steadyaku47

Saturday 2 July 2016

Najib .....kalu rasa susah sangat nak mengurus kerajaan, keluar sajalah. Tak ada siapa pun yg memaksa tunggu disitu.


PUTRAJAYA, June 29 — It is easy for outsiders to criticise the federal government but the actual task of running an administration in a country as diverse in Malaysia is not that easy, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today. [Malaymail on line]


Terjemahan:

najib kata senanglah bagi orang luar mengkeritik kerajaan tetapi tugas sebenar mengurus pentadbiran bagi sebuah negara yg penoh dengan kepelbagaian bukannya senang.

Saya kata:
kritik saya adalah keatas kelakuan menerima wang kedalam akaun persendirian macam duit RM2.6 Billion dan RM40 Juta dari SRC itu kerana ia merupakan rasuah besar. 

Juga perangai suka membazir wang negara dengan membiarkan si isteri menggunakan jet rasmi walaupun dikatakan untuk tugas rasmi.

Juga, kes kes seperti membeli bangunan MARA yang sengaja dinaikkan harga untuk menyelinapkan wang negara.

Perangai dan kelakuan jahat seperti itu tidak ada kena mengena dengan kesukaran dan cabaran mengurus negara pelbagai kaum, bahasa dan ugama.

Jadi tak usahlah nak berpura pura kononnya kita itu amat bersih lagi suci tetapi orang masih keritik juga tanpa simpati tentang betapa sukarnya nak mengurus kerajaan.

Kalu rasa susah sangat nak mengurus kerajaan, keluar sajalah. Tak ada siapa pun yg memaksa tunggu disitu.

No comments:

Post a Comment