steadyaku47

Tuesday 5 July 2011

Apa salah Melayu jadi anjing, janji Umno berkuasa.


terima kasih kapada: ~penarik beca

Siapa yang tak mahu jadi anjing Umno, 9 Julai kita banjirkan Kuala Lumpur dengan tuntutan rakyat yang mahu pilihan raya adil dan bersih. Pi mampoih la Bersih. Perhimpunan 9 Julai bukan hak Bersih untuk menentukan jadi atau tak jadi semata-mata kerana depa gatal nak jumpa Agong dan nak bodek Agong. Perhimpunan 9 Julai hak rakyat. Kita banjirkan Kuala Lumpur dengan kebangkitan rakyat!





Tak payah berhimpun atas nama Bersih. Kita berhimpun atas nama rakyat. Kita cucikan negara ini dari mungkar terbesar di Malaysia - Umno. Pakai baju warna apa pun tak pa. Cuci!


Aku geram sungguh baca berita bertajuk "Bersih seeks audience with Agong, may put off rally". Nak batal konon. Macamlah perhimpunan tu mak bapak depa yang punya.


Yang PAS pulak cakap macam bagus je. "(Batalkan perhimpunan) itu tidak berbangkit sebab Bersih tidak batalkan," kata Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Lepas tu depa qualify pulak statement tadi tu dengan berkata, "PAS bagaimanapun akan tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh Bersih berhubung perhimpunan berkenaan".


Sokong keputusan Bersih? Cit! Bersih dah kata, perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai ini bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Agong. Nak tanya Agong dulu boleh buat atau tidak perhimpunan yang menyebabkan Umno menggelejat gila dan buruk kelaku mengalahkan syaitan? Kepala hotak hampa!


Tunggulah sampai babi boleh terbang! Masa tu barulah Agong atau mana-mana raja Melayu akan buat atau izinkan benda yang Umno benci.


Kalau Agong tak bagi, aku dah tau dah apa depa akan kata. Depa akan kata terpaksa batalkan sebab Agong tak bagi buat. Kalau buat jugak, depa takut Umno akan kata depa derhaka. Penghujungnya, pilihan raya akan terus kotor dan tidak adil. Dan Umno akan terus berpesta derhaka kepada Allah s.w.t. dan rakyat. Maklumlah, derhaka kepada Agong tak boleh, derhaka kepada Allah tak pa.


Yang PAS pulak, kita dah boleh congak dengan mudah. Bila Agong tak bagi, Presiden PAS takkan nak lawan Agong. Itu semua orang tau. Maklumlah, dulu PAS Terengganu yang berhimpun di airport Kuala Terengganu sokong Agong ketika krisis perlantikan menteri besar selepas pilihan raya 2008. Orang PAS pun megah sangat dan bercerita sana-sini bahawa presiden depa baik dengan Agong. Dah baik dengan Agong, takkan nak buat benda yang Agong tak bagi. Bila Presiden PAS tak nak, orang PAS takkan nak lawan cakap presiden depa. Maklumlah, wala'. Ada juga orang PAS yang bagi excuse takut nak lawan cakap presiden depa sebab takut dia kena serangan jantung lagi dan pengsan dalam mesyuarat serta terpaksa dikejarkan ke hospital.


Tak mengapa Umno anjingkan kita dengan pilihan raya kotor dan tak adil
Kehendak Agong mesti ikut,
Kalau tak ikut Umno akan histeria kata derhaka


Apa salahnya orang Melayu derhaka kepada Allah
Asal tak derhaka kepada Agong


Negara mesti aman, TV Umno kata
Negara mesti tak diancam perhimpunan haram, polis kata
Mesti aman, mesti tak terancam
Tak kisahlah Umno anjingkan kita dengan pilihan raya kotor dan tidak adil


Asal Umno boleh terus berkuasa
Apa salahnya kita orang Melayu jadi anjing?
shuk has left a new comment on your post "Apa salah Melayu jadi anjing, janji Umno berkuasa....": Itu lah kita Malaysian,semua akan jadi bodoh macam babi bila raja2 di kaitkan tak kira dalam apa2 hal sekali pun sebab takut derhaka,tapi yang paling mereka semua takut ada lah akan kehilangan anugerah pangkat dan darjat sebenar nya sebab kita semua masyarakat yang memuja pangkat dan kedudukan,jadi bila ada salah seorang raja2 membuat keyataan semua akan jadi bodoh macam lembu,tak kira umno,pas,cendiakawan2,pengarah2 jabatan,ambiga,brihim ali atau sapa2 sekali pun,semua akan menganguk memberi persetujuan sebab tak mahu derhaka kepada raja dan bagi melayu islam pula mereka lebih rela mengenkari perintah Allah taala dari menderhaka pada raja.ITU LAH KITA SEBENARNYA,SEKUMPULAN MASYARAKAT BODOH YANG OTAK NYA TAK BANYAK BEZA DARI OTAK LEMBU.

2 comments:

  1. Itu lah kita Malaysian,semua akan jadi bodoh macam babi bila raja2 di kaitkan tak kira dalam apa2 hal sekali pun sebab takut derhaka,tapi yang paling mereka semua takut ada lah akan kehilangan anugerah pangkat dan darjat sebenar nya sebab kita semua masyarakat yang memuja pangkat dan kedudukan,jadi bila ada salah seorang raja2 membuat keyataan semua akan jadi bodoh macam lembu,tak kira umno,pas,cendiakawan2,pengarah2 jabatan,ambiga,brihim ali atau sapa2 sekali pun,semua akan menganguk memberi persetujuan sebab tak mahu derhaka kepada raja dan bagi melayu islam pula mereka lebih rela mengenkari perintah Allah taala dari menderhaka pada raja.ITU LAH KITA SEBENARNYA,SEKUMPULAN MASYARAKAT BODOH YANG OTAK NYA TAK BANYAK BEZA DARI OTAK LEMBU.

    ReplyDelete
  2. Boleh, nak jadi anjing ke, babi ke,keldai ke - semua boleh. Tapi ingat matlamat sebenar. Tolak ansur bukan bermakna takut hilang pangkat, hilang kerakyatan dsb. Matlamat sebenar ialah mencungkil kesedaran rakyat tentang penyelewengan dalam sistem pilihan raya dan dengan itu menuntut pembetulan yang sewajarnya. Alhamdulillah, kebanyakan rakyat mulai sedar disebabkan publisiti dan kekecohan yang tampil setiap hari menjelang 9 Julai. Kita sudah hampir kepada matlamat

    ReplyDelete