steadyaku47

Friday, 13 February 2015

INNALILLAHI....TOK GURU NIK AZIZ TELAH MENINGGALKAN KITA JAM 09.45 MALAM TADI. AL FATIHAH.

One of the last rare vestiges of decency, trust, respect and nobleness in our life and in our nation's, has left us. Nik Aziz passed away last night. He was a PAS member, a willing and honest member of the Pakatan Rakyat juggernaut that took the popular vote away from Barisan Nasiona in the last general election but more than all that he was a politician extraordanire. In my memory nothing defines Nik Aziz as much to all of us as when he went for Friday Prayers at Masjid Besi Putrajaya. Al Fatihah. 




Ketika Indonesia bergelumang dengan penjajahan. Soekarno berpidato;
" Berikan aku 1,000 dewasa, ngak ada apa mampu ku lakukan. Berikan aku 10 pemuda bersemangat waja, dunia kan ku goncang!!". Maka benar, dengan pimpinan 10 sahabat2nya Indonesia dimerdekakan dengan bersenjata 'bamboo runcing'
Namun pada saya, berikan aku 10 TGNA, Malaysia pasti dibersihkan dan kembali kepada 'Siratal mustaqina'.
Kita menyayanginya, namun Allah lagi menyayang akannya. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Mewakili diri saya, pimpinan Parti Keadilan Raayat Negeri Pahang dan seluruh anggotanya turut bersedih diatas pemergian TGNA kepada Penciptanya. Kami mengucapkan taaziah kepada PAS dan kepada keluarga Almarum.
Kami mendoakan agar Allah mengampuni segala dosa2nya, dimudahkan urusan di alam Barzakh, semoga Allah cucuri nRahmat Nya keatas roh Tok Guru dan ditempatkan roh beliau bersama mereka yang syahid.
Jasadnya telah pergi, namun semangat juang dan tarbiahnya akan kekal menjadi panduan perjuangan raayat yang beriman dan inginkan amalan soleh.
Amin Ya Rab! Amin Ya Rabbal 'alamin....
INNALILLAHI....TOK GURU NIK AZIZ TELAH MENINGGALKAN KITA JAM 09.45 MLM TD. AL FATIHAH.



With Thanks to :




Hasbullah Awang dalam kenangan



Kata2 indah dan mencuit hati dari Allahyarham Dato Hasbullah Awang:
  • Unsangkarable (unbelieveable) 
  • Dia sepatutnye melepas kan peluru perpandu disitu...
  • Itu dia..azman adnan melepaskan tembakan yang hampir2 menerjah gawang gol lawan..
  • Cantik! Bola jatuh di depan pemain no 9..dan melepaskan sepakkan. Oooooouuu ... hanya sepakan angin yang berjaya dilakukan
  • Oh! Nampaknya dia mahu menghantar bola ke Kota Marudu, kampungnya di Sabah!
  • Menghantar bola ke sebelah kiri, dapat kepada Khyril nampaknya... Oh Kunalan sebenarnya
  • Ohhh ... nampaknya gol. Oh maafkan saya ... gol kick saja..
  • Tendangan bak peluru yang dilepaskan oleh Oi Hoe Guan mengenai palang. Wooooo ... hampir saja memecah kebuntuan, sayang sekali.
  • Beliau akan melakukan sepakan in swinger
  • Cuba membelah pertahanan lawan..
  • Oooh Badrol Muhayat merembat kencang gol!!
  • Ooo....seinci lagi dari tiang gol
  • Bersilat Mat Yo disitu...
  • Anak kelahiran Tankong Karang ini berjaya mencipta jaringan.
  • Kategori plywood (flyweight)
  • Khalid Yunus (maksudnya Khalid Jamlus)
  • Sanusi Junid (maksudnya Sanusi Daud)
  • Chipita memassing kepada Chipita. Ohh maafkan saya, 2-2 hitam. Keliru saya di situ
  • Apa yang kita mahu cuma satu, M.E.N.A.N.G..
  • Pemain sayap yang makanan kegemarannya adalah nasi ayam, Bapanya seorang guru silat di Kedah
  • Perlawanan malam ini adalah sangat-sangat PENTING!!! Kerana pemenang perlawanan ini akan melangkah ke perlawanan AKHIR
  • Oooaahhh.... tak sempat brek disitu..
  • Seperti jelapang padi yang luas terbentang di hadapannya, namun sepakannya tinggi melepasi pintu gol
  • Oh tidak....
  • Ahh!!! Apa sudah jadi...
  • Ooh ... menggulung jaring itu..
  • Ooh ... bagaimana disitu... cantikkk...
  • Simon Santoso sekarang ini dalam kedudukan yang tidak sentosa.
  • Satu mata memisahkan Malaysia dari Piala Thomas..
  • Bola tangkis bermain-main di atas jaring..
  • Keluar! Tapi dalam. Dalam! Di atas garisan bulu tangkis jatuh
  • Dengan doa seluroh rakyat Malaysia, doa isteri-isteri Razif dan Jalani yang sedang mendodoikan anak-anak mereka, sejarah akan tercipta di final Piala Thomas ini
  • Perlu meluncur laju untuk mengajak bermain dalam rubber game, pemain berpakaian merah
  • Kali ni cantekkkk!! Oooooo dia berada di kedudukan untuk mencapai kejayaan
  • Hah hah... satu ketika yang sedikit melucukan apabila bola terkena kepala Wang Xin.
  • Naib Juara akan menerima 7,600 ringgit. Ahh bukan Ringgit, US dollar! US dollar!!
  • Oh cantekk! Ouuu... satu smash secara kilas dari Boonsak untuk mengembalikan jarak dua mata kepada Boonsak
  • Kita perhatikan dalam gerak perlahan di manakah bola itu jatuh? Dalam! Di atas garisan, sebelum memantun keluar
  • Lagi satu! Tindakan Chong Wei yang berhasil, di tempat yang sama.
  • Satu pukulan cross court! Tidak menjunam, tapi terapung. Akhirnya jatuh di gelanggang lawan.
  • Di sini! Tapi dia bangun semula. Dan Boonsak ke jaring perginya
  • 5-0. Situasi tidak melawan ditunjukkan Boonsak di peringkat awal di game kedua ini.
  • Apa terjadi Boonsak? Kendur permainannya!
  • Kehilangan selera Boonsak nampaknya untuk melawan.
Dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali. Sama2 kita sedekahkan Al- Fatihah buat Dato Hasullah Awang yang meninggal hari ini.



Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Insyallah.

No comments:

Post a comment