura telah diangkat menjadi :
  • Pengarah Cahya Mata Sarawak Berhad sejak 2006 & pemegang saham utama syarikat tersebut
  • Timbalan pengerusi di UBG Berhad
  • Timbalan pengerusi Loh dan Loh Corporation Berhad sejak 2008
  • Pengarah K & N Kenanga Holdings Berhad pada tahun 2009
  • Pengarah dan pemegang saham stesen radio swasta di Sarawak, CATS FM
  • Seorang pengarah akhbar New Sarawak Tribune akhbar, yang dimiliki oleh sepupu Taib Mahmud, Hamed Sepawi
  • Pengarah Premier Cottage Sdn. Bhd yang membuat usahasama CMS untuk membangunkan “Isthmus Kuching”, salah satu daripada pembangunan hartanah yang paling “bernilai” & menguntungkan di Sarawak.
  • Bertanggungjawab dengan kontrak pembinaan Pusat Konvensyen Borneo yang bernilai RM195 juta Ringgit (USD 64 juta)

Gambar Rumah Alfred Jabu Anak Numpang

Gambar Alfred Jabu Anak Numpang

Gambar Rumah Awang Tengah Ali Hassan

Gambar Awang Tengah Ali Hassan

Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar kedua yang juga bertanggungjawab mengenai hal-hal berkaitan tanah di Sarawak. Gambar rumah Awang Tengah ini berjaya dirakam ketika dalam pembinaan lagi.

Gambar Rumah Naroodeen Majais

Rumah Narodeen Majais Sarawak

Naroden Majais merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan di Sarawak.

Rumah Amar Hajar Fredahanum Mahmud (Fredahanum) + Aziz Hussein

  • Tarikh Lahir : 25 Disember 1953
  • Nombor Kad pengenalan : 531225-13-5380
Rumah Kerabat Taib Mahmud

Adik Taib Mahmud ini merupakan pengarah bagi enam buah syarikat dan pemegang saham utama bagi 4 lagi syarikat lain. Antaranya ialah Fredahanum Mahmud merupakan seorang pengarah syarikat Achi Jaya Transportation Sdn. Bhd. (Dahulunya dikenali sebagai Archipelago  Shipping  and CMS Transportation), yang mengawal eksport perkapalan di negeri Sarawak.

Suami Fredahanum Mahmud sekarang ini  Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Haji Husain merupakan Setiausaha kerajaan negeri Sarawak dan juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Sarawak Energy Berhad. Sekarang ini, YB Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Haji Husain merupakan pengarah Eksons Corporation Berhad sejak tahun 2007 dan merupakan pemegang saham utama syarikat itu bersama-sama anak saudara Taib Mahmud.  Syarikat Eksons adalah “pengeluar terbesar papan lapis di rantau Asia Pasifik. Abdul Aziz juga pengarah syarikat perisian MLabs Berhad dan Borneo Housing Mortgage Finance Berhad.

Gambar Rumah Ali Mahmud

  • Tarikh lahir : 21 Disember 1950
  • Nombor Kad Pengenalan : 501221-13-5343
Rumah Ali Mahmud Sarawak

Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud merupakan pemimpin Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Muara Tuang. Mohamad Ali Mahmud telah diberikan 5,000 hektar tanah di Sri Aman atas nama syarikat Tabaruk Abadi Sdn. Bhd. bagi penanaman kelapa sawit atas kelulusan abangnya sendiri. Siapa abangnya? Tan Sri Taib Mahmud. Siapa Taib Mahmud? Ketua Menteri Sarawak. Tahniah!

Gambar Rumah Datuk Abdul Rahman

Gambar Rumah Daud Abdul Rahman

Datuk Haji Daud Abdul Rahman merupakan Menteri Muda Hal Ehwal Islam / Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur yang juga merupakan Adun Tupong.

Gambar Istana Taib Mahmud Di Sarawak

Dan…akhirnya istana milik pemimpin No.1 di Sarawak. Tan Sri Taib Mahmud. Berjaya memerintah Sarawak selama 30 tahun lamanya.

Rumah Taib Mahmud
Rumah Taib Mahmud di Sarawak
Istana Taib Mahmud

Kadang-kadang kami terfikir sendirian, SPRM sedar atau tidak tidak pelbagai laporan yang keluar mengenai Ketua Menteri Sarawak ini, Tan Sri Taib Mahmud dan kerabat keluarganya yang sering diusahakan kalangan rakyat Sarawak sendiri dan juga melalui laporan berita Sarawak Report selama ini?
Adakah dalam satu kolam yang besar seluas negari yang dinamakan Sarawak ini, yang terdapat ikan kecil dan juga ikan jerung yang sudah “dijangkiti kuman dan penyakit”, malangnya hanya kebanyakan ikan kecil sahaja yang mendapat perhatian & ditangkap untuk siasatan SPRM, bagaimana pula jerung-jerung yang berskala besar ini?
Bukan kami minta untuk mengatakan kalangan mereka-mereka ini bersalah atau tidak, kerana yang menentukannya hanya mahkamah, tetapi siasatlah. Tetapi kalau siasatan pun seperti hidup segan mati tidak mahu, bagaimana? Terlalu jelas menampakkan perbezaan siasatan di antara ikan jerung dan ikan bilis. Ini yang rakyat perhatikan sebenarnya. Untuk pemimpin lain di Semenanjung Malaysia kami masih boleh “tahan” lagi, tetapi untuk apa yang berlaku di Sarawak sekarang. Kami sama sekali tidak boleh terima. Minta sekali lagi perhatian daripada pihak SPRM.

Apa kata anda terutamanya rakyat Sarawak di sini?

No comments:

Post a Comment